Wednesday, September 28, 2011

Edensor - Andrea Hirata



Hai para ulat buku!! Mari bercerita lagi tentang buku.

Banyak yang kita boleh belajar dari sebuah buku. Sebuah buku yang tepat dengan pembacanya,yang ditakdirkan untuk bersemuka, mampu untuk membawa atau mengerakkan hidup pembaca tu pada garis hidup tertentu. Ini bergantunglah pada isi yang terkandung dalam buku tu dan magnet yang melekatkannya pada diri kita. Yelah,magnet kita lain-lain..kadang boleh melekat..kadang menolak pulak.

Kali ni aku nak tulis tentang pengaruh atau teladan dari salah sebuah buku masterpiece nukilan Andrea Hirata, berjudul 'Edensor'. Kalau nak baca sinopsis sila lihat gambar yang aku kepilkan atau google it, terus terang kabor...sinopsis yang terletak di belakang kulit buku tu pun dah cukup menyelerakan..jadi aku tak nak sentuh sangat tentang jalan cerita. Ada sapa-sapa kisah?

Terus kepada pengaruh dan teladannya :

1. Peluklah mimpi ketat-ketat. Tak kiralah sewaktu tidur..atau sewaktu jaga. Biasanya kita hanya berani bermimpi saat kita tidur, bila terjaga.. takut untuk mencapai mimpi..takut dan segan-segan. Lalu, berterusan lah dengan kehidupan rutin. Dengan buku ni, aku lebih cerdas dalam bermimpi..dan kena teguhlah..tu yg mencabar. Kerana jika kita sentiasa teguh dengan mimpi kita...tuhan akan membantu. Sama ada tuhan membantu secara nyata mahupun secara misteri.

2. Pergilah mengembara..merantau..ke tempat orang. Maknanya keluarlah dari zon selesa dan campakkan diri ke curam-curam kehidupan untuk membangkitkan potensi dalam diri kita. Orang kita pun selalu cakap jauh perjalanan luas pemandangan luas pengalaman bla bla bla. Benda ni memang klise, tapi sesungguhnya sangat tepat pada maksudnya. Buku ini menjadikan aku lebih berani dan tak takut gagal!

3. Takdir hidup tu macam cantuman puzzle.. memang pening,tapi lambat laun akan faham. Tapi soal faham ni biasanya dianugerahkan kepada orang yang sabar, orang yang gelabah selalu terlepas pandang.

Dan beberapa lagi lah, yang aku nyatakan di atas ni kiranya yang utama. Akhir kata,buku Edeansor, sememangnya memberi banyak pencerahan kepada aku. InsyaAllah.


Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

iz said...

Ni boleh kira buku motivasi la yer pendi??
Oo.. Menarik..

fndrocka said...

Ni buku cerita iz..aku memg cenderung amik teladan dari kisah hidup berbanding ceramah atau syarahan.hehe

Miss Ayda said...

menarik

alien said...

ok, da baca buku ni
hahahaha
buku andrea semua aku ado
cume tunggu kedatanagn "11 patriot" kalau tak silap tajuknya..masih belum ada di pasaran malaysia

Heidi Shafiq said...

aku suke bende yg ade nilai moral.. :)

ghost writer said...

satu novel AH yang masih belum aku perolehi selepas Maryamah Karpov.

gadis NOTA pelekat said...

aku memang suka buku jenama motivasi gini .. teruja jugak nak kumpul semua koleksi andrea

fndrocka said...

Ghost Writer`~yg aku perasan..buku Edensor ni memang jarang nampak di pasaran berbanding buku2 AH yg lain kan kan?

diyana said...

edensor sama ke dengan sang pemimpi? sebab sy cari edensor tada.

alien said...

lain~
edensor ni mmg agak payah sikit na cari..

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology