Monday, November 28, 2011

NGERI. GINA YAP LAI YOONG

ngeri oleh gina yap lai yoong

baiklah serius ngeri.

dia cerita pasal tiga orang sahabat joanne, samuel, rehan. diorang ni belajar berkaitan perfileman. ada satu hari tu diaorang kena buat skrip sebagai assignment. lepas buat skrip kena lah setlekan production sekali. first time masa perbentangan skrip diorang kena reject. lepas tu diorang buat balik skrip yang lain. samuel ketua kumpulan. dia punya idea cerita memang lain daripada yang lain. kalau baca memang menggelitik rasa ngilu. cuma yang pelik diorang punya idea yang ditolak tu berlaku betul-betul. makin lama makin dekat dengan diorang. joanne dengan rehat memang gabra la. polis pun tak dapat apa-apa klu yang tahu kes pembunuhan pelik dan ngeri!.

tempo cerita ni laju. lepas satu kes satu kes. dah gaya kes csi. tapi lagi teruk pun ya kadang-kadang. bila tengok kes yang dilaporkan lebih kurang dengan skrip budak tiga orang tu professor diorang pun jadi takut tak senang duduk. sampailah satu hari apa yang dia takutkan jadi kenyataan. budak tiga orang tu pun jadi suspek polis and kena tangkap. puas la menyorok kantoi jugak. joanne dengan rehan salahkan samuel and sebenarnya suspek samuel yang buat. diorang saling syak antara satu sama lain. polis ingat bila dah tangkap tiga orang tu kes selesai. tapi sebenarnya tak.

baca la sampai habis buku ni baru tau apa erti kejutan. ha3. siapa pembunuh dan dalang di sebalik kes-kes ngeri seperti lelaki mati tergantung dengan dawai menggantungkannya seperti patung boneka pinocchio. orang yang kau tak sangka. dengan syarat jangan baca dari belakang. baca dari depan tanpa lihat penyudah cerita. kalau tengok pun tak ada klu kot.. boleh habis dalam masa sehari. buku melayu oleh orang cina. memang superb la!!.. Gina tahniah... serius ngeri. ngilu. geli.

5 comments:

Hanie_Dew said...

errrrrrr...kalau baca time siang ni pun aku takut gak kot.

gadis NOTA pelekat said...

x takut sangat cuma kau rasa ngilu je sket2 ha3

Gina Yap said...

Ngilu ke? =)

Salam mesra... apa khabar... tengah layar web, jumpa post ni. Semoga terhibur dengan Ngeri. Terima kasih atas sokongan you!

gadis NOTA pelekat said...

hehe gina.. ngilu la jugak..
thanx for coming...
kami akan terus sokong! =)

reenapple said...

Err.. aku tak berkesempatan nak p kedai buku lagi. Huuu

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology