Saturday, August 20, 2011

28 Hari Jurnal Rock N Roll - Mohd Jayzuan

1. Buku ini adalah catatan perjalanan 28 hari seorang pengembara (Mohd Jayzuan) ke beberapa tempat di Malaysia. Antara tempatnya seperti Kota Bharu, Kuala Terenganu, Kuantan, Kangar dan sebagainya. Bukan buku fiksyen,apa yang dicatat Jayzuan adalah pengalaman sebenar.

2. Semasa memulakan pengembaraan Jayzuan membawa sebiji gitar tong, 50 keping CD, sebuah jurnal, buku Henry Rollins dan sekeping hati yang luka parah.

3. Jayzuan pergi mengembara ni katanya sebab dia nak lari dari hari-hari tipikal,dia mahu keluar dari zon bebal! Nampak tak spirit rock n roll dia tu?

3. Pada mulanya aku ingatkan rock betul lah perjalanan 28 hari dia, tu yang aku beli buku ni kat UYA. Namun lepas aku baca,terus terang cakap..rock biasa-biasa saja.

4. Aku harapkan dia akan cerita tentang kisah-kisah kehidupan seorang perantau ke..tentang realiti kehidupan rockes ke..tentang dia dapat ilham tulis lagu ke..tentang pemerhatian terhadap manusia sekeliling ke. Tapi takdelah sangat.

5. Balik-balik dia akan cerita tentang awek..tentang mudahnya dia tertawan pada awek yang dia jumpa,yang cantik. Perjalanan dia ni pun tercetus selepas dia clash dengan awek..membuatkan dia hati patah dan selalu teringat awek lama.

6. Kemudian dia akan cerita tentang makanan yang dia makan secara terperincinya. Tak kiralah makan di rumah atau makan di kedai makan.

7. Ada juga tempat-tempat yang dia pergi semacam tak mendatangkan makna apa-apa,dahlah dia singgah sekejap-sekejap je.

8. Bukan nak memperkecilkan usahanya,tapi dari yang aku baca tu..takdelah mencabar sangat perjalanan yang dia tempuhi. Selalu je dia beruntung dapat menumpang tinggal kat rumah kawan-kawan, sewa motel..kawan belanja makan..jadi ni dah macam jalan-jalan berekreasi pun ada.

9. Sambil-sambil tu ada juga diceritakan tentang scene muzik rock n roll di Malaysia sikit-sikit..tapi tak banyak macam dia cerita pasal makanan. Pastu makanan yang dia makan semuanya dia kata sedap. Bagus dia ni.

10. Yang bagusnya tulisan doa nampak jujur lah..dan memaparkan sudut positif dalam berkawan.

10. Aku harap Jayzuan dapatlah apa yang dia cari,iaitu ketenangan aku rasa. Kalau tak dapat pun,sekurang-kurangnya perjalanan 28 hari tu dapat dikeluarkan dalam bentuk buku..boleh buat duit..

"What the artist needs is loneliness" - Henry Miller
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

cintailmu89 said...

errr...ak ingat ak nak tulis buku gakla..
tajuk dia,''mari shopping raya,suka hati''
mesti sambutan menggalakkan punya..
ko nak beli buku ak?

Fnd Rocka said...

Kalau kau rasa berbaloi utk aku baca..aku belilah..kau tulis pasal tempat2 shopping lah kan?menarik

alien said...

makan
makan
makan

ni geng farwalis ke?
kene tanya balik dia woo

Fnd Rocka said...

Aku kelam dengan komen kau alien..mohon beri pencerahan..hehe

encekgadis said...

jayzuan... kau ada baca anarki kuala lumpur x weyh? kalau best aku nak beli.

Fnd Rocka said...

Anarki belum ada lg

WOLFMAN said...

kecik jer buku ni aku nampak kat Popular.

gadishebat. said...

tapi ada quotes dalam tu yg boleh buat kita fikir panjang.

i like the book,sbb jay singgah tempat aku and ada tulis dalam buku tu, lepas dia sampai cherating.haha ;)

zarshee said...

nak tanya, mana awak dapat ya novel2 ni? saya tak pernah jumpa pun. ( atau mungkin saya ni jenis tak pernah mencari, wahua'alam)

fndrocka said...

Zarshee...buku ni aku beli kat UYA(urban youth association)..dan banyak dijual secara online..

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology