Monday, October 3, 2011

Nurul Asyikin ~ sebuah novel Aloy Paradoks


1. Aku mengambil masa tak sampai sehari untuk menghabiskan novel 251 mukasurat karangan Aloy Paradoks ini.

2. Aku beli di Uya, masa tu aku berkira-kira sama ada mahu membeli novel ni atau satu lagi novel yang baru berada di pasaran bertajuk Awek Chuck Taylor, akhirnya aku beli Nurul Asyikin kerana novel Awek Chuck Taylor alignmentnya tak dijustify.

3. Tajuk Nurul Asyikin ni diangkat sempena nama watak utama cerita. Menurut Aloy cerita ini adalah kisah benar tentang dirinya, jadi bolehlah dianggap nama Aloy Paradoks yang sebenar adalag Nurul Asyikin?

4. Ya...Nurul Asyikin, merupakan seorang lelaki.

5. Menurut khabaran dari orang yang dah baca buku ni, penceritaannya mendatar saja. Lepas aku habis baca, aku bersetuju dengan pendapat tu.

6. Mungkin disebabkan ini adalah kisah benar kehidupan seseorang, jadi tak ada apa yang perlu diubah atau didramatikkan macam kisah fiksyen lain, kan?

7.Dan mungkin juga nak kasi tak nampak mendatar atau monotone sangat, susunan dibuat tanpa ikut susunan kronologi..sekejap karang tahun 2001..sekejap karang tahun 1997..sekejap karang tahun 2011..2010.

8. Ceritanya memang ada isi,ada jiwa,tapi aku aku tak nampak pertalian antara setiap yang diceritakan tu untuk digabungkan menjadi sebuah novel. Melainkan hanya sebuah buku cerita-cerita pengalaman Nurul Asyikin.

9. Senang cerita aku tak anggap ini seperti novel-novel lain, lebih kepada nota hidup Nurul Asyikin. Kalau begitu aku suka buku ni, kalau anggap sebagai novel...aku tak suka.

10. Ada beberapa kesalahan ejaan.

11. Watak perempuan yang bertindak atau cuba bertindak selaku heroin kemain banyak,ada Jaja, ada Sofia, ada Tasya..dan ada jugak watak-watak kawan Nurul Asyikin lain. Tapi perkembangan watak sangat minimum..seperti tak hidup..semuanya macam bersinggah..jadi aku tak berapa nak feel.

12. Aku suka stail Aloy bercerita, lagipun ini cerita tentang dia..jadi nampaklah lebih jujur dan senang aku nak terima.

13. Setiap kali nak masuk bab baru akan ada foto yang ditempel. Aku paling suka foto bab 3.

14. Setiap bab baru dimulakan dengan perenggan yang jitu dan padu. Taktik untuk menangkap pembaca,sangat berkesan!

15. Korang tahu ke tidak maksud nama 'Nurul Asyikin' ni?
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Miss Ayda said...

apa maksud Nurul Asyikin tuh?

Faaein Talip Roy said...

perghh.. respect lah orang yang rajin baca buku...

gadis NOTA pelekat said...

aku aim buku ni tapi aku beli awek chuck taylor.. hok3... 5 bintang ko bg berapa?

fndrocka said...

ayda~ Bab terakhir dia ada sentuh pasal maksud Nurul Asyikin...

Faaein~orang yang tak rajin baca buku pun kena respek

gadis nota pelekat~kalau dari aspek kepuasan..2 bintang dah lah.hehe

Ini Kisah Tia said...

lelaki?

alien said...

kawan aku dulu laki, nama dia pun nurul ashikin..
adakah die itu aloy?

fnd said...

Kau takkan tak cam muka aloy paradoks? Nurul asyikin ni dia sekolah kat perak...kau?

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology