Lagi sekali, novel dari Cecelia Ahern! Macam biasa, cepat jugak habis!
- Kitty, seorang wartawan, yang kehilangan hampir segalanya dalam hidup dia. Kerja dia, selepas satu skandal, kawan dia yang kecewa dengan perangai Kitty dan kawan yang paling berharga bagi Kitty yang juga guru Kitty, Constance.
- Sebelum Constance meninggal, Kitty sempat tanya kat dia satu soalan: "What is the one story you always wanted to write?".
- Jawapan kepada soalan Kitty tu terletak dalam satu file dalam pejabat Constance. Bila wartawan dari majalah milik Constance, berhasrat untuk mendedikasikan edisi seterusnya untuk Constance, Kitty di beri tanggungjawab untuk menyiapkannya.
- Tapi, dalam file tu hanya lah satu senarai nama, 100 nama, tanpa klu, tanpa deskripsi pun. Namun, Kitty masih tekad untuk tulis tentang 100 orang tuh.
- Dia hanya ada masa selama 2 minggu untuk cari semua orang dalam senarai tu, untuk hubungi mereka dan kaitkan cerita mereka dan cuba memahami apa yang Constance ingin lakukan sebenarnya dan juga kenapa dia pilih 100 orang tuh.
“Nobody can pretend to know what people want to read or hear or see. People rarely know it themselves; they only know it after the fact.”

0 comments:
Post a Comment