Monday, April 30, 2012

Sebelas Patriot - Andrea Hirata

Salam,
Agak lama juga aku 'hilang' dari sini.
Ahha..

Sebelas Patriot.
Sejujurnya sudah sekian lama aku mencari - cari buku ini di pasaran, tapi tidak berjumpa. Menjejak kaki ke Pesta Buku di PWTC Jumaat lalu dengan tidak sengaja telah mempertemukan aku dengan buku ini. Jadi, kehadiran buku ini telah melengkapkan koleksi buku Andrea dalam simpanan aku.















Seperti mana-mana buku Andrea Hirata,
penggunaan ayat adalah mudah dan dekat dengan pembaca.
Dan seperti biasanya konsep penulisan Andrea adalah santai namun secara tidak langsung diri akan termotivasi dengan membaca karya tulisannya. Kisah ini sungguh menginspirasikan. Bagaimana seorang anak sanggup berkorban bagi memastikan si ayah gembira dan tersenyum pada hidupnya.

Secara ringkasnya.
Sebelas Patriot mengisahkan tentang cinta dan kasih seorang anak; Ikal, kepada satu-satunya ayah yang tercinta dalam menyambung dan merealisasikan impian ayahnya untuk menjadi pemain bola professional yang tidak tercapai satu tika dulu walau tanpa dipinta oleh ayahnya. Itulah cara Ikal menunjukkan kasih dan cinta kepada ayahnya.

Melalui satu foto lama. Diceritakan oleh rakan si ayah. Si ayah adalah seorang pemain bola yang handal pada usia mudanya. Pada masa itu, perlawanan bola bagi rakyat setempat adalah seperti melawan penjajahan Belanda. Padang bola adalah ibarat medan perang bagi mereka. Pada satu perlawanan akhir, pasukan yang diwakili ayahnya telah menang dan menimbulkan kemarahan pihak Belanda. Ayahnya, 2 abangnya dan jurutlatih telah ditahan oleh Belanda. Akibatnya tempurung kaki kiri ayahnya telah dicacatkan oleh Belanda lantas menamatkan kerjaya bola sepak si ayah pada usia yang sangat muda.

Bertitik tolak dari itu, dia berusaha dengan gigih, walau pada hujungnya dia gagal setelah mencuba beberapa kali. Akan tetapi si ayah tidak pernah kecewa dengan anaknya itu malah cuba mententeramkan jiwa si anak yang kecewa. Itulah kasih si ayah kepada si anak, walau tidak terucap namun terserlah pada perbuatannya.

Dengan kegagalan bagi merealisasikan impian si ayah. Dia sekali lagi berpeluang untuk menggembirakan hati ayahnya itu dengan cara yang lain setelah dewasa. Baginya kegembiraan ayahnya adalah kegembiraannya juga.

Terima kasih Andrea untuk kisah yang menyentuh hati ini.

Buku ini nipis; 71ms.
Isinya sangat mudah difahami dan dihadam.

Antara moral yang didapati dari kisah ini ialah sebagai anak, telah menjadi kewajipan kita menggembirakan orang yang tersayang iaitu ibu dan bapa kita. Mengutamakan urusan mereka dari urusan kita sendiri. Ingat ye, utamakan ibu dan ayah dahulu. Hehehe.





Thursday, April 26, 2012

have a little faith - Mitch Albom

“Faith is about doing. You are how you act, not just how you believe” (pg 44).




I. Buku ni menceritakan tentang kisah hidup 2 orang yang memberi inspirasi kepada Mitch Albom. Tak lari dari buku-buku Mitch sebelum ni, buku ni juga samalah bercerita tentang inspirasi yang Mitch kutip dari kisah hidup orang yang dikenalinya.

II.Orang pertama ialah Lewis, seorang alim yang sudah tua dan seakan memberi petanda masanya sudah tidak lama. Kedua ialah Henry, seorang yang dikatakan bukan main hebat dalam industri kejahatan di suatu ketika dulu namun kemudiannya menjadi baik dan berbakti kepada sesiapa saja yang dia jumpa.

III. Sebahagian besar buku ni menyentuh tentang memberi kepada orang lain, di mana kita percaya bahawa perkara kebaikan tak perlu dibayar oleh sesiapa sebaliknya akan dibayar oleh kuasa yang lebih atas. Lewis misalnya, walaupun perkara kebaikan yang cuba dia sampaikan selalu diberi tentangan, dia sentiasa membesikan hatinya.

IV. Peluang kedua, banyak cerita atau peristiwa yang kita dengar tentang peluang kedua,ramai yang beruntung diberi peluang kedua, ada yang berubah 180 darjah, ada yang berubah 360 darjah, ada juga yang masih menunggu peluang ketiga. Dalam buku ini diceritakan Henry berubah dari seorang penjahat tanpa hati perut menjadi seorang hero masyarakat yang selfless.

V. Buku ini ini tentang kemanusian, tanpa mengira agama dan kasta ekonomi. Diselitkan juga cerita-cerita tentang agama-agama dan juga betapa Mitch pernah lari dan takut untuk membincang mengenainya. Tempo cerita agak perlahan, bagai mengira detik kematian, tapi life lessonnya boleh dihayati.



“Because one thing God gave us—and I’m afraid it’s at times a little too much—is free will. Freedom to choose. I believe he gave us everything needed to build a beautiful world, if we choose wisely.

But we can also choose badly. And we can mess things up something awful"

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology