Pages

Monday, April 30, 2012

Sebelas Patriot - Andrea Hirata

Salam,
Agak lama juga aku 'hilang' dari sini.
Ahha..

Sebelas Patriot.
Sejujurnya sudah sekian lama aku mencari - cari buku ini di pasaran, tapi tidak berjumpa. Menjejak kaki ke Pesta Buku di PWTC Jumaat lalu dengan tidak sengaja telah mempertemukan aku dengan buku ini. Jadi, kehadiran buku ini telah melengkapkan koleksi buku Andrea dalam simpanan aku.















Seperti mana-mana buku Andrea Hirata,
penggunaan ayat adalah mudah dan dekat dengan pembaca.
Dan seperti biasanya konsep penulisan Andrea adalah santai namun secara tidak langsung diri akan termotivasi dengan membaca karya tulisannya. Kisah ini sungguh menginspirasikan. Bagaimana seorang anak sanggup berkorban bagi memastikan si ayah gembira dan tersenyum pada hidupnya.

Secara ringkasnya.
Sebelas Patriot mengisahkan tentang cinta dan kasih seorang anak; Ikal, kepada satu-satunya ayah yang tercinta dalam menyambung dan merealisasikan impian ayahnya untuk menjadi pemain bola professional yang tidak tercapai satu tika dulu walau tanpa dipinta oleh ayahnya. Itulah cara Ikal menunjukkan kasih dan cinta kepada ayahnya.

Melalui satu foto lama. Diceritakan oleh rakan si ayah. Si ayah adalah seorang pemain bola yang handal pada usia mudanya. Pada masa itu, perlawanan bola bagi rakyat setempat adalah seperti melawan penjajahan Belanda. Padang bola adalah ibarat medan perang bagi mereka. Pada satu perlawanan akhir, pasukan yang diwakili ayahnya telah menang dan menimbulkan kemarahan pihak Belanda. Ayahnya, 2 abangnya dan jurutlatih telah ditahan oleh Belanda. Akibatnya tempurung kaki kiri ayahnya telah dicacatkan oleh Belanda lantas menamatkan kerjaya bola sepak si ayah pada usia yang sangat muda.

Bertitik tolak dari itu, dia berusaha dengan gigih, walau pada hujungnya dia gagal setelah mencuba beberapa kali. Akan tetapi si ayah tidak pernah kecewa dengan anaknya itu malah cuba mententeramkan jiwa si anak yang kecewa. Itulah kasih si ayah kepada si anak, walau tidak terucap namun terserlah pada perbuatannya.

Dengan kegagalan bagi merealisasikan impian si ayah. Dia sekali lagi berpeluang untuk menggembirakan hati ayahnya itu dengan cara yang lain setelah dewasa. Baginya kegembiraan ayahnya adalah kegembiraannya juga.

Terima kasih Andrea untuk kisah yang menyentuh hati ini.

Buku ini nipis; 71ms.
Isinya sangat mudah difahami dan dihadam.

Antara moral yang didapati dari kisah ini ialah sebagai anak, telah menjadi kewajipan kita menggembirakan orang yang tersayang iaitu ibu dan bapa kita. Mengutamakan urusan mereka dari urusan kita sendiri. Ingat ye, utamakan ibu dan ayah dahulu. Hehehe.





Thursday, April 26, 2012

have a little faith - Mitch Albom

“Faith is about doing. You are how you act, not just how you believe” (pg 44).




I. Buku ni menceritakan tentang kisah hidup 2 orang yang memberi inspirasi kepada Mitch Albom. Tak lari dari buku-buku Mitch sebelum ni, buku ni juga samalah bercerita tentang inspirasi yang Mitch kutip dari kisah hidup orang yang dikenalinya.

II.Orang pertama ialah Lewis, seorang alim yang sudah tua dan seakan memberi petanda masanya sudah tidak lama. Kedua ialah Henry, seorang yang dikatakan bukan main hebat dalam industri kejahatan di suatu ketika dulu namun kemudiannya menjadi baik dan berbakti kepada sesiapa saja yang dia jumpa.

III. Sebahagian besar buku ni menyentuh tentang memberi kepada orang lain, di mana kita percaya bahawa perkara kebaikan tak perlu dibayar oleh sesiapa sebaliknya akan dibayar oleh kuasa yang lebih atas. Lewis misalnya, walaupun perkara kebaikan yang cuba dia sampaikan selalu diberi tentangan, dia sentiasa membesikan hatinya.

IV. Peluang kedua, banyak cerita atau peristiwa yang kita dengar tentang peluang kedua,ramai yang beruntung diberi peluang kedua, ada yang berubah 180 darjah, ada yang berubah 360 darjah, ada juga yang masih menunggu peluang ketiga. Dalam buku ini diceritakan Henry berubah dari seorang penjahat tanpa hati perut menjadi seorang hero masyarakat yang selfless.

V. Buku ini ini tentang kemanusian, tanpa mengira agama dan kasta ekonomi. Diselitkan juga cerita-cerita tentang agama-agama dan juga betapa Mitch pernah lari dan takut untuk membincang mengenainya. Tempo cerita agak perlahan, bagai mengira detik kematian, tapi life lessonnya boleh dihayati.



“Because one thing God gave us—and I’m afraid it’s at times a little too much—is free will. Freedom to choose. I believe he gave us everything needed to build a beautiful world, if we choose wisely.

But we can also choose badly. And we can mess things up something awful"

Sunday, January 8, 2012

Baju Melayu Hijau Serindit

Aku mengaku aku memang lama tak baca novel Melayu tapi, tajuk novel ni berjaya tarik perhatian aku baca novel Melayu. Baju melayu hijau serindit macam yang mamat kat atas ni pakai haha Tapi, serius cakap, gaya bahasa yang Syud guna sangat cute. Sampai aku leh tersengih-sengih sorang-sorang je baca masa tunggu KTM :)
1-Ini kisah antara Mohammad Firas Adam aka Pacai aka Shrek dengan Wardah aka Dorothy. Cerita bermula bila Wardah nak beli novel Nyanyian Tanjung Sepi karya Noor Suraya sebagai ganti novel adiknya, Laily yang telah terjatuh ke dalam lopak air.
2-Wardah telah terlepas peluang untuk menggantikan novel Laily, apabila dua naskah novel tersebut telah dibeli oleh seorang lelaki yang berbaju melayu hijau serindit yang Wardah gelarkan dia sebagai Shrek.
3-Atas tanda protes, semasa dia keluar dari kedai buku tersebut, dia menghentak-hentakkan kasut berwarna merah yang dia pakai tersebut di hadapan Shrek (Firas) dan lantas, membuatkan Firas menggelarnya sebagai Dorothy (watak dalam cerita Wizard of Oz).
4-Disebabkan Kak Mar (kakak Firas) menasihatkan Firas supaya memulangkan kembali satu naskah kepada pemilik kedai buku tersebut, Wardah berjaya menggantikan semula novel Laily. Firas yang tanpa berfikir panjang telah menyelitkan dua keping kad namanya ke dalam novel tersebut dengan harapan, novel tersebut akan dibeli oleh Dorothy (Wardah).
5-Wardah menghadapi satu masalah apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan Ilham, pekerja kesayangan ayahnya. Walaupun sebenarnya, Wardah sangat suka dengan Ilham, tapi dia tak nak ambil kesempatan memandangkan Ilham pun baru saja putus tunang.
6-Firas pula nekad tidak mahu kembali kepada doktor yang pintar lagi cantik, Najlaa walaupun ibunya, berkali-kali cuba merapatkan kembali dia dengan Najlaa.
7-Mereka berdua ni banyak sangat kebetulan terserempak. Banyak kali pula tuh! Kat kedai makan lah, kat kenduri kahwin lah, pendek kata, merata-rata. Tapi, masing-masing tak pernah nak bertegur.
8-Disebabkan Wardah tak bersetuju dengan ibunya, dengan nasihat Nik, Wardah mengajak Firas berjumpa dengan harapan Firas akan bersetuju untuk menolongnya.
"Kenapa you nak jumpa I ni?"
" You nak tak berlakon jadi boyfriend I?"
9-Macam-macam yang berlaku, dan akhirnya Wardah dan Firas pun berkahwin. Ending yang simple kan?
P/S: Kalau dah jodoh, memang tak ke mana!

Wednesday, January 4, 2012

Tell Me Your Dreams - Sidney Sheldon


Ashley, Toni dan Alette, tiga karekter berbeza dan mempunyak kecenderungan berbeza, seterusnya mempunyai impian berbeza. Ashley seorang yang tidak pandai bersosial dan bekerja di syarikat IT, Toni lebih terbuka dan berbakat dalam bidang nyanyian, Alette pula lebih artistik di mana dia seorang yang genius dalam melukis. 3 watak utama ini dikupas sedikit demi sedikit, perlahan lahan sehinggalah menemui tunjangnya.

Digemparkan dengan kes pembunuhan bersiri ke atas beberapa orang lelaki mengakibatkan Ashley menjadi suspek, semua bukti menunjukkan Ashley bersalah sedangkan Ashley sebenarnya tidak tahu menahu. Ashley sendiri mengesyaki dia menjadi mangsa stalker, tapi sudahnya dia pulak yang dituduh membunuh.

Ayah Ashley melantik seorang peguam bagi membuktikan anaknya tak bersalah. Siasatan dilakukan, membawa kepada penemuan yang mendebarkan, yakni..pembunuh sebenar bukanlah Ashley tetapi sama ada Toni ataupun Alette, yang mendebarkan tu adalah kerana Toni dan Alette tu adalah Ashley. Ashley adalah Toni dan Alette. Atau dengan kata lain, Ashley mempunyai 3 personaliti dalam dirinya yang tidak berada  dalam kawalannya.

Sekejap sekejap dia jadi Ashley...sekejap kang dia jadi Toni, sekejap kang dia jadi Alette pulak. Inilah yang secara saintifiknya orang panggil Multiple personality disorder (MPD). MPD ni dipercayai wujud sejak dulu lagi, kiranya sangat popular lah di kalangan psychiatrists. Dilaporkan jugak banyak kes jenayah yang berkait dengan isu ini, dan banyak jugak pusat rawatan untuk MPD, jadi..ini bukan benda main-main, ini sah secara saintifik dan perubatan

Jadi, peguam Ashley memikirkan cara bagaimana nak membuktikan yang MPD di benar benar wujud, bagaimana nak menyakinkan mahkhamah, bagaimana nak menjelaskan bahawa Ashley dan Toni dan Alette adalah 3 personaliti yang berbeza dalam satu tubuh. Peguam Ashley yakin dengan Ashley sebab dia sendiri nampak Ashley bertukar karekter, peguam tu boleh berinteraksi dengan ketiga-tiga personaliti tu dengan menggunakan satu sesi yang disebut sebagai hipnosis, pernah dengar hipnosis?

MPD terhasil biasanya berpunca dari peristiwa pahit yang menimpa seseorang, 2 per 3 kes MPD boleh dirawat. Ada yang tipu, ada yang benar. Melalui cerita ni, boleh baca bagaimana seorang peguam tu cuba dapatkan maklumat dari ketiga-tiga personaliti tu untuk dia mencari kebenaran.

Buku Sidney Sheldon tak pernah menghampakan aku, tak aku tak pernah terfikir akan ada buku Sidney yang akan menghampakan aku. Jalan cerita yang penuh suspen sehingga membuatkan pembaca terhipnosis sama.

Wednesday, December 21, 2011

the power of giving - Azim Jamal & Harvey Mckinnon


True giving begins with love.

Buku ni penulisannya sangat praktikal dan direct. Menjelaskan tentang semangat untuk memberi. Aku percaya dalam diri setiap orang ada semangat untuk memberi, cuma kebanyakkannya teragak-agak dengan semangat memberi tu. Tajuk buku ni the power of giving, dalamnya juga mengandungi cerita yang merujuk kepads sweetness of giving dan passion for giving. Memberi ni manis tahu tak? Dari sekecil-kecil pemberian hinggalah sebesar-besarnya adalah manis, kalau kau dapat rasa manisnya, maknanya hati kau ada kilauan emas, tahniah.

Aku pernah tulis kat blog personal aku dulu tentang kualiti kehidupan kita banyak bergantung pada sumbangan kita dalam kehidupan ni, tak guna hidup untuk diri sendiri saja ye tak. Buku ni banyak beri kefahaman tambahan kepada aku, yang memberitahu tentang the power of giving, ini bukan main-main, ini memang power.

Yang menariknya, buku ni not really talking about money, duit hanya sebahagiannya sahaja, selebihnya bukan bercakap tentang wang ringgit. Antara aspek yang dituliskan dalam buku ni melingkupi memberi cinta,kegembiraan, ilmu, masa, duit, sentuhan, perhatian, nasihat dan lain-lain lah. Bila aku baca buku ni, aku boleh rasa nilai duit tu sebenarnya tak begitu tinggi dengan nilai-nilai yang sememangnya tak boleh dibeli dalam diri manusia. Dalam buku ni diceritakan juga bagaiman kita boleh memberi walau dengan apa cara pun.

Antara hadiah yang cukup bermakna aku pernah terima dari kawan-kawan aku kebanyakkan bukan berbentuk material, contohnya harapan, pengalaman, dan ilmu. Bila kawan aku berkongsi tentang pengalaman dia, ilmu, itu bermakna dia telah ekstrak sesuatu dari otak dia dan buka hati dia untuk berkongsi dengan aku secara ikhlasnya, sedar tak sedar dia dah memberi inspirasi kepada aku dan menambah kebolehan aku selepas itu, benda ni sampai mati aku bawa. Dan pengalaman-pengalaman yang aku rasakan bermakna pun aku sampaikan kepada kawan-kawan lain, supaya nilai tu bertambah tambah.

Memberi masa pulak, kalau kat kotaraya ni memang kebanyakkannya berkira dengan masa, nak jumpa kawan bertanya khabar pun susah. Masa ni, semua orang ada masa, walaupun takde duit..masa tetap ada, bila kawan bosan tunggu komuter sorang-sorang, luangkanlah sikit masa lepak dengan dia sampai komuter sampai ye tak, aku percaya kawan tu akan menghargainya. Bila kawan masuk hospital, luangkanlah masa melawat dan menceriakan dia. Aku dulu masa zaman sekolah, aku tak pernah lupa kawan yang pernah luang masa dengan aku walaupun banyak benda lain yang dia boleh buat, ada yang berjalan jauh semata-mata nak luang masa dengan aku, ada yang baru dapat lesen datang rumah aku sebab nak melawat aku..haa ini memang the power of giving lah.

Aku tertarik dengan buku ni pun sebab aku sendiri pernah merasai the power of giving, masa menerima aku terkesan dengan kebaikan yang ditunjukkan, bila aku memberi aku merasa the joy of giving. Banyak lagilah tips yang ada dalam buku ni..bila kawan bercakap, beri perhatian kepada kawan. Bila kawan hilang cinta, katakan kat dia, kita masih ada untuk sayangkan dia. Mulakan dengan perkara-perkara kecil. Bila sampai ofis misalnya, berikan tangan untuk bersalam. Berikan senyuman pada yang bermasam-masam. Steady?