
Ashley, Toni dan Alette, tiga karekter berbeza dan mempunyak kecenderungan berbeza, seterusnya mempunyai impian berbeza. Ashley seorang yang tidak pandai bersosial dan bekerja di syarikat IT, Toni lebih terbuka dan berbakat dalam bidang nyanyian, Alette pula lebih artistik di mana dia seorang yang genius dalam melukis. 3 watak utama ini dikupas sedikit demi sedikit, perlahan lahan sehinggalah menemui tunjangnya.
Digemparkan dengan kes pembunuhan bersiri ke atas beberapa orang lelaki mengakibatkan Ashley menjadi suspek, semua bukti menunjukkan Ashley bersalah sedangkan Ashley sebenarnya tidak tahu menahu. Ashley sendiri mengesyaki dia menjadi mangsa stalker, tapi sudahnya dia pulak yang dituduh membunuh.
Ayah Ashley melantik seorang peguam bagi membuktikan anaknya tak bersalah. Siasatan dilakukan, membawa kepada penemuan yang mendebarkan, yakni..pembunuh sebenar bukanlah Ashley tetapi sama ada Toni ataupun Alette, yang mendebarkan tu adalah kerana Toni dan Alette tu adalah Ashley. Ashley adalah Toni dan Alette. Atau dengan kata lain, Ashley mempunyai 3 personaliti dalam dirinya yang tidak berada dalam kawalannya.
Sekejap sekejap dia jadi Ashley...sekejap kang dia jadi Toni, sekejap kang dia jadi Alette pulak. Inilah yang secara saintifiknya orang panggil Multiple personality disorder (MPD). MPD ni dipercayai wujud sejak dulu lagi, kiranya sangat popular lah di kalangan psychiatrists. Dilaporkan jugak banyak kes jenayah yang berkait dengan isu ini, dan banyak jugak pusat rawatan untuk MPD, jadi..ini bukan benda main-main, ini sah secara saintifik dan perubatan
Jadi, peguam Ashley memikirkan cara bagaimana nak membuktikan yang MPD di benar benar wujud, bagaimana nak menyakinkan mahkhamah, bagaimana nak menjelaskan bahawa Ashley dan Toni dan Alette adalah 3 personaliti yang berbeza dalam satu tubuh. Peguam Ashley yakin dengan Ashley sebab dia sendiri nampak Ashley bertukar karekter, peguam tu boleh berinteraksi dengan ketiga-tiga personaliti tu dengan menggunakan satu sesi yang disebut sebagai hipnosis, pernah dengar hipnosis?
MPD terhasil biasanya berpunca dari peristiwa pahit yang menimpa seseorang, 2 per 3 kes MPD boleh dirawat. Ada yang tipu, ada yang benar. Melalui cerita ni, boleh baca bagaimana seorang peguam tu cuba dapatkan maklumat dari ketiga-tiga personaliti tu untuk dia mencari kebenaran.
Buku Sidney Sheldon tak pernah menghampakan aku, tak aku tak pernah terfikir akan ada buku Sidney yang akan menghampakan aku. Jalan cerita yang penuh suspen sehingga membuatkan pembaca terhipnosis sama.