Wednesday, September 21, 2011

TUESDAY WITH MORRIE by MITCH ALBOM


Tuesday with Morrie ni tentang 'kuliah' yang dijalankan pada setiap selasa oleh seorang profesor tua yang sedang menanti saat kematian dia. Aku memang minat kalau buku tentang spiritual ni.. ho3.. buku ni ada dua bahasa yg aku baca ni yang BM punya. Tuesdays with Morrie berkisar tentang seorang pensyarah yang menghidapi satu penyakit yang sangat kritikal di mana dia hanya mampu survive untuk beberapa bulan je. dan kesihatan dia akan menjadi semakin teruk hari demi hari. mula tidak mampu berjalan seterusnya tak boleh menggerakkan tangan. tak mampu untuk menelan makanan sehinggalah tak mampu untuk bercakap dan sukar untuk bernafas.

kuliah yang dia jalankan adalah bersama seorang pelajar yang sangat rapat dengan dia 15 tahun yang lepas. kuliah ini dipanggil kuliah kehidupan. kerana mereka berbincang tentang kehidupan dan persediaan untuk mati. apa yang kita akan lakukan jika kita dapat tahu yang kita akan mati tidak lama lagi dan bagaimana kita menghadapi kenyataan yang kita akan mati tidak lama lagi. ya kenyataan semua orang akan mati tapi tak semua tahu bila kita akan mati. Profesor Morrie berkongsi dengan pelajarnya mitch tentang bagaimana secara optimis dia menghadapi kenyataan penyakit yang dihadapi.

Mitch yang sebelum ini terlalu sibuk mengejar kerjaya sehingga melupakan keluarga malah proffesor tuanya sebelum ini mula tersedar akan hakikat kehidupan sebenar setelah dia bertemu kembali dengan proffesor morrie. itu pun hanya apabila secara tidak sengaja dia melihat liputan tentang morrie di BBC. morrie menjadi terkenal kerana sikap optimisnya terhadap kematian liputan BBC membuatkan dia menjadi rujukan ramai orang dan menerima beribu surat untuk mendapat khidmat nasihatnya.

namun begitu yang dipelajari oleh Mitch daripada Morrie adalah lebih daripada bagaimana menghadapi kematian. Mitch belajar bagaimana menggunakan kehidupan. bagaimana menjadikan kehidupan ini bukan sia-sia. bagaimana kita akan mati dengan tanpa menyesali meninggalkan dunia. apa sebenarnya yang diperlukan dalam hidup ini. dan apa sebenarnya dikatakan kebahgiaan. banyak cerita tentang hidup, kehidupan dan pembelajaran. guru, pendidik amat digalakkan untuk membaca buku ini.

sila la try usha...

ok see u next.. bye2

8 comments:

Fnd Rocka said...

Aku baca yg original version.

Banyak yg aku dpt belajar melalui buku ini,personal and spiritually.

Belajar ttg menerima diri sendiri dan org lain seadanya.kalau dpt yg tu..dapatlah mencapai peace of mind..insyaAllah.

Tapi aku masih belum pasti sama ada ini buku fiksyen or non-fiksyen.

alien said...

betul..
gunakan hidup sebaiknya

encekgadis said...

fndrocka kena tanya mitch nampaknye buku ni fiction atau tak.. ho3... insyallah semoga kita dapat mencapai peace of mind tu.

alien... yup2... kita tak tahu esok tu kita ada atau tak dan siapa kita..

atikah ramly said...

buku ni bagus..

memberi persepsi lain or lebih positif bagaimana menghadapi kesukaran..

hidup punya pilihan..

kau sihat atau sakit (or hadapi masalah atau x), kau punya pilihan samada tuk hadapi dengan tabah n optimis dengan hidup atau terus bersedih..

jika bersedih kau mungkin makin membebankan samada utk diri kau or org sekeliling...kau makin 'sakit' drpd sakit yg kau alami

jika kau hadapi dengan tabah n terus bersikap optimis, kau mampu mengubah dunia yg gelap kpd dunia yg penuh warna warni yg memanfaatkan utk dirimu & juga org lain..

:)

Faaein Talip Roy said...

selalu nampak je buku ni.. tapi tak tergerak hati lagi nak beli..

encekgadis said...

la kuchi~~ sangat setuju!!

faaein~~ ^^

ghost said...

salah satu koleksi aku selain novelnya yang satu lagi(terjemaahan).

dalam kesalnya dia tidak dapat membantu adiknya yang sakit,dia masih mampu menerima dan menghormati keinginan adiknya.dan itu jugak lebih membuatkan dia menghargai sisa2 hidup professornya.

hani said...

saya baca yg original version. walaupun waktu membeli, sedikit skeptik kerana bukunya berbalut, cover kurang menarik dn tidak cukup informasi ttg isi dalamnya, tapi kenapa saya masih ambil dan beli, pun tidak tahu. jodoh mungkin :)
akhirnya, saya menghabiskan buku ini cuma semalaman dengan tangisan dan rasa ketakjuban. :)

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology