Sunday, August 21, 2011

SPERMA CINTA- linglung


buku ni aku beli sebab aku tengok kat kulit depan buku review dari nazuwan, beautifulnara.com dia tulis "lebih kelakar daripada cerita hantu kak limah balik rumah." hebat bunyinya. hantu kak limah memang ternyata dapat buat orang ketawa guling-guling so aku nak confirmkan sejauh mana kebenaran sperma cinta lebih kelakar daripada cerita hantu kak limah balik rumah.

buku ni dia ada 5 compartment.. eh compartment ke?? aa pape jelah kan.

1st- certro *aku teka maksud dia cerita intro*

ada dua cerita hilang nafsu dengan sperma cinta ya pembukaan yang baik. aku rasa layak dibaca orang berfikiran positif terbuka ralistik dan berjiwa humor. orang emo tak yah la baca kang kecoh2 pulak buat page kami anti sperma cinta macam group kami benci fixi. ahaha cuba capah sikit fikiran.

2nd-cerdup *cerita hidup kot*

kisah hidup linglung. dari dia kecik sampai la dia besar. aku nak bagi amaran awal bila kau dah nak masuk bab nie adalah amat sangat digalakkan kau baca di tempat sunyi dan tak ada orang. tak adalah nanti yang pandang sinis jeling-jeling sambil berbisik-bisik tengok kau ketawa sorang-sorang mengekek sambil guling-guling. cerita awek nak pakai sweater pergi stadium buat aku ragu-ragu awek tu manusia atau jelmaan puteri-puteri zaman hang tuah. ouh ya nak hi2 linglung sikit orang kampung tu. orang koi aok. gitu.

3rd-cerkon *cerita kontot mungkin*

kisah syukraay sayang shidu memang sedih. kau sediakan tisu banyak-banyak sikit. sekali lagi aku cadangkan baca jauh-jauh dari orang tak ke orang kata kau ada skizofrenia nanti kejap ketawa guling kejap nangis tonggeng-tonggeng.banyak jugak cerita mengarut kat sini. ramai artis popular melibatkan diri tu maher zain, justin bieber.

4th- cerkon *ha ni aku tak tau maksud dia apa mungkin sama jugak dengan cerita kontot mungkin lain. entah*

bab ni ada 3 je cerita . yang pasti bukan cerita semata ada benda yang linglung sampaikan. lebih serius. tapi kau boleh ketawa jugak. agak sarkastik.
"biar ada jejak dalam berimpian. biar ada daya dalam berangan-angan"

5th-certup " cerita penutup."

pejam celik pejam celik dah besar linglung rupanya. ahaha semua orang membesar menjadi dewasa. dan melalui macam-macam dugaan cubaan pengalaman. =)

oke sekian da habis. kesimpulan aku setuju dengan apa nazuwan cakap memang lebih kelakar daripada hantu kak limah balik rumah tapi aku rasa untuk orang yang tau apa itu humor. untuk orang emo, duk emo semanjang memang tak rasa humor tu. jadi janganlah emo. maka bacalah sperma cinta.

kalau ada sepuluh bintang aku bagi 11 sebab aku habis baca hanya dalam train selama dua jam plus2.. mula daripada bab cerdup sampai cerkon 1. certro baca masa dapat buku nie. cerkon 2 ngan certup sebaik sampai bilik daripada stesyen ketapi. gitu! rekod yang membanggakan. dan yang pasti perut aku sakit tahan ketawa. kiri kanan ramai orang kena cover sia-sia dapat pangkat gila.

sekian. jumpa lagi nanti =)



9 comments:

fndrocka said...

Dah banyak kali aku berkira2 nak beli buku ni..tpi aku masih tak buat keputusan utk beli.even aku pergi UYA mggu lepas..dah jumpa Linglung pun aku masih belum dpt hidayah utk beli.mungkin dah takdir utk kau pinjamkan kat aku.haha just humor.

Kau dah baca heroin-Amal Hamsan?

gadis NOTA pelekat said...

hahahaha kalau rumah kau sebelah rumah aku sekarang jugak aku bagi kau pinjam wakakaka..

weyh aku teringin gila nak pergi uya. tapi jauh la..

heroin otw.. baru habis cerita yang pertama. boleh tahan jugak aku suka jalan cerita dia.

kau dah baca ke?

WOLFMAN said...

buat aku rasa nak beli pulak. adakah ini novel jiwang.

gadis NOTA pelekat said...

sila lah beli. semestinya tidak jiwang... dan sangat manis buat juadah buka puasa =)

Linglung said...

Pehh! gua rasa taching lagi terharu. Terima kasih daun ketum. Tapi buku ni beli online dari blog ke order kot email uyadistro? bila-bila free singgah le ke Uya macam pendi.

Pendi - itu malam kesibukan sikit tak sempat nak beramah mesra banyak sangat. Lu ni gua rasa lepas raya puasa tahun depan pun belum beli lagi ni...kakaka

fndrocka said...

Gadis - aku baca heroin yg versi zine je

Linglung- kau hantar soft copy spema cinta kat aku je la senang.kakaka

Anonymous said...

aku ulang baca 5kali buku ni..rasenye ayat die pon aku da hafal mcm aq hafal 3kul..berat2..

gadis NOTA pelekat said...

linglung.. ho3 sama-sama daun sirih.. =) buku nie beli on9 dari blog.. siap ada autograph lg tq2 suko.. hahhaha insyallah nanti ada rezeki aku pergi. sekarang study kat lipis payah sikit nak menapak ke uya tuh huk3...

fndrocka.. eh ada jugak ehh baru ku tahu.. aku beli sebab tu buku latest jual kat uya beberapa minggu yg lepas ada buku baru aku rembat tapi sekali berpuluh buku baru aku hanya mampu tengok gambar hari2 ahahah kering sudah..

anonymous... wahhh gila kentang!

August 22, 2011 7:21 PM

rozanna.rizwan said...

aku baca buku ni sekali,lepastu siap dah cerita balik kat orang lain.sekali bukak,nonstop aku baca sampai habis.

cerita pengalaman, yg memang jadi dlm kehidupan.

:)

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology