Friday, August 12, 2011

Book of Tomorrow-Cecelia Ahern


Book of Tomorrow ni novel ke-7 yang Cecelia tulis. Aku habis baca 3 hari sebelum novel P.S. I Love You tuh. Actually aku start baca 2 novel ni serentak. Tapi, novel ni habis awal sikit. Maybe sebab hardcover kot so macam semangat sikit nak habiskan baca haha




1. Tamara ni anak orang lord. Tinggal pun kat dalam mansion. Memang tak pernah fikir pasal masa depan lah. Semua dia nak, semua dia dapat. Tapi, dia ni spoil brat sikit. Jenis selamba je nak cakap apa, tak kira lah kat sapa pun.




2. Satu hari tu, ayah dia commit suicide. Dia rasa bersalah sangat sebab sehari sebelum ayah dia commit suicide tuh, dia gaduh besar dengan ayah dia. Siap jerit "I hate you" kat ayah dia!




3. Rupa-rupanya, ayah dia banyak sangat berhutang. Sampai dia dan mak dia kena jual semua harta yang dorang ada dan terpaksa tinggal dengan mak cik and pak cik dia dekat sebelah Kilsaney Castle. Tamara ni pun jadi culture shock sikit sebab dia tak pernah tinggal kat kawasan pedalaman. Kira macam pekan koboi gak lah tempat tinggal baru dia tuh.




4. Mak dia pun macam ada masalah. Macam lebih-lebih sangat sedih. Asyik termenung je. Cakap pun sikit je. Makan pun sikit. Mak cik dia pulak, tahu nak masak je.




5. Tamara ni bosan-bosan, selalu lah lepak dekat bekas Kilsaney Castle tuh. Tempat tu dah terbakar teruk tinggal bekas sikit-sikit je.




6. Satu hari tu, ada travelling library lalu dekat depan rumah mak cik dia tuh. Dia pun lepak-lepak dan belek-belek buku yang ada kat dalam travelling library tuh dengan mamat yang jaga travelling library tuh.




7. Dalam banyak-banyak buku kat situ, dia berkenan kat satu buku ni. Buku tu, siap ada padlock lagi. Bila dia buka buku tuh, kosong je. Tak ada isi langsung. Dia cakap kat mamat tuh, dia nak pinjam!




8. So, dia ingat nak tulis diari kat dalam buku tuh. Esoknya bila dia bangun tidur, dia tengok dah ada tulis. Tulisan dia sendiri pulak tuh! Tarikh dia tulis tuh, tarikh hari esok!




9. Esoknya, semua yang dalam buku tu tulis, semua terjadi dekat Tamara nih! Dan untuk hari-hari berikutnya. Ada sekali tuh, dia saja-saja je tak nak ikut apa yang buku tu tulis, tulisan kat dalam buku tuh, pun jadi terabur. Dan, apa yang terjadi pun jadi lari sikit dari dalam buku tuh.




10. Macam-macam lah yang Tamara ni punya masalah. Lastly, dia ambil keputusan untuk tanam je buku tuh. Dia nak buat keputusan sendiri. Tak nak bergantung hidup dekat buku tuh.




Novel ni ajar supaya kita belajar buat keputusan sendiri, bertanggungjawab atas semua keputusan yang kita buat dan, kalau buruk keputusan yang kita dah buat tuh, jangan nak tuding jari kat orang lain pulak =)






8 comments:

Nadya said...

Geram tengok harga tu..Kita beli nak dekat rm30 tu..wuwuwuwu

fndrocka said...

Kau banyak ke buku hardcover..aku skrg jd minat nak beli buku hardcover la..seronok buat koleksi.

Popular betul cecelia ahern ni kat blog ni eh.

Book of tomorrow ni mistik betul eh..kalau aku ada blog of tomorrow kan bagus..boleh dia update sendiri.

Miss Ayda said...

nadya: kebetulan je tuh. mbr tlg belikn 3 novel Cecelia trus. Lagi 1, If You Could C Me Now. Novel dia yg lain, awk lak wat review eh hehe harga asal rm79.90 sbb novel tu hardcover n besar dr biasa

fnd: aha best kn klu esok2 tgk blog ko ni sndri update :p aku ada 2 novel hardcover je kot. yg ni, aku beli pn sbb harga hardcover dgn biasa beza sket je pn.

alien said...

smlm aku ada beli buku hard kaver pasal perang kat afghan kalau ta slap. belum baca pun lg.

hehehe

Umm A'isyah said...

Ye. Aku la member yg bli buku tu. maybe pasni buat bizness borong buku. sape nak2? hehehehe...

fndrocka said...

Umm A'isyah nilah rupa-rupanya awek kedai buku ye

masyitah a.k.a. mya joe said...

macam best!

Anonymous said...

dekat bookexcess giler murah harga..=)

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology