Buku ni menampilkan isu yang lari sedikit dari kebiasaan. Berkisarkan tentang seorang Anna yang berusia 13 tahun yang mempunyai seorang kakak (Kate) menghidap penyakit. Sejak dari kecil tubuh badan Anna diproses seperti satu sumber mineral untuk menyelamatkan Kate. Sehinggalah dia memberanikan diri membawa kes ini ke mahkhamah untuk menuntut keadilan kepada diri sendiri dan masa depannya.
1. Ibu-bapa walaupun membesarkan anak-anak,tetapi mereka tak patut menentukan/memaksa segalanya untuk anak. Asal anak berlawanan pendirian je mulalah keluar dialog 'aku yang membesarkan kau..aku yang bagi kau makan' macam cerekarama.
2. Siapa kata ibu-bapa tak pilih kasih terhadap anak-anak? Susah nak seimbangkan kasih sayang..mesti akan ada yang sayang lebih dan yang kurang...tapi tu lah...kasih bukan boleh sukat guna alat penimbang.
3. Ada satu ketika kita akan terperangkap di antara pentingkan diri sendiri dan mahu mengorbankan diri untuk orang lain..nak tak nak..kena pilih satu..dan setiap pilihan kita kena terima walau pahitnya dah pasti.
Kalau ada 5 orang yang baca buku duduk semeja dan bincang tentang ceritanya, aku rasa banyak yang boleh disembangkan dan akan timbul beberapa pertembungan pendapat tentang konflik dalam buku ni. Memang isu berat..bukan main-main punya isu.
Published with Blogger-droid v1.7.4
3 comments:
saya tengok movie nye.
mennagis tengok..sedih sedih. :(
oh aritu ternmpk buku ni, mcm nk beli tp xjadi beli lak hehe
BetMGM Casino Hotel Las Vegas - MapYRO
Realtime driving directions to 안동 출장샵 BetMGM 동두천 출장안마 Casino Hotel Las Vegas, 37011 Las Vegas Boulevard South, Las Vegas, based on 강원도 출장마사지 live 안산 출장마사지 traffic updates and road conditions 성남 출장안마 – from
Post a Comment