Saturday, August 13, 2011

The Collectors - David Baldacci

(Di bawah adalah gambar buku tersebut semasa masih dara)


1. Sebagai sebuah buku yang bertemakan penyiasatan atau misteri begini, kekuatannya dilihat pada susunan plot cerita. Seni menyusun plot ni kalau salah main, boleh terkehel otak.

2. Plot agak berlapis namun David Baldacci adalah pakar dalam genre begini, dia membawakan sebuah cerita yang kompleks tanpa membebankan fikiran pembaca..malah menghiburkan pula.

3. The Collectors, atau dalam bahasa kita bermaksud Pengumpul. Secara umumnya setiap manusia adalah pengumpul. Aku dulu suka kumpul plastik gula-gula,siap ada buku plastik gula-gula,aku simpan macam simpan setem lah gitu. Pastu pernah juga aku kumpul pen,kumpul duit raya lagi satu hal..tapi bukan tu yang aku nak cerita.

4. Ada dua jenis collectors dalam buku ni,pertamanya adalah pengumpul buku-buku lama dan buku yang susah nak dapat,harganya MasyaAllah punya mahal. Keduanya agak extreme sedikit, iaitu mengumpul...ah taknak lah aku cakap..tapi anggap je lah ada yang mati.hehek.

5. Jalan ceritanya begini, ada seorang division-head (Jonathan) kat sebuah perpustakaan terkemuka tiba-tiba mati kat dalam perpustakaan tu. Kononnya kematian dia disebabkan masalah jantung, namun selepas disiasat..ada kemungkinan dia dibunuh dan dia sebenarnya bukan librarian semata-mata..macam ada sesuatu lah. Konspirasi? Altantunya?

6. Buku ni takdelah aksi ganas sangat, tapi ramai watak yang sampai ajal. Ada sorang pembunuh terlatih(Seagravas) ni memang cekap bunuh orang secara professional,dah jadi macam kareer dia lah.

7. Plot lagi satu menceritakan pula tentang seorang wanita (Annabelle) yang kerjanya menipu orang..con-girl. Antara yang ditipu adalah bank dan kasino. Dia rancang satu skim nak menipu 40 juta duit kasino kemudian cabut lari..hidup dia ada gaya James Bond sikit.

8. Nanti ditengah-tengah cerita, plot akan digabungkan di mana Annabelle akan dikaitkan dengan arwah Jonathan si librarian tadi dan juga pembunuh terlatih. Sementara itu, dalang segala pembunuhan ni sebenarnya pembaca dah boleh tahu awal-awal lagi, cuma persoalan bagaimana dan kenapa yang buat agak berdebar sikit.

9. Penyiasatan ni dijalankan secara sukarela oleh satu geng orang tua yang menamakan diri mereka Camel Club. Dorang ni boleh tahanlah.

10. Di kulit buku ada tulis 'SOMEONE IS SELLING AMERICA TO HER ENEMIES,ONE SECRET AT A TIME'.

P/s: A good book but nothing out-of-ordinary

Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

iz said...

Eh. Ko memang baca buku omputeh je eh??

alien said...

cam menarik je jalan cite dia

fndrocka said...

Iz o iz..Eh tentulah tidak..cuma memg byk beli buku english sbb pasaran buku english lebih luas..iyelah pengeluaran buku english ni berkali ganda drpd buku melayu,jadi aku byk pilihan yg mana berkualiti dan mana penuhi citarasa.

Buku melayu pulak x byk pilihan..kalau kat kedai buku raknya tak byk pastu dipenuhi dgn novel yg tak mengujakan aku.hehe.tpi aku dgr hlovate bagus.

Nadya said...

Sejujurnya aku tak baca buku² yang berkulit camni..
Sebab aku judge the book by the cover :D

fndrocka said...

Buku penyiasatan memg cover dia tak brp nak meriah

Jerry Ghazali said...

aku mula teringat kat siri tv "The Lone Gunmen".

masyitah a.k.a. mya joe said...

(nak balas komen atas)

buku hlovate tak bagus... cuma penulis pandai buat ayat santai

itu apa yg saya fikirlah

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology