Saturday, September 17, 2011

Shamsiah Fakeh - Azzah AR

Tahu siapa dia Shamsiah Fakeh?
Kalian patut membaca buku bertajuk Shamsiah Fakeh ini.
Ia adalah sebuah novel sejarah yang ditulis berdasarkan sumber-sumber dan kajian primer dan sekunder yang dibuat oleh Azzah AR.

Untuk pengetahuan anda, novel ini menceritakan liku hidup seorang wanita pejuang bernama Shamsiah Fakeh, dari masa awal hidupnya hingga ke akhir hayatnya. Tentang tempat asal usulnya, pelajaran yang dipelajarinya dan kisah kehidupan peribadinya yang sedikit menyentuh hati.

Melalui buku ini, penulis menceritakan bagaimana Shamsiah Fakeh diangkat menjadi sebagai salah seorang wanita yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Dia juga menceritakan permulaan perjalanan Shamsiah Fakeh di dalam bidang politik. Bagaimana Shamsiah Fakeh itu sendiri dan parti politik seperti PKMM, API, AWAS dan lain-lainnya menjadi mangsa pada zaman darurat yang diisytihar oleh British pada pemerintahan Sir Henry Gurney di Tanah Melayu pada masa itu yang melancarkan rancangan Briggs bagi melumpukan tekanan dari parti yang berhaluan kiri untuk menuntut kemerdekaan pada masa itu.

Percayalah, anda akan turut sama merasai keperitan dan kesukaran untuk berjuang bagi menuntut kemerdekaan melalui buku ini. Selain anda tahu serba sedikit sebab Malayan Union ditentang kerana ia diceritakan di dalamnya secara ringkas dan mudah untuk difahami.

Memetik kata-katanya,

Sebagai pemimpin dia berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.”

Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.”

Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.”

Adakah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita?
Jawapan ada di buku ini.

Menurut Abdul Latip Talib (Novelis Sejarah Malaysia), "Kagum, tersentuh dan terharu apabila membaca karya ini. Seakan setiap kejadian yang ditempuhi Shamsiah Fakeh berlaku di hadapan mata"





















Rating: Buku ini mudah dihadam.
Sekian.

Tuesday, September 13, 2011

Jaja & Din - Noor Suraya

Rupanya jatuh cinta membuat kita terbuai² ke seluruh alam tanpa ingin berhenti ke mana² perhentian..



Jaja seorang gadis berusia 25 tahun yang sepanjang hidupnya tidak pernah jatuh cinta pada mana² lelaki tiba² jatuh cinta pada gambar seorang lelaki yang tidak diketahui asal usulnya..Asalnya gambar itu ditangkap oleh Mie,teman baiknya untuk satu iklan hari raya..

Bertitik tolak dari gambar itu,Jaja cuba mengesan siapakah jejaka misteri itu dengan menggunakan alasan dia ingin membayar 'duit iklan'..Malang bagi Jaja kerana Mie langsung tidak ingat di mana gambar itu diambil..Sejak hari itu,Jaja sentiasa memilih untuk balik balik ke kampung halamannya menggunakan jalan lama semata² untuk mengesan lokasi tanah perkuburan dalam gambar tersebut.

Pencarian Jaja tetap diteruskan walaupun masa telah berlalu selama dua tahun..Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam tempoh itu..Jaja sudah tahu bahawa jejaka misterinya itu bernama Din & merupakan seorang ustaz..Itu sahaja maklumat yang diperolehinya dalam dua tahun itu..

Nasibnya baik apabila suatu hari dia berjumpa Hatim(tukang kayu yang diupah membuat almari di apartmentnya) yang juga merupakan sepupu Din..Dengan pertolongan Hatim dan rakan Jaja,Kak Shaliah Jaja membawa Din ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada ibu bapanya..

Jaja membuat langkah drastik dengan meminta ibu bapanya meminang Din..Satu langkah yang dikira bukan satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu..Namun Jaja tetap tegas dengan pendiriannya..Dia hanya akan mengalah jika dia ditolak oleh Din!


Maha Suci ALLAH yang melahirkan rasa kasih sayang dalam hati hamba²NYA, rupanya Din juga turut merasa 'sesuatu' pada Jaja dan setelah melakukan solat sunat istikharah,dia yakin untuk berkata 'YA'..Din merasa tersanjung kerana Jaja memilih dia yang tidak punya apa²..

Kesungguhan & keutuhan cinta Jaja amat mengesankan..Daripada seorang gadis yang dahulunya solatnya pun 'celam celum',dia 'dipahat' Din sehingga menjadi seorang wanita muslimah..Menjadi seorang wanita yang mulia,cekal dan tabah dan tidak mengalirkan air mata ketika menghantar Din berjuang fisabilillah

Beberapa bulan selepas Din pergi berjihad di Afghanistan,Jaja mendapat berita Din telah mati syahid di sana..Jasadnya tidak dijumpai namun sebentuk cincin ditemui sekali dengan jari Din di medan perang..Jaja redha..Anaknya Umar menjadi penguat semangat..

Dua tahun berlalu,Jaja tetap setia menanti Din..Status keberadaan Din masih tidak diketahui sama ada hidup ataupun sudah meninggal dunia (EH..macam Nur Amina dengan Adam)..Hinggalah suatu hari Jaja sudah 'tutup buku'..Bukan kerana dia penat menunggu..Cuma dia tidak mahu menaruh harapan lagi..

ALLAH Maha Besar,tanpa disangka pada hari Jaja sudah 'menutup buku' itu,Din pulang dengan dua jari daripada tangan kiri yang sudah hilang..Rupa²nya ALLAH 'menulis' yang lain untuk mereka..Jaja dan Din sudahnya hidup berbahagia di dunia & insyaALLAH mereka mohon di akhirat juga..


Komen penulis : Kalau kamu rasa cerita Nur Kasih itu manis,aku rasa cerita Jaja & Din ini sepuluh kali lebih manis..Kalau baca pertama kali boleh menitis air mata..Baca kali kedua belas pun akan ada kemungkinan untuk bazirkan air mata..Kisah cinta Jaja & Din bukannya cinta biasa..Cuma aku tertanya²,masihkah ada lelaki sebaik Din di zaman sekarang ini?

Sunday, September 11, 2011

HEROIN.. AMAL HAMSAN


Hai selamat hari raya eh lambat dah .. Akhirnya sempat jugak aku habiskan HEROIN oleh AMAL HAMSAN. Aa first cerita ni kau jangan baca masa kau tak berapa nak tenang sebab kau perlukan otak yang cool untuk menyerap segala kisah yang ada. Kadang emosi terganggu dengan cerita maya dipukul oleh suami yang kononya alim diikat pada pokok mangga dengan mata yang hancur gila!

Buku ni ada 9 cerita. Penulis, gadis sigaret, saatnya, filem fiksi, indikasi, khilaf, simetri, hanyut dengan once. Setiap kali habis satu cerita aku akan kata ha citer ni paling best tapi bila dah habis baca semua  aku tak tahu yang mana paling-paling best.. Cuma yang aku paling-paling kesalkan ending dia ialah cerita hanyut, once dengan indikasi.

Bila baca quotes amal kat page pertama dia ada tulis. ‘boleh tak kalau sekali je kau hargai sebelum kau hilang semua sekali?’ and ya cerita dalam ni banyak tentang peluang dan kehidupan. Macam mana manusia lebih suka menunggu dan melihat. Manusia lebih suka diam dan mengikut. Manusia sebenarnya sangat baik hati sebab percaya akan bahagia bila membahagiakan orang lain walau kenyataannya dunia tak pernah semudah tu.

Aku agak lambat habiskan baca buku ni sebab.. tempo cerita agak laju dan kadang terlalu perlahan dan kadang aku langsung tak dapat nak teka kesudahan cerita macam selalu aku buat bila tengok filem melayu. Jadi aku perlu fokus baca betul-betul supaya tak tinggal satu perkataan pun.

Yang aku perasan dalam buku ni cerita dia bukan jenis happy ending. Cerita dia tak menyebelahi orang baik sampai aku tak sanggup nak habiskan. Tapi yang pasti aku yakin cerita ini ada benarnya, kisah orang membunuh untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, keluarga kacau bilau, pilih kasih, tipu janji manis mulut, dan pengorbanan. Hidup tak semuanya berakhir dengan apa yang kita mahukan atau mimpi indah.
“kadang-kadang kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau panjat, apa yang kau cuba nak capai. Banyak halangan akan dicampak, di tabur, setiap kali kau nak melangkah. Hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sememangnya untuk kau perjuangkan atau tidak...

... dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita. Sebuah cerita perit.

Aku terluka, hampir mati, namun aku tetap berdiri.” Amal hamsan. Ayat dekat kulit belakang.
Kata akhir worth to buy. Sila dapatkan segera aku beli dekat UYA tapi minggu kepada minggu minggu lepas tengok dah sold out. So pandai-pandai la cari.

review ni dah bapak lama aku tulis baru sempat nak letak sini hok3

Sunday, September 4, 2011

The Choice - Nicholas Spark

1. The Choice, sebuah cerita yang ringkas dan ringan dengan muka surat : 272. Kalau baca relax-relax, 5 hari boleh habis.

2. Mengekalkan trademark Nicholas Spark di mana jalan ceritanya bergerak perlahan kemudian akan ada twist yang cukup menyentuh jiwa. Ada moments yang aku cukup dag-dig-dug di dalam dada

3. Memandangkan cerita ini ringkas, aku tak nak cerita banyak kat sini sebab takut nanti sampai habis pulak aku cerita. Ceritanya bermula apabila Travis Parker jatuh hati pada jiran baru dia Gabby, yakni kekasih orang.

4. Walaupun cover depan gambar anjing kat laman rumah, sebenarnya takde mengena dengan anjing sangat pun. Ini kisah tentang cinta,perkahwinan dan kekeluargaan.

5. Ada babak-babak romantis yang biasa dan sedikit klise, yang dah boleh agak turutan gerak geri watak.

6. "How far should a person go in the name of love?" Soalan ni ditanya semasa jatuh hati pada seseorang, semasa dah berkahwin dan yang paling mencabar adalah semasa menghadapi saat sukar.

"Tak mudah..tak susah..terserah atas pilihan"- kata Meet Uncle Hussein.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 2, 2011

About The Author - John Colapinto



1. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada MACMILAN English Dictionary kerana membantu aku membaca dengan lebih kefahaman lagi,buku ni memang kemain banyak perkataan yang aku tak kenal,setiap page asik nak kena semak kamus je..kadang setiap perenggan. Ayayai. Pengalaman membaca buku ni macam aku study untuk peperiksaan..penat tapi menyeronokkan sebab dapat belajar!

2. About the author karya John Colapinto merupakan sebuah karya yang unggul bagi aku. Keindahan kata yang digunakan John agak berlainan namun menjadikan ceritanya lebih berkesan dan mendebarkan.

3. Walaupun buku ini dikatakan bergenre thriller, ianya lebih banyak bermain dengan aksi dalaman melalui emosi dan pemikiran watak berbanding fizikal.

4. Menceritakan tentang seorang lelaki bernama Cal yang punya cita-cita tinggi untuk menjadi penulis bestseller, namun impian seringkali tertangguh dek kerana belum menjumpai karyanya yang betul-betul masterpiece. Dia tinggal di flat secara ala kadar.

5. Sehinggalah di suatu hari, rakan serumahnya bernama Stewart menunjukkan sebuah karya yang ditulis kepada Cal. Stewart meminta Cal untuk memberikan pendapat tentang karyanya sebelum dihantar kepada ejen/publisher.

6. Lepas baca sikit penulisan rakan serumahnya, Cal memang tak ragu-ragu lagi..karya Stewart betul-betul Masterpiece. Di negara orang putih, sebuah buku yang bestseller sudah cukup untuk menjadikan penulisnya kaya raya. Ini membuatkan Cal merasakan masa depan Stewart sangat cerah,di samping dia merasa cemburu.

7. Esoknya, Stewart kemalangan jalan raya. Mati di tempat kejadian.

8. Cal mengambil draft karya masterpiece arwah yang dah siap, dia menghilangkan semua bukti-bukti yang mengatakan Stewart adalah penulis asal, kemudian dia menghantar karya itu kepada penerbit atas nama dia.

9. Karya yang berjudul 'Almost Like Suicide' itu bukan saja dapat dijual dengan harga yang tinggi, tapi turut menarik perhatian penerbit filem. Sejak dari situ, hidup Cal jadi senang.

10. Tapi..tapi..disangka hujan sampai ke petang,rupanya taufan lepas zuhur. Rupa-rupanya,sebelum Stewart kemalangan dia sempat hantar karya masterpiece tu kepada seorang perempuan bernama Janet. Kiranya Janet ni ada bukti lah yang Cal bukan penulis asal tapi mencuri karya Stewart.

Bertitik tolak dari situ, Cal pun mencarilah perempuan bernama Janet dan apa hubungan dia dengan arwah Stewart. Pengolahan cerita sedikit perlahan namun mendebarkan..berbaloi-baloi. Lebih mendebarkan bila Cal jatuh cinta dengan Janet.




Published with Blogger-droid v1.7.4

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology