Bumi Cinta.
1. Ayyas seorang graduan lulusan agama, pergi ke negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi. Kalau boleh memang dia tak mahu pergi, sebab takut imannya tak dapat bertahan, namun diturutkan juga demi nak menyiapkan kajiaanya.
2. Bila sampai ke Rusia memang sangkaannya tepat, gadis Rusia molek-molek yang amat. Macam Maria Sharapova lah kut.
3. Atas sebab tertentu,buat sementara waktu si Ayyas ni kena tinggal serumah dengan 2 orang gadis Rusia. Cuma bilik je asing. Housemate pulak jenis pakai seksi,siap ada yang buat projek kat ruang tamu. Gila!
3. Selain isu dengan housematenya yang maingila, ada juga Ayyas macam jatuh hati pada seorang wanita muda yang membantu dia menyiapkan kajian. Kemain, pergi Rusia nak buat kajian..ada pulak drama..fokus dah lari sikit.
4. Aku tak suka sangat novel ni sebenarnya. Walaupun penulisnya Habirurrahman El Shirazy ni orang kata power, pernah tulis novel sensasi Ayat-ayat Cinta, tapi ceritanya tak berapa terkesan kat aku.
5. Buku ni dilabel sebagai Novel Pembangun Jiwa. Ada banyak bahagian yang bila aku baca macam baca buku teks atau baca teks khutbah Jumaat. Kadang tak berkait dengan cerita pun, saja nak masukkan.
"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaanya" pesan Kiai Luqman Hakim kepada Ayyas.
Published with Blogger-droid v1.7.4
5 comments:
aku terpegun dgn Rusia.. sbb aku ta penah ke sana
hehe
Terpegun ketakutan atau terpegun nak pergi?
lebih kepada utk melihat russia itu bagaimana
ketika cinta bertasbih karya kang abik best pada pandangan sy..even di peringkat permulaan agak boring..
rina
nasib baik anda tulis pasal buku ni. sbb baru terfikir nak beli. boring eh?
Post a Comment