Aku mengaku aku memang lama tak baca novel Melayu tapi, tajuk novel ni berjaya tarik perhatian aku baca novel Melayu. Baju melayu hijau serindit macam yang mamat kat atas ni pakai haha Tapi, serius cakap, gaya bahasa yang Syud guna sangat cute. Sampai aku leh tersengih-sengih sorang-sorang je baca masa tunggu KTM :)
1-Ini kisah antara Mohammad Firas Adam aka Pacai aka Shrek dengan Wardah aka Dorothy. Cerita bermula bila Wardah nak beli novel Nyanyian Tanjung Sepi karya Noor Suraya sebagai ganti novel adiknya, Laily yang telah terjatuh ke dalam lopak air.
2-Wardah telah terlepas peluang untuk menggantikan novel Laily, apabila dua naskah novel tersebut telah dibeli oleh seorang lelaki yang berbaju melayu hijau serindit yang Wardah gelarkan dia sebagai Shrek.
3-Atas tanda protes, semasa dia keluar dari kedai buku tersebut, dia menghentak-hentakkan kasut berwarna merah yang dia pakai tersebut di hadapan Shrek (Firas) dan lantas, membuatkan Firas menggelarnya sebagai Dorothy (watak dalam cerita Wizard of Oz).
4-Disebabkan Kak Mar (kakak Firas) menasihatkan Firas supaya memulangkan kembali satu naskah kepada pemilik kedai buku tersebut, Wardah berjaya menggantikan semula novel Laily. Firas yang tanpa berfikir panjang telah menyelitkan dua keping kad namanya ke dalam novel tersebut dengan harapan, novel tersebut akan dibeli oleh Dorothy (Wardah).
5-Wardah menghadapi satu masalah apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan Ilham, pekerja kesayangan ayahnya. Walaupun sebenarnya, Wardah sangat suka dengan Ilham, tapi dia tak nak ambil kesempatan memandangkan Ilham pun baru saja putus tunang.
6-Firas pula nekad tidak mahu kembali kepada doktor yang pintar lagi cantik, Najlaa walaupun ibunya, berkali-kali cuba merapatkan kembali dia dengan Najlaa.
7-Mereka berdua ni banyak sangat kebetulan terserempak. Banyak kali pula tuh! Kat kedai makan lah, kat kenduri kahwin lah, pendek kata, merata-rata. Tapi, masing-masing tak pernah nak bertegur.
8-Disebabkan Wardah tak bersetuju dengan ibunya, dengan nasihat Nik, Wardah mengajak Firas berjumpa dengan harapan Firas akan bersetuju untuk menolongnya.
"Kenapa you nak jumpa I ni?"
" You nak tak berlakon jadi boyfriend I?"
9-Macam-macam yang berlaku, dan akhirnya Wardah dan Firas pun berkahwin. Ending yang simple kan?
P/S: Kalau dah jodoh, memang tak ke mana!