Monday, January 6, 2014

6 Suspects - Vikas Swarup



1.Buku ni aku dapat sempena ulangtahun kelahiran aku pada tahun 2012. Aku baca penghujung tahun 2013 dan aku kongsikan kisahnya di sini sebagai pembuka tahun 2014. Hai!

2.Vikas Swarup adalah penulis novel berjudul Q&A yang mana telah diadaptasi menjadi sebuah filem yang menggondol banyak anugerah -Slumdog Millionaire. Filem tu memang cukup sempoi bagi aku, maka untuk novel kedua Vikas ni memang aku harapkan sesempoi filem Slumdog.

3. Cerita 6 suspect berlatarbelakang/berlokasi di India, untuk aku rasanya tak susah nak fahamkan kerana telah didedahkan dengan budaya dan masyarakat India melalui filem-filem hindustan. Aku dulu pernah tengok Kaho Naar Pyar Hai, Baadsyah, Kuch Kuch Hota Hai dan lain-lain. Alamak tetiba teringat kat Juhi Chawla.

4.Aku nak ringkaskan jalan cerita, lebihkan intipati bacaan aku. Ada satu pembunuhan berprofil tinggi berlaku, bila dah berprofil tinggi tu bayangkan lah orang kaya dan berpengaruh yang dibunuh. Malah, suspek pun turut berprofil tinggi. Takde kena mengena Altantuya.

Dalam satu parti. Satu das tembakan/mungkin dua. 6 pistol dijumpai selepas disiasat pada setiap orang hadir parti tersebut. 6 suspek dengan alasan masing-masing membawa pistol : seorang birokrat yang ada dua personaliti, heroin filem hindustan yang ternama, orang asli, pencuri kecil-kecilan, ahli politik yang samseng/kaki rasuah dan seorang rakyat Amerika.

Di sinilah kisah menjadi menarik, bak kata Franz Kafka "the accused are always the most attractive", dalam cerita ni ada 6 tertuduh, semuanya menarik dengan jalan cerita yang tersendiri. Dalam pada nak mencari motif membunuh pada setiap suspek, kita akan sedar yang sebenarnya, secara langsung atau tidak, keenam-enam suspek ada motif untuk membunuh mangsa. Apa kau ingat selamat jadi orang kaya dan berpengaruh, tengok ni bukan main ramai ada motif nak bunuh kau.

5. Cara Vikas menghidupkan watak satu persatu amatlah aku suka, walau ringkas namun cukup memberi nyawa. Aku teringat pada sebuah novel melayu yang pernah dikontroversikan di parlimen berjudul Interlok. 6 suspects juga mempunyai elemen interlok di mana semua suspek tersebut bertembung pada satu dimensi dan mencapai orgasme dalam pembacaan.

5.5.Memaparkan betapa kronik rasuah di media,politik dan pernigaan.

6. Buku ni banyak soalkan tentang motif, motif dan motif. Never judga a man's actions until you know his motives.Dari sekecil-kecil motif sampai segajah-gajah motif usah diabaikan, contohnya hari ni kalau kau ada sekelumit rasa nak makan spaghetti..kelihatan seperti remeh tapi ada orang sanggup tak bayar hutang demi nak makan spaghetti, itu bukan hal kecil..tak bayar hutang bukan hal kecil tahu tak. Serta, bagi yang kelihatan tiada motif, jangan dianggap kosong, kerana aku pun pada awalnya takde motif nak makan nasi lemak kukus semalam, tapi sudahnya aku makan juga.

7. Dan penyelesaian kes bunuh ni ada beberapa versi,iaitu versi yang betul, versi yang lebih betul, dan versi yang betul dan sebenarnya. Ah, hidup ni memang penuh penipuan dan helah ye tak. Selamatkan 2014.

4 comments:

Miss Ayda said...

Bestnye bufday dpt novel! Cara penulisan novel ni menarik x?

fndrocka said...

penulisan dia tak masuk dgn jiwa kau..kau kan jiwa cecelia ahern

Miss Ayda said...

Ahaha ye la kot. Tak kena dengan jiwa. Aku da stop balik baca. Tak sempat

sick child said...

wehhh aku ade blog baru!!! AHAHAHAHA

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology