Saturday, September 17, 2011

Shamsiah Fakeh - Azzah AR

Tahu siapa dia Shamsiah Fakeh?
Kalian patut membaca buku bertajuk Shamsiah Fakeh ini.
Ia adalah sebuah novel sejarah yang ditulis berdasarkan sumber-sumber dan kajian primer dan sekunder yang dibuat oleh Azzah AR.

Untuk pengetahuan anda, novel ini menceritakan liku hidup seorang wanita pejuang bernama Shamsiah Fakeh, dari masa awal hidupnya hingga ke akhir hayatnya. Tentang tempat asal usulnya, pelajaran yang dipelajarinya dan kisah kehidupan peribadinya yang sedikit menyentuh hati.

Melalui buku ini, penulis menceritakan bagaimana Shamsiah Fakeh diangkat menjadi sebagai salah seorang wanita yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Dia juga menceritakan permulaan perjalanan Shamsiah Fakeh di dalam bidang politik. Bagaimana Shamsiah Fakeh itu sendiri dan parti politik seperti PKMM, API, AWAS dan lain-lainnya menjadi mangsa pada zaman darurat yang diisytihar oleh British pada pemerintahan Sir Henry Gurney di Tanah Melayu pada masa itu yang melancarkan rancangan Briggs bagi melumpukan tekanan dari parti yang berhaluan kiri untuk menuntut kemerdekaan pada masa itu.

Percayalah, anda akan turut sama merasai keperitan dan kesukaran untuk berjuang bagi menuntut kemerdekaan melalui buku ini. Selain anda tahu serba sedikit sebab Malayan Union ditentang kerana ia diceritakan di dalamnya secara ringkas dan mudah untuk difahami.

Memetik kata-katanya,

Sebagai pemimpin dia berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.”

Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.”

Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.”

Adakah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita?
Jawapan ada di buku ini.

Menurut Abdul Latip Talib (Novelis Sejarah Malaysia), "Kagum, tersentuh dan terharu apabila membaca karya ini. Seakan setiap kejadian yang ditempuhi Shamsiah Fakeh berlaku di hadapan mata"





















Rating: Buku ini mudah dihadam.
Sekian.

2 comments:

encekgadis said...

ehh boleh baca untuk bahan rujukan asaimen ni keh3..

alien said...

boleh2..
jadi sumber rujukan

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology