Jujurnya, aku bukanlah membaca sangat, tapi selalu jugalah membaca; baca papan tanda, baca doa, baca plat kenderaan .. pendek kata apa jua tulisan depan mata akan menjadi mangsa bacaan aku.
Perkara yang aku suka baca ialah mengenai sukan. Tentang sukan biasanya tak memerlukan kita untuk berfikir sangat, terus ke point utama tak perlu putar-putar macam berita lain atau bahan bacaan lain. Tak perlu nak menjadi satu dengan apa yang dibaca. Bebas. Santai.
Gambar google je, malas nak snap2 la.. next time ye |
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Hasil nukilan Allahyarham Haji Abdul Malik b Karim b Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka. Kisah ini berlatar belakangkan Padang. Satu tempat di Indonesia.
Secara ringkasnya tema buku ini adalah menceritakan cinta yang terhalang oleh tuntutan adat. Seperti pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat".
atau seperti formula di bawah:
cinta + halangan adat + kurang harta + budi pekerti mulia = tidak direstui, teruna dan gadis kecewa.
menurut adat + berharta + tak berapa nak ada budi = direstui walau, si teruna patah hati.
Sekiranya, andai kalian semua berminat untuk menyelami kisah cinta yang terhalang oleh adat pepatih pada suatu masa dahulu. Kalian digalakkan untuk membaca kisah ini.
Kisah yang dekat dengan jiwa kalian. Kisah percintaan yang berakhir dengan tragedi dan penyesalan. Kisah yang mana jiwa seorang lelaki sanggup terluka demi melihat kasih hatinya bahagia. Kisah di mana cinta ada satu macam kuasa magis. Kisah di mana seorang lelaki sanggup menipu orang sekitarnya dengan berlaku ceria dan bahagia tetapi di dalam jiwanya hancur luluh. Kisah di mana seorang lelaki setia memegang kata ikrar janjinya walau dikhianati oleh kasih hatinya; atas paksaan keluarga si gadis dikahwinkan dengan pilihan keluarga.
Buku ini ditulis dengan indahnya menggambarkan suasana latar masa yang digunakan dan membuatkan kita terhanyut sama. Gaya bahasa yang mesra, tapi seringkali membuat kita sesat kerana terdapatnya perkataan-perkataan minang yang baru bagi yang bukan asal minang.
Ia bukan satu bacaan kosong. Ia terisi ilmu dan moral buat panduan semua. Bacanya dan fikirkan, ilmu dan moral itu akan datang. Em, ia adalah buku sastera. Jadi agak berat untuk dihadam. Hadam perlahan - lahan pasti akan terasa nikmatnya. Itu pesan aku.
Sekian untuk ulasan kali ini.
12 comments:
Ini takde kaitan dgn Titanic kan?hehe.
Sebuah buku yang serius nampaknya..penulisnya pun bukan calang-calang orang!
ada iras2 sikit.. heroin tenggelam naik kapal van der wijck tu..
memang serius buku ni.
berbaloi baca.
hehe.
buku ni mcm byk bahasa sastera yg susah nk fhm je?
a`ah
agak berat, memang
hehehe
buku yg ringan pn amek masa yg lama nk baca sbb masa apa ntah lagi buku yg berat mcm buku hamka ni hehe
xsilap aku buku ni dah lama kan...sebab mak aku pernah bagitau jugak pasal buku ni dulu.teringin jugak nak baca ni...macam best.
best buku ni..cuma bahasanya agak klasik pada pandangan saya..tak rugi baca
teringin nak baca sbb tulisan Hamka! ( i love Hamka ;P) best ke?
aku boleh baca buku ni sebab ayah aku duk suruh cari.dia cakap cerita ni best.
aku dpt pinjam dr member.mula2 baca tu,pening jugak.tak expect sastera berat,walaupun ayat die tulis nmpk macam tersurat tapi sbnrnya tak.
cerita ni mmg best,banyak pengajaran dan tunjuk macam mana sesuatu keputusan yg kita tak sedar hujung pangkal apa yg berlaku.
Miss Ayda:
bace perlahan2 janji abis
hehehe
Adila Sahaja:
a`ah, susah na cari
ce tgk kat konikuniya, eh betul ke eja ni
Anon:
a`ah
nice book
masyitah a.k.a. mya joe:
best, anda pasti dibuai oleh keindahan bahasa yg diguna
rozanna.rizwan:
kan.. pengajaran yg bagus utk kita kan
Aku nak buku ni. Sape ade. hihi.
oh ini buku permulaan aku jatuh cinta dengan karya hamka.
patutlah generasi ayah2 sekarang suka hadiahkan anak masing2 buku hamka..
Post a Comment