Aku mengaku aku memang lama tak baca novel Melayu tapi, tajuk novel ni berjaya tarik perhatian aku baca novel Melayu. Baju melayu hijau serindit macam yang mamat kat atas ni pakai haha Tapi, serius cakap, gaya bahasa yang Syud guna sangat cute. Sampai aku leh tersengih-sengih sorang-sorang je baca masa tunggu KTM :)
1-Ini kisah antara Mohammad Firas Adam aka Pacai aka Shrek dengan Wardah aka Dorothy. Cerita bermula bila Wardah nak beli novel Nyanyian Tanjung Sepi karya Noor Suraya sebagai ganti novel adiknya, Laily yang telah terjatuh ke dalam lopak air.
2-Wardah telah terlepas peluang untuk menggantikan novel Laily, apabila dua naskah novel tersebut telah dibeli oleh seorang lelaki yang berbaju melayu hijau serindit yang Wardah gelarkan dia sebagai Shrek.
3-Atas tanda protes, semasa dia keluar dari kedai buku tersebut, dia menghentak-hentakkan kasut berwarna merah yang dia pakai tersebut di hadapan Shrek (Firas) dan lantas, membuatkan Firas menggelarnya sebagai Dorothy (watak dalam cerita Wizard of Oz).
4-Disebabkan Kak Mar (kakak Firas) menasihatkan Firas supaya memulangkan kembali satu naskah kepada pemilik kedai buku tersebut, Wardah berjaya menggantikan semula novel Laily. Firas yang tanpa berfikir panjang telah menyelitkan dua keping kad namanya ke dalam novel tersebut dengan harapan, novel tersebut akan dibeli oleh Dorothy (Wardah).
5-Wardah menghadapi satu masalah apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan Ilham, pekerja kesayangan ayahnya. Walaupun sebenarnya, Wardah sangat suka dengan Ilham, tapi dia tak nak ambil kesempatan memandangkan Ilham pun baru saja putus tunang.
6-Firas pula nekad tidak mahu kembali kepada doktor yang pintar lagi cantik, Najlaa walaupun ibunya, berkali-kali cuba merapatkan kembali dia dengan Najlaa.
7-Mereka berdua ni banyak sangat kebetulan terserempak. Banyak kali pula tuh! Kat kedai makan lah, kat kenduri kahwin lah, pendek kata, merata-rata. Tapi, masing-masing tak pernah nak bertegur.
8-Disebabkan Wardah tak bersetuju dengan ibunya, dengan nasihat Nik, Wardah mengajak Firas berjumpa dengan harapan Firas akan bersetuju untuk menolongnya.
"Kenapa you nak jumpa I ni?"
" You nak tak berlakon jadi boyfriend I?"
9-Macam-macam yang berlaku, dan akhirnya Wardah dan Firas pun berkahwin. Ending yang simple kan?
P/S: Kalau dah jodoh, memang tak ke mana!
17 comments:
sekali sekala rindu jugak layan buku genre macam ni
ha tau xpe. hehe
aku boleh bayangkan kau sengih ala ala kerang busuk
tapi oklah sebab jalan cerita ada kait dgn buku, org yg suka baca buku mesti boleh feel lebih sikit
Pernah baca buku ni dulu..Jalan cerita simple je..
Takde pusing² roundbout sampai namblas kali..hihihi
comel pulak warna ni...
wah mcm best :D
menarik! :)
jalan cerita menarik
betol2.. kalu dh jodoh xkemana jugak.. lari laa mn2 pon.. still together.. hihihi :)
tajuk dia menarik..hari 2 kat popular,xjumpa plak nvel ni.
Hhmmm...mcm best je.bahasa yg simple dan jalan cerita ringan sgt sesuai utk pekerja yg stress mcm aku ni
wah menarik
urm tp x sure pnah tgk x kat kedai buku
slalu ade stok yg besa2 kite tgk tu
mcm hanie ckp, sesuai jugak utk pekerja stress mcm aku haha
try tgk kt mph. ada lagi rasanya
kelakar pulak tajuk novel tu..huhu
mcm nak kena beli jugak ni...pijam hang punya je lah....nak fotostst...ahakz
syrek? hahaha nama pun dah comel.
aih? awat naik muka zed zaidi ni? glemer betei dia sekarang
Post a Comment