Sunday, November 27, 2011

CEKIK .... RIDHWAN SAIDI


cekik sebuah novel ridhwan saidi. terbitan fixi.

sebagai seorang ortodoks aku nasihatkan anda yang berfikiran matang sahaja untuk baca. supaya dapat menilai apa yang ingin disampaikan. ya aku akui ridhwan saidi memang pedas membahas tentang sosialis. dia memang berani mengutarakan kisah benar masyarakat. ya memang ini terjadi.

kisah ni tentang warith seorang remaja berusia 16 tahun yang hidup dengan teman wanitanya berusia 32 tahun selepas melarikan diri daripada rumah pada usia 14 tahun. cerita ini melewati masa hadapan. tahun 2020 yang mana masih wujud maggi dan mcd. dia di kejutkan dengan kematian ayahnya. kematian ayahnya kemudia membawa dia dan orang sekelilingnya mengetahui siapa warith yang sebenarnya.

aku respek cara ridhwan saidi mengolah ayat. sebab dia tersusun walau berbelit. cerita dia swap antara tahun 2020 dengan tahun yang sebelumnya. cerita dan watak berganti itu yang menambah rasa ingin tahu sampai kau tak nak berhenti baca. aku rasa kalau kau baca dengan tenang mungkin kau akan faham. baca sampai habis dan kau akan dapat tahu kesudahan yang mengejutkan dan kemudian kau akan setuju masyarakat kita memang begini.

ya berterus terang novel ini memang terangan ceritakan tentang seks dan terpulang untuk kau menilai nya bagaimana. pada aku untuk dinilai dari segi isi nya ya aku faham. dari segi scene nya baiklah agak sedikit meloyakan. tak apa. aku bagi 3 setengah bintang sebab mampu buat aku baca tanpa henti dek persoalan yang ditimbulkan. bacalah untuk tahu siapa tercekik dan siapa mencekik.

ridhwan saidi penulis dengan kisah yang sarat nilai sarkastik. aku on the way habiskan amerika. dia memang sukankan perincian tentang sesuatu.

novel ni hanya boleh diperolehi dari event fixi and laman web fixi sebab dengarnya terlalu ekstreme untuk ke kedai popular mahupun mph dengar cerita lagi walau begitu cekik sudah habis jugak di kedai web fixi. cuba tanya amir muhammad takut dah di restock

0 comments:

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology