Cecelia Ahern's 10th novel! Macam tak percaya je. Baru je habis baca novel ni. Novel ni cantik. Walaupun gambar novel di pinjam dari Encik Google. Malas nak tangkap gambar bagai. Aku beli novel ni online. Semangat duk tanya kat akak tu bila lah dia nak mula jual. Ye lah, novel Cecelia Ahern kot. Bila dia cakap dah ada je stok, aku terus je beli (okay okay aku tau ini memang menggelabah je)
- Cerita tentang bagaimana Christine Rose berjanji nak tunjukkan Adam Basil betapa hidup itu adalah sesuatu yang bernilai. Walaupun kehidupan Christine tak de lah menggembirakan pun. Dia baru lepas gagal untuk selamatkan seorang lelaki dari tembak dirinya sendiri, Simon. Dia juga baru tinggalkan suaminya, Barry walaupun usia perkahwinan mereka tak sampai pun setahun. Tapi, dia cuba untuk tolong Adam.
- Adam cuba terjun dari sebuah jambatan. Kononnya kehidupan dia sangatlah mengecewakan. Datang untuk jumpa kekasih hati, Maria tapi kantoi Maria bercinta dengan kawan baik dia sendiri, Sean. Bila tanya, Maria mengaku yang dia dengan Sean memang tengah bercinta.
- Dalam masa yang sama, ayah Adam tengah terlantar kat hospital. Ayah dia wariskan syarikat warisan keluarga kat dia, tapi Adam rasa dia tak mampu nak pikul tanggungjawab tu.
- Christine ni ada sejenis tabiat yang pelik. Semua masalah dia nak refer kat self-help book dia. Jadi, nak tolong Adam ni pun, dia tengok tips dari salah satu self-help buku dia tuh.
- Tapi, lama-kelamaan dia sedar yang dia perlu biarkan Adam buat keputusan sendiri. Adam pun semakin pulih.
"While you were trying to make Maria fall in love with me, and make me fall in love with life, I fell in love with you"
"Moments are precious; sometimes they linger and other times they're fleeting, and yet so much could be done in them; you could change a mind, you could save a life and you could even fall in love"
0 comments:
Post a Comment