Friday, November 25, 2011

CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA... LUCIUS MAXIMUS

gila semangat aku beli buku nie. aku bukan peminat bola sepak sangat tapi semangat ingin tahu yang tinggi dan atas faktor ke-rare-an buku ni so aku beli. dapat je terus baca semangat nak habiskan elok pulak mood harimau malaya menentang garuda hari tu. memang inn la rasa dia.

first sekali nak salute lucius maximus. salute bukan bodek. sebab kegigihan dia mencarik segala maklumat data yang berkenaan tentang pasukan bola sepak malaysia dan piala dunia. mula dari tahun 1974 punya piala dunia sampailah perlawanan kelayakan piala dunia 2014.

satu persatu di ceritakan daripada pemain, strategi, latihan jurulatih pengurus sampailah imbuhan yang diperolehi punca dan sebab kejayaan serta kegagalan. yang paling jelas punca kegagalan tu yang aku nampak. aku rasa yang berkenaan dengan industri bola sepak ni kena baca jugak buku ni. mungkin ada antara mereka tak tahu perjalanan pasukan negara kita. sebab ada persoalan yang ditimbulkan perlu jawapan dan ada cadangan yang boleh diambil kira.

walau pun aku tak tahu peraturan sebenar bola sepak tu, apa jadah ofside.. tapi aku layan jugak tengok perlawanan bola sepak dan bersorak. cuma mungkin sikit bangga diri bila baca buku ni.. paling kurang aku ada ilmu tentang sejarah bola sepak negara. kegagalan sebenar disebabkan kepincangan.

betul la tu pencarian pemain bola sepak bukan bermula dari usia muda tapi dari kanak-kanak. kau kalau peminat bola tak baca buku sejarah ringkas bola sepak malaysia yang tak masuk silibus matapelajaran sejarah ni mungkin tak berapa boleh jadi peminat yang hardcore bola sepak negara.

'hari ini lucius maximus tidak semena-mena muncul dengan buku ringkas 'cerita malaysia tidak ke piala dunia' ini yang nampak sinis' prakata oleh pipiyapong.

secara ringkas ini lah buku sejarah bola sepak yang penuh sinis. tambah lagi lucius maximus mungkin boleh ditawarkan jawatan pengulas perlawanan bola sepak menggantikan pengulas sedia ada. baca dia cerita rasa macam tengok perlawanan real depan mata. pergh.. ha3

oh ye prakata pipiyapong tu mungkin boleh dikembangkan untuk sebuah buku yang lain. agak menarik jugak   bangga jugak aku kalau pasukan mentakab city betul-betul wujud dan seronok jugak kalau Torpedo Lipis Fc tu ada. mesti lipis akan menjadi tarikan pelancong dan aku yang duduk kat sana ada jugak tempat mengisi masa lapang ho3...

3 comments:

fndrocka said...

Aku tak boleh imajin cemana kau boleh beli buku ttg bola sepak ni

gadis NOTA pelekat said...

ha3 mudah aku pergi dubook isi borang pembelian bayar guna maybank2u beberapa hari kemudian setelah dicetak buku sampai depan rumah. mudah je.. hahhaha

KAISARBET.COM AGEN BOLA TERPERCAYA PIALA DUNIA 2014 said...

nice post jer...

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Google+ Followers

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology