Friday, November 25, 2011

Cinta Fansuri ~ A. Samad Said

1."Cinta mempunyai wajah dan hati yang aneh, diyakini tidak berkasta, tidak berbangsa." bait kata ini cukup menggetarkan tangan aku untuk menarik buku ini dari rak di sebuah gedung buku di KLCC. Ditambah pula dengan nama gah penulisnya, A. Samad Said serta cover bukunya gambaran seorang gadis ala-ala Hana Tajima.

2.Namun, sama seperti cinta, aku merasakan buku 179 mukasurat ini agak aneh buat aku. Aku masih belum mampu menjamah jalan ceritanya..nama-nama wataknya juga belum aku hadam walaupun telah habis aku baca hingga ke mukasurat akhirnya. Sebelum ni aku amat menyukai buku berjudul Salina karya penulis yang sama, cuma kali ini buku 'Cinta Fansuri' bukan makanan aku.

3. Tiada momen-momen romantik dalam cerita ni. Ceritanya lebih berkisar tentang kehidupan di tempat yang sukar aku bayangkan sekelilingnya, dan manusianya sukar aku bayangkan perwatakannya. Nasib baik buku ini nipis,kalau tidak..tentu sukar juga untuk aku tamatkan bacaan. Dan satu lagi, sukar jugak untuk aku menceritakan tentang buku ini dengan lebih panjang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

alien said...

betul2
buku ni aku baca sampai sekarang tak hadam2 lagi
kene bagi lagi sekali rasanya

Miss Ayda said...

penulis dia pun gah mmg susah la nk hadam ye dok

fnd said...

Itulah..terkejut sistem pencernaan aku dibuatnya..

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology