Friday, November 25, 2011

KITAB TERFAKTAB #1. GENG TERFAKTAB


"buku rujukan cinta yang paling tidak skema" mohd jayzuan.

kitab terfaktab tulisan penulis-penulis BLOG TERFAKTAB

kitab setebal 113 muka surat ni memaparkan 18 kisah hasil nukilan oleh beberapa orang penulis.

definisi cinta infiniti. memang kau tak boleh cari definisi paling tepat cinta untuk letak dalam wiki tapi paling kurang kau dapat hint la macam mana nak menginfiniti kan rasa cinta kau tu and apa cinta infiniti kau sebenarnya. baik budak2 terfaktab ni tolong ceritakan.

cara penulisan setiap cerita tu campur-campur. dah penulis pun campur-campur maka kiranya gaya pun campur-campur. tapi topik ceritanya adalah tentang cinta. ada yang mudah je nak sampai. ade jugak yang agak jauh perjalanan. banyak jugak lah tips yang kau boleh belajar. macam mana kau nak berdepan dengan benda berkaitan dengan cinta ni. pasal long distance relationship, pasal kahwin mak bapak cari.

aku paling layan tribute to elly. oleh cobnobbler. kisah benar. apa pun al fatihah buat elly.nak tahu lagi terperinci kau baca awek chuck taylor pulak.

then cerita amoi 1 thing 2 do 3 word 4 you.. i love u... memang kena dah dengan aku. aku try buat. apa amoi buat. sebijik jawapan dia lebih kurang la.

banyak lagi cerita menarik. ouh ya penulis saja. memang  superb.

yang lain pun aku rasa semua boleh merangsang semangat pembacaan aku. untuk buku pertama ni. well done. and aku suggest buku akan datang buat lagi tebal oke kot.. and aku suka ade kartun-kartun tu.. oke aku memang penyokong industri buku independent macam ni.. good job!!

ouh ya lupa.. ada jugak terselit quotes kat dalam setiap penulisan. boleh la kot guna nak try or pujuk or usha someone. jangan buat kat semua orang hilang magik nanti.

"it's normal to fall in love with somebody. but understand that it's a part of life, to learn that you don't always get the things that you want and the people that you want."


p/s: buku ni lama dah ade and habis baca tapi akak senior sebelah bilik and yang sebelah bilik dia and sebelah kepada sebelah bilik dia pinjam rotate tu yang lambat sikit nak update. well ya aku exam ari tu ho3. aku sebenar nak cakap buku ni bagus tu ramai nak pinjam.. =)

Cinta Fansuri ~ A. Samad Said

1."Cinta mempunyai wajah dan hati yang aneh, diyakini tidak berkasta, tidak berbangsa." bait kata ini cukup menggetarkan tangan aku untuk menarik buku ini dari rak di sebuah gedung buku di KLCC. Ditambah pula dengan nama gah penulisnya, A. Samad Said serta cover bukunya gambaran seorang gadis ala-ala Hana Tajima.

2.Namun, sama seperti cinta, aku merasakan buku 179 mukasurat ini agak aneh buat aku. Aku masih belum mampu menjamah jalan ceritanya..nama-nama wataknya juga belum aku hadam walaupun telah habis aku baca hingga ke mukasurat akhirnya. Sebelum ni aku amat menyukai buku berjudul Salina karya penulis yang sama, cuma kali ini buku 'Cinta Fansuri' bukan makanan aku.

3. Tiada momen-momen romantik dalam cerita ni. Ceritanya lebih berkisar tentang kehidupan di tempat yang sukar aku bayangkan sekelilingnya, dan manusianya sukar aku bayangkan perwatakannya. Nasib baik buku ini nipis,kalau tidak..tentu sukar juga untuk aku tamatkan bacaan. Dan satu lagi, sukar jugak untuk aku menceritakan tentang buku ini dengan lebih panjang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 25, 2011

His 'N' Hers-Mike Gayle




Mike Gayle merupakan male author ke-3 yang berjaya menarik minat aku baca novel hasil karya penulis lelaki. Penulis lelaki pertama yang berjaya menarik minat aku mestilah R.L. Stine (pernah baca Fear Street tak?) diikuti pula dengan Nicholas Sparks (aku baru tahu dia ni hensem rupanya).


1. Jim dan Alison ni kenal dari zaman universiti lagi. Tapi, masa zaman universiti tu, Alison ni dah ada pakwe, Damon. Damon ni kawan Jim, merangkap pemain gitar dalam band Captain Magnet.


2. Dah habis belajar, Jim dan Alison ni jumpa balik. Alison putus dengan Damon, bercinta pula dengan Jim.


'Anyway,' I continue, 'we're getting off the point. What I was trying to say is that love isn't just about the cute staff---'


'Like making up rubbish pet names?'


'Yes, like making up rubbish pet names,' I say.'It's about the tough times when things get difficult. When it's not all hearts and flowers. When it's about two people staying together, no matter what. And the fact is Damon and I haven't got that. And if I want anything from life it's-a special kind of love. A love that can stand anything you throw at it. Surely that's the only kind worth having'


3. Bandmate Jim ni semua ambil haluan yang berbeza lepas habis belajar. Captain Magnet pun dah tak wujud dah. Tapi, Alison dan Jim semakin rapat dan akhirnya, berkahwin.


4. Jim tiba-tiba rasa dia menyesal kahwin dengan Alison. Dan, dorang pun bercerai.


'This. Us. This whole thing. I'm really sorry but it's not working any more. At least, not for me. I think we need to spend some time apart.'


I can't believe what I'm hearing. 'You're not making sense, Jim.'


There's a long silence.


'I just need some space to get my head together, that's all.'


'You can't do this,'I say, fighting back tears. 'We've made a home together. We're happy. Whatever 's going on with you it's just a blip..we'll be okay.' I put my arms around him and squeeze tightly as the tears roll down my face. 'We still love each other,' I tell him. 'I still love you.'


'That's just the thing,'he says. 'I'm not sure I do love you any more.'


5. Jim dan Alison bercerai setelah 6 tahun lalui hidup bersama. Macam-macam dah dorang kongsi. Jadi, bila dorang bercerai, banyak benda yang kena bahagikan termasuklah sofa, kucing peliharaan, Disco dan juga flat.


6. Dipendekkan cerita, setelah 3 tahun tak dengar cerita, tiba-tiba dorang jumpa balik. Itu pun sebab Disco, kucing peliharaan dorang dah mati. Kira macam, kalau bukan sebab Disco, dorang takkan jumpa balik. Alison akan kahwin dengan Marcus, Jim akan semakin serius dengan makwe baru, Helen.


'Regret is a terrible thing,' continues Marian. 'I can't think of anything much worse than knowing you had the power to change a sad event into a happy one and choosing not to do so.'








Saturday, October 22, 2011

The Seventeen Second Miracle-Jason F. Wright





Aku berjaya habiskan novel ni dalam masa 5 hari tunggu KTM. Nampak sangat ktm selalu sampai lambat :p Mungkin sebab novel ni tak tebal mana kot


1. Hanya dengan 17 saat sahaja, Rex Conner's life dah berubah sekelip mata. Dia ni kerja dia sebagai lifeguard. Pada tahun 1970, musim panas, dia berkenalan dengan Sparks dan Flick (adik Sparks). Hari-hari dia habiskan masa dengan Sparks dan Flick.


2. Pada suatu hari, masa hari jadi Flick, yang disambut di tepi pantai tempat Rex berkerja, hanya dengan 17 saat sahaja masa Rex tengah main teka-teki dengan Sparks, Flick dah hilang dari pandangan dorang ni. Tak sempat diselamatkan. Haritu, Rex ni tengah bercuti tapi lifeguard yang lain pun tak perasan masa Flick dah drowning tuh.


3. Mak Spark dan Flick salahkan Rex atas kecuaian dia. Padahal bukan salah dia kot. Tapi, tak pasal-pasal je kan dia pulak yang kena.


"Rex Connor, you just couldn't keep your hands to yourself, could you?"


"You killed my angel"


4. Itulah ayat mak Sparks dan Flick kat Rex. Sejak haritu, Rex ni memang rasa down gila la! Sampai ada satu hari tu, dia cuba bunuh diri tapi Sparks sempat selamatkan dia.


5. Satu hari tu, dia duduk kat atas kerusi depan satu kedai ni, sambil perhatikan seorang perempuan tua keluar sambil bawak banyak barang. Tengah-tengah dia cuba seimbangkan diri, barang-barang dia pun jatuh. Rex ni pun datang tolong dia.


6. Barang terakhir yang Rex tolong angkat adalah sebuah buku nota dan pensil. Perempuan tua tu tanya siapa nama Rex.


"Lovely name. You just made my journal, Mr Connor"


"That notebook you are holding. Every time someone special happens to me, I put it in there to remember"


7. Sejak hari tu, Rex pun simpan jurnal. Dia tulis semua kebaikan yang orang lain buat untuk dia tapi bukan tulis kebaikan yang dia buat untuk orang lain. Sparks pun simpan jurnal jugak sejak Krismas. Tapi, Sparks tulis tentang Rex dan dia, dan juga tentang kebaikan yang Rex buat.


8. Kira macam Rex ni namakan "The Seventeen Second Miracle" sempena kejadian yang menimpa Flick, dan cerita tentang ni diperturunkan kepada anak dia, Cole. Cole ni ada kelas yang dinamakan "The Seventeen Second Miracle".


9. Banyak kejadian dan cerita tentang Rex, Sparks, Flick, tentang dia dan wife dia, Jane yang disampaikan kepada students dia.


Aku suka novel ni. Kira macam terkesan di hati la gitu hehe Sampai rasa nak simpan jurnal jugak!


" Love is a verb, boy. Seventeen seconds to thank her for dinner. Seventeen seconds to buy a bouquet on the way out of the grocery store. You can save your marriage, a life, a friendship, just seventeen seconds at a time"












Friday, October 21, 2011

My Sister's Keeper ~ Jodi Picoult



Buku ni menampilkan isu yang lari sedikit dari kebiasaan. Berkisarkan tentang seorang Anna yang berusia 13 tahun yang mempunyai seorang kakak (Kate) menghidap penyakit. Sejak dari kecil tubuh badan Anna diproses seperti satu sumber mineral untuk menyelamatkan Kate. Sehinggalah dia memberanikan diri membawa kes ini ke mahkhamah untuk menuntut keadilan kepada diri sendiri dan masa depannya.

1. Ibu-bapa walaupun membesarkan anak-anak,tetapi mereka tak patut menentukan/memaksa segalanya untuk anak. Asal anak berlawanan pendirian je mulalah keluar dialog 'aku yang membesarkan kau..aku yang bagi kau makan' macam cerekarama.

2. Siapa kata ibu-bapa tak pilih kasih terhadap anak-anak? Susah nak seimbangkan kasih sayang..mesti akan ada yang sayang lebih dan yang kurang...tapi tu lah...kasih bukan boleh sukat guna alat penimbang.

3. Ada satu ketika kita akan terperangkap di antara pentingkan diri sendiri dan mahu mengorbankan diri untuk orang lain..nak tak nak..kena pilih satu..dan setiap pilihan kita kena terima walau pahitnya dah pasti.

Kalau ada 5 orang yang baca buku duduk semeja dan bincang tentang ceritanya, aku rasa banyak yang boleh disembangkan dan akan timbul beberapa pertembungan pendapat tentang konflik dalam buku ni. Memang isu berat..bukan main-main punya isu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology