Showing posts with label andrea hirata. Show all posts
Showing posts with label andrea hirata. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Sebelas Patriot - Andrea Hirata

Salam,
Agak lama juga aku 'hilang' dari sini.
Ahha..

Sebelas Patriot.
Sejujurnya sudah sekian lama aku mencari - cari buku ini di pasaran, tapi tidak berjumpa. Menjejak kaki ke Pesta Buku di PWTC Jumaat lalu dengan tidak sengaja telah mempertemukan aku dengan buku ini. Jadi, kehadiran buku ini telah melengkapkan koleksi buku Andrea dalam simpanan aku.















Seperti mana-mana buku Andrea Hirata,
penggunaan ayat adalah mudah dan dekat dengan pembaca.
Dan seperti biasanya konsep penulisan Andrea adalah santai namun secara tidak langsung diri akan termotivasi dengan membaca karya tulisannya. Kisah ini sungguh menginspirasikan. Bagaimana seorang anak sanggup berkorban bagi memastikan si ayah gembira dan tersenyum pada hidupnya.

Secara ringkasnya.
Sebelas Patriot mengisahkan tentang cinta dan kasih seorang anak; Ikal, kepada satu-satunya ayah yang tercinta dalam menyambung dan merealisasikan impian ayahnya untuk menjadi pemain bola professional yang tidak tercapai satu tika dulu walau tanpa dipinta oleh ayahnya. Itulah cara Ikal menunjukkan kasih dan cinta kepada ayahnya.

Melalui satu foto lama. Diceritakan oleh rakan si ayah. Si ayah adalah seorang pemain bola yang handal pada usia mudanya. Pada masa itu, perlawanan bola bagi rakyat setempat adalah seperti melawan penjajahan Belanda. Padang bola adalah ibarat medan perang bagi mereka. Pada satu perlawanan akhir, pasukan yang diwakili ayahnya telah menang dan menimbulkan kemarahan pihak Belanda. Ayahnya, 2 abangnya dan jurutlatih telah ditahan oleh Belanda. Akibatnya tempurung kaki kiri ayahnya telah dicacatkan oleh Belanda lantas menamatkan kerjaya bola sepak si ayah pada usia yang sangat muda.

Bertitik tolak dari itu, dia berusaha dengan gigih, walau pada hujungnya dia gagal setelah mencuba beberapa kali. Akan tetapi si ayah tidak pernah kecewa dengan anaknya itu malah cuba mententeramkan jiwa si anak yang kecewa. Itulah kasih si ayah kepada si anak, walau tidak terucap namun terserlah pada perbuatannya.

Dengan kegagalan bagi merealisasikan impian si ayah. Dia sekali lagi berpeluang untuk menggembirakan hati ayahnya itu dengan cara yang lain setelah dewasa. Baginya kegembiraan ayahnya adalah kegembiraannya juga.

Terima kasih Andrea untuk kisah yang menyentuh hati ini.

Buku ini nipis; 71ms.
Isinya sangat mudah difahami dan dihadam.

Antara moral yang didapati dari kisah ini ialah sebagai anak, telah menjadi kewajipan kita menggembirakan orang yang tersayang iaitu ibu dan bapa kita. Mengutamakan urusan mereka dari urusan kita sendiri. Ingat ye, utamakan ibu dan ayah dahulu. Hehehe.





Wednesday, September 28, 2011

Edensor - Andrea Hirata



Hai para ulat buku!! Mari bercerita lagi tentang buku.

Banyak yang kita boleh belajar dari sebuah buku. Sebuah buku yang tepat dengan pembacanya,yang ditakdirkan untuk bersemuka, mampu untuk membawa atau mengerakkan hidup pembaca tu pada garis hidup tertentu. Ini bergantunglah pada isi yang terkandung dalam buku tu dan magnet yang melekatkannya pada diri kita. Yelah,magnet kita lain-lain..kadang boleh melekat..kadang menolak pulak.

Kali ni aku nak tulis tentang pengaruh atau teladan dari salah sebuah buku masterpiece nukilan Andrea Hirata, berjudul 'Edensor'. Kalau nak baca sinopsis sila lihat gambar yang aku kepilkan atau google it, terus terang kabor...sinopsis yang terletak di belakang kulit buku tu pun dah cukup menyelerakan..jadi aku tak nak sentuh sangat tentang jalan cerita. Ada sapa-sapa kisah?

Terus kepada pengaruh dan teladannya :

1. Peluklah mimpi ketat-ketat. Tak kiralah sewaktu tidur..atau sewaktu jaga. Biasanya kita hanya berani bermimpi saat kita tidur, bila terjaga.. takut untuk mencapai mimpi..takut dan segan-segan. Lalu, berterusan lah dengan kehidupan rutin. Dengan buku ni, aku lebih cerdas dalam bermimpi..dan kena teguhlah..tu yg mencabar. Kerana jika kita sentiasa teguh dengan mimpi kita...tuhan akan membantu. Sama ada tuhan membantu secara nyata mahupun secara misteri.

2. Pergilah mengembara..merantau..ke tempat orang. Maknanya keluarlah dari zon selesa dan campakkan diri ke curam-curam kehidupan untuk membangkitkan potensi dalam diri kita. Orang kita pun selalu cakap jauh perjalanan luas pemandangan luas pengalaman bla bla bla. Benda ni memang klise, tapi sesungguhnya sangat tepat pada maksudnya. Buku ini menjadikan aku lebih berani dan tak takut gagal!

3. Takdir hidup tu macam cantuman puzzle.. memang pening,tapi lambat laun akan faham. Tapi soal faham ni biasanya dianugerahkan kepada orang yang sabar, orang yang gelabah selalu terlepas pandang.

Dan beberapa lagi lah, yang aku nyatakan di atas ni kiranya yang utama. Akhir kata,buku Edeansor, sememangnya memberi banyak pencerahan kepada aku. InsyaAllah.


Published with Blogger-droid v1.7.4

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology