Saturday, February 18, 2017

Ayat-Ayat Cinta 2

Makanya, ini adalah post pertama belog ini setelah 3 tahun lamanya. Ha Ha Ha...

Buku sambungan kepada Ayat-Ayat Cinta ini mensajikan banyak pelajaran, pengajaran dan hikmah. Namun, Fahri terlihat seperti seorang yang terlalu sempurna dari segala aspek. Buku yang dibaca ini mempunyai 1004 muka surat. Tebal giler! Aku start baca buku ni dari 23 December 2016 hingga 2 Januari 2017. Kalau ikutkan tarikh abes buku ni, ni kiranya buku pertama aku baca tahun 2017!




Beberapa petikan yang menarik di dalam buku ini:

Dia teringat pesan gurunya, Syeikh Uthman,"Ada kalanya diam itu baik, bahkan terbaik, diam itu emas. Itu adalah diam disaat yang memang kita harus diam. Dan diam kita bukan sebuah kemungkaran baru, tapi diam kita justeru kebaikan. Tapi ada kalanya diam bererti kita jadi syaitan yang bisu. Itu adalah jika seharusnya kita angkat suara dan bicara demi menjelaskan mana yang benar dan mana yang salah, tetapi kita diam sahaja. Kita diam sahaja disaat kita harus bicara tentang kebenaran adalah bentuk syaitan bisu. Kau harus tahu bila saatnya kau diam dan bila kau harus bicara, bahkan tidak boleh diam sekejap pun".

"Aku ingin cintaku kepada Aisha seperti bunga-bunga makrifat di hati para solihin, di para nabi. Bunga-bunga makrifat yang tumbuh daripada kalimat-kalimat tayyibah yang akarnya menghunjam ke bumi dan buahnya rimbun di langit. Bunga-bunga makrifat itu tidak pernah layu, selalu mekar sepanjang musim. Bunga-bunga makrifat itu begitu indah, keindahannya hanya boleh ditangkap oleh mata batin para pencinta sejati. Bunga-bunga makrifat itu menguapkan aroma keharuman yang menyegarkan ruh, menyegarkan fikiran, jiwa dan raga. Aku ingin cintaku kepada Aisha seperti itu pakcik".

Errr  ok jiwang

Tapi kan aku memang tak sangka betol dapat abeskan buku ni sebab Fahri macam perfect sangat. Mana de yang sesempurna Fahri dalam dunia ni oii

Monday, January 6, 2014

6 Suspects - Vikas Swarup



1.Buku ni aku dapat sempena ulangtahun kelahiran aku pada tahun 2012. Aku baca penghujung tahun 2013 dan aku kongsikan kisahnya di sini sebagai pembuka tahun 2014. Hai!

2.Vikas Swarup adalah penulis novel berjudul Q&A yang mana telah diadaptasi menjadi sebuah filem yang menggondol banyak anugerah -Slumdog Millionaire. Filem tu memang cukup sempoi bagi aku, maka untuk novel kedua Vikas ni memang aku harapkan sesempoi filem Slumdog.

3. Cerita 6 suspect berlatarbelakang/berlokasi di India, untuk aku rasanya tak susah nak fahamkan kerana telah didedahkan dengan budaya dan masyarakat India melalui filem-filem hindustan. Aku dulu pernah tengok Kaho Naar Pyar Hai, Baadsyah, Kuch Kuch Hota Hai dan lain-lain. Alamak tetiba teringat kat Juhi Chawla.

4.Aku nak ringkaskan jalan cerita, lebihkan intipati bacaan aku. Ada satu pembunuhan berprofil tinggi berlaku, bila dah berprofil tinggi tu bayangkan lah orang kaya dan berpengaruh yang dibunuh. Malah, suspek pun turut berprofil tinggi. Takde kena mengena Altantuya.

Dalam satu parti. Satu das tembakan/mungkin dua. 6 pistol dijumpai selepas disiasat pada setiap orang hadir parti tersebut. 6 suspek dengan alasan masing-masing membawa pistol : seorang birokrat yang ada dua personaliti, heroin filem hindustan yang ternama, orang asli, pencuri kecil-kecilan, ahli politik yang samseng/kaki rasuah dan seorang rakyat Amerika.

Di sinilah kisah menjadi menarik, bak kata Franz Kafka "the accused are always the most attractive", dalam cerita ni ada 6 tertuduh, semuanya menarik dengan jalan cerita yang tersendiri. Dalam pada nak mencari motif membunuh pada setiap suspek, kita akan sedar yang sebenarnya, secara langsung atau tidak, keenam-enam suspek ada motif untuk membunuh mangsa. Apa kau ingat selamat jadi orang kaya dan berpengaruh, tengok ni bukan main ramai ada motif nak bunuh kau.

5. Cara Vikas menghidupkan watak satu persatu amatlah aku suka, walau ringkas namun cukup memberi nyawa. Aku teringat pada sebuah novel melayu yang pernah dikontroversikan di parlimen berjudul Interlok. 6 suspects juga mempunyai elemen interlok di mana semua suspek tersebut bertembung pada satu dimensi dan mencapai orgasme dalam pembacaan.

5.5.Memaparkan betapa kronik rasuah di media,politik dan pernigaan.

6. Buku ni banyak soalkan tentang motif, motif dan motif. Never judga a man's actions until you know his motives.Dari sekecil-kecil motif sampai segajah-gajah motif usah diabaikan, contohnya hari ni kalau kau ada sekelumit rasa nak makan spaghetti..kelihatan seperti remeh tapi ada orang sanggup tak bayar hutang demi nak makan spaghetti, itu bukan hal kecil..tak bayar hutang bukan hal kecil tahu tak. Serta, bagi yang kelihatan tiada motif, jangan dianggap kosong, kerana aku pun pada awalnya takde motif nak makan nasi lemak kukus semalam, tapi sudahnya aku makan juga.

7. Dan penyelesaian kes bunuh ni ada beberapa versi,iaitu versi yang betul, versi yang lebih betul, dan versi yang betul dan sebenarnya. Ah, hidup ni memang penuh penipuan dan helah ye tak. Selamatkan 2014.

Thursday, December 26, 2013

For One More Day - Mitch Albom


Tak pernah baca buku dari Mitch Albom sebelum ni. Beli novel ni kat Big Bad Wolf haritu dengan harga RM3 je weh! Aku habiskan hanya dalam 1 hari je :)

Oh, dorang ada buat movie la based on novel ni. Macam best je

 
"She had a bottomless well of love for me. Her only flaw was that she didn't make me work for it."

"And I realized when you look at your mother, you are looking at the purest love you will ever know."

"Sticking with your family is what makes it a family."

"One day spent with someone you love can change everything."
 
Mitch Albom tulis novel ni dari persepktif pencerita, Charlie “Chick” Benetto. Dia cuba untuk bunuh diri sebab tak dapat deal dengan masalah yang dihadapinya.
 
Selepas pencubaan bunuh diri dia tu, dia bangun dan nampak ibunya yang telah meninggal dunia. Dia diberikan satu hari untuk bersama ibunya.
 
Dalam satu hari tu, dia akhirnya dapat semua jawapan kepada soalan-soalan yang sering berlegar dalam kepala dia. Dia akhirnya faham semuanya yang berlaku dalam hidup dia dan kenapa semuanya berlaku. Dia berjaya minta maaf, dan yang paling penting, dia berjaya cakap kat mak dia yang dia sayangkan mak dia.
 
Novel ni tentang peluang kedua. Tentang kemaafan dan tentang menebus kesalahan. Dan, yang paling utama, tentang kasih sayang seorang ibu yang tiada penghujung.
 
P/S: Aku rindu giler kat arwah adik aku. Kalau la dapat jumpa arwah adik aku tu, memang aku nak cakap "Aku sayang kat kau lah". Ralat giler weh. Sebab tak pernah cakap pun kat dia. Semoga kau tenang kat sana Opie :(
 
 


One Hundred Names - Cecelia Ahern

 

 


 Lagi sekali, novel dari Cecelia Ahern! Macam biasa, cepat jugak habis!
  1. Kitty, seorang wartawan, yang kehilangan hampir segalanya dalam hidup dia. Kerja dia, selepas satu skandal, kawan dia yang kecewa dengan perangai Kitty dan kawan yang paling berharga bagi Kitty yang juga guru Kitty, Constance.
  2. Sebelum Constance meninggal, Kitty sempat tanya kat dia satu soalan: "What is the one story you always wanted to write?".
  3. Jawapan kepada soalan Kitty tu terletak dalam satu file dalam pejabat Constance. Bila wartawan dari majalah milik Constance, berhasrat untuk mendedikasikan edisi seterusnya untuk Constance, Kitty di beri tanggungjawab untuk menyiapkannya.
  4. Tapi, dalam file tu hanya lah satu senarai nama, 100 nama, tanpa klu, tanpa deskripsi pun. Namun, Kitty masih tekad untuk tulis tentang 100 orang tuh.
  5. Dia hanya ada masa selama 2 minggu untuk cari semua orang dalam senarai tu, untuk hubungi mereka dan kaitkan cerita mereka dan cuba memahami apa yang Constance ingin lakukan sebenarnya dan juga kenapa dia pilih 100 orang tuh.
“Journalism classes teach us that one must extract oneself from the story in order to report without bias, but often we need to be in the story in order to understand, to connect, to help the audience identify or else it has no heart; it could be a robot telling the story, for all anyone cares”  

“Nobody can pretend to know what people want to read or hear or see. People rarely know it themselves; they only know it after the fact.”  



 

Wednesday, December 25, 2013

Between the Lines - Jodi Picoult & Samantha Van Leer


1st attempt baca novel Jodi Picoult. Novel ni Jodi Picoult tulis dengan anak dia, Samantha Van Leer. Novel ni pun beli online. Main beli je tanpa tengok sinopsi pun. Mungkin cara penulisan Jodi Picoult dalam novel ni tak sama macam novel dia yang lain sebab novel ni lebih kepada fable (cerita dongeng)

  1. Cerita tentang Delilah, seorang remaja yang memang suka baca fairy tale. Sejak ayah dia tinggalkan dia, mak dia memang suka ajak dia tengok cerita kartun Disney dan tukar ending cerita kartun tu, ikut imaginasi sendiri. Tapi, untuk umur Delilah, baca fairy tale adalah sesuatu yang merunsingkan mak dia.
  2. Delilah terjumpa satu novel ni kat library sekolah dia, "Between the Lines". Bagi dia, watak utama cerita tu, Prince Oliver serupa macam dia yang membesar tanpa seorang ayah. Hari-hari dia akan baca novel ni. Dia selalu bayangkan kalau lah Prince Oliver tu benar-benar wujud.
  3. Sampai lah satu hari, sedang dia baca novel tu, dia terdengar satu suara. Bila dia lihat kepada ilustrasi kat novel tu, dia lihat mulut Prince Oliver tu bergerak-gerak sambil dia dengar suara yang bercakap dengan dia.
  4. Sejak hari tu, Delilah selalu bercakap seorang diri dengan novel terbuka. Dia dengan Prince Oliver mencuba pelbagai cara untuk Prince Oliver dapat keluar dari novel tu.
  5. Akhirnya? Jeng jeng jeng bacalah sendiri. 
“When she wanted to escape her life, she read books” 

“Sometimes the key to happiness is just expecting a little bit less” 

“Love's a tidal wave," she says.
"Because it sweeps you off your feet?" I ask. 
"No. Because it sucks you under and you drown."
"But sometimes," I point out, "it's the only thing that keeps you afloat.” 

P/S: Lama tak baca novel macam ni. Konon budak-budak je lah yang suka baca novel macam ni. Ha Ha Ha tapi sebab dah terbeli, jadi baca je lah kan. Lagi pun, menarik jugak kalau-kalau Putera Impian tu boleh keluar dari novel kan? Ngee


andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology