Wednesday, July 11, 2012

The Time of my Life - Cecelia Ahern



The Time of my Life ni novel yang terbaru dari Cecelia Ahern. Beli novel ni tahun lepas, tapi bulan 6 tahun ni, baru dapat baca :)

1- Lucy Silchester ada appointment dengan Life dia. Banyak kali dia dapat surat emas di mana ada jemputan dari Life dia sendiri untuk berjumpa.

2- Dia ignore je semua surat emas yang dia terima tapi satu hari tu, dia buka 1 surat dari banyak-banyak surat yang dia terima tuh dan bercadang untuk berjumpa dengan Life dia for once and for all.

3- Betapa terkejut dan kecewanya Lucy bila jumpa Life dia untuk pertama kali di sebuah ofis yang kecik dan serabut. Mereka berbincang tentang hidup Lucy yang sangat tak tentu hala tuh dan membuatkan Lucy merasa bengang dan terus keluar dari ofis Life.

4- Tetapi, Life masih rajin menghantar surat emas kepada Lucy sehingga Lucy setuju untuk berjumpa dengan Life untuk 1 lagi pertemuan.

5- Lucy terpaksa bersetuju yang Life akan ikut Lucy kemana sahaja Lucy pergi, dan terpaksa bersetuju yang Life akan beritahu 1 kebenaran tentang hidup Lucy setiap kali Lucy tipu.

6- Bagi mengelakkan Life beritahu 1 kebenaran setiap kali Lucy tipu, Lucy terpaksa bercakap benar sentiasa. 

7- Akhirnya, Lucy sedar yang dia telah buat banyak kesilapan dalam hidup dia dengan menipu, dan bertekad untuk membetulkan semua kesilapan dia dengan berjumpa semua orang yang dia tipu, dan berkata benar.

8- Life dari sehari ke sehari, semakin segak dan bergaya selaras dengan perkembangan hidup Lucy yang semakin terurus dari sehari ke sehari dengan tidak menipu dan sayangkan kehidupan dia.


As long as you're around, your life is too. So just as you shower love and affection and attention on the husbands, wives, parents, children and forever friends who surround you, you have to do so equally with your life, because it's yours, it's you, and it's always there rooting for you, cheering you on, even when you feel like you can't do it. I gave up on my life for a while, but what I've learned is that even when that happens and especially when that happens, life never ever gives up on you. Mine didn't. And we'll be there for each other until those final moments when we will look at each other and say, 'Thanks for staying until the end.'

P/S: I loveeeee my Life :)

Thursday, June 7, 2012

Thanks For The Memories - Cecelia Ahern


gambar pinjam google. punca? malas snap.

thanks for the memories.

Cerita pasal macam mana kau kenal orang yang kau tak pernah jumpa. Magik? Joyce mengalami keguguran lepas tu dia bercerai dengan suami dia. dia kecewa sangat sebab dia keguguran. dia kehilangan banyak darah and terpaksa la jalani blood transfusion ..lepas bercerai Joyce duduk dengan ayah dia. 

masa balik daripada hospital Joyce berhenti kat satu kedai gunting rambut. lepas tu dia jumpa seorang lelaki ni yang dia macam dah lama kenal. macam deja vu. mula dari situ lah hidup Joyce diselubungi misteri. tak adalah misteri sangat.

Joyce jadi tak tentu arah bila dalam diri dia ada orang lain. dia dengan ayah dia sanggup pergi sampai ke London untuk mencari ingatan siapa yang dia ada tu.

Cecelia Ahern memang pencerita kisah cinta yang berjaya. sangat manis bila dia buat kau percaya cinta tu magik. mahu tidak dengan pemindahan darah Joyce ada hubungan aneh dengan Justin. orang yang langsung dia tak kenal tak pernah jumpa. semua pasal Justin, Joyce tahu sampai lah rahsia kematian ayah Justin yang hanya Justin tahu pun Joyce tahu.. (banyak gila tahu.) Cecelia bijak masuk kan scene-scene yang pada aku realistik dan bermakna. setiap scene dia swap cantik. dari hospital pergi ke kedai gunting rambut pergi ke rumah sampailah knowledge pasal perkara-perkara luar bidang macam struktur-struktur bangunan-bangunan lama, termasuk nombor telefon anak Justin. ada jugak dia suntik rasa macam feeling-feeling. terutama bila scene Joyce dengan ayah dia. how sweet. scene kat hotel masa ayah dia terketar-ketar kemas baju sendiri tu macam touching pulak. 

pasal cinta pasal kebetulan pasal takdir pasal romantis. 

empat sentengah bintang dari lima bintang untuk novel ni. 

p/s: macam selebet review ni.. sorry sebab dah lama aku habis baca cuma baru sempat tulis. yang pasti memang berbaloi untuk baca.. tak klise.. hehe



Wednesday, June 6, 2012

BISIK oleh Syaihan Syafiq


gambar dari BUKU FIXI 

p/s: sorry sebab aku ada cerita jalan cerita novel ni. so dah tak thrill untuk kau orang baca. untuk orang yang tak suka tahu jalan cerita buku belum di baca so better tak yah baca review ni ehek ehek..


Bisik. Syaihan Syafiq. Buku Fixi.

kalau cakap buku fixi.. jangan kau nak bayang kisah cinta uda dan dara di kahwin terpaksa mula benci kemudian suka.

baca kulit belakang ada sinopsis. cerita tentang Mikael sejak kematian teman serumahnya. tentang kawan-kawan dia dan misteri kehilangan orang disekelilingnya, Mikael kata dia tu sial sebab semua yang ada dalam hidupnya mati mak, kakak, amran, suraya, ayu. lepas kematian amran mikael kenal nazzman. nazzman mulanya normal kemudian jadi abnormal.

cerita ni ada unsur thrill and mengetengahkan isu masalah psiko.

memula baca tu agak mencabar jugak lah. tapi bila dah sampai part dia pindah rumah nazzman tu aku dah dapat agak.. yang something wrong dengan mikael. and bila tiap kali dia ajak nazzman keluar dengan julia and shah aku dapat rasa yang nazzman tu tak wujud. so lepas tu dah tak thrill.. sebab aku tahu yang abnormal bukan nazzman tapi mikael. jalan cerita dia agak slow gak. ada part yang macam tak perlu. macam part shah tak suka pi rumah orang kawen. kemudian dekat belakang banglo kak gai dia cerita pasal family dia. tapi sebelum ni kisah shah tak diketengahkan sangat. tiba-tiba cerita pasal sejarah hidup dia then macam tu je.

tapi.. yang bestnya.. cerita ni banyak letak tanda tanya. itu lah yang buat aku baca sampai habis.. walau aku tahu yang psiko tu sebenarnya mikael. tapi banyak persoalan lain yang syaihan syafiq letak untuk buat aku terus baca. contoh macam apa yang dibuat dengan mayat sue. siapa nazzman sebenarnya? kenapa mikael jadi macam tu? macam mana mikael boleh bertukar jadi nazzman? dan apa punca kewujudan nazzman.. and sebenarnya siapa miki? and penulis tu kira hebat untuk membayangkan kewujudan nazzman tu.

last sekali... novel ni still layan.. dengan scene kerat-kerat tu.. nazzman patut jadi doktor bedah.. pandai dia cari part untuk dikerat-kerat.

dari  5 bintang aku bagi 3 setengah. and jangan risau still berbaloi untuk membeli dan membaca.. at least kau akan tau bergurau pesen guna bom buatan sendiri tu tak lawak.


(nak tempah terus pun boleh pi klik link atas tu) nak beli kat kedai pun buleh. depa dah ada kat pasaran mainstream sekarang ni.
adios!



Monday, April 30, 2012

Sebelas Patriot - Andrea Hirata

Salam,
Agak lama juga aku 'hilang' dari sini.
Ahha..

Sebelas Patriot.
Sejujurnya sudah sekian lama aku mencari - cari buku ini di pasaran, tapi tidak berjumpa. Menjejak kaki ke Pesta Buku di PWTC Jumaat lalu dengan tidak sengaja telah mempertemukan aku dengan buku ini. Jadi, kehadiran buku ini telah melengkapkan koleksi buku Andrea dalam simpanan aku.















Seperti mana-mana buku Andrea Hirata,
penggunaan ayat adalah mudah dan dekat dengan pembaca.
Dan seperti biasanya konsep penulisan Andrea adalah santai namun secara tidak langsung diri akan termotivasi dengan membaca karya tulisannya. Kisah ini sungguh menginspirasikan. Bagaimana seorang anak sanggup berkorban bagi memastikan si ayah gembira dan tersenyum pada hidupnya.

Secara ringkasnya.
Sebelas Patriot mengisahkan tentang cinta dan kasih seorang anak; Ikal, kepada satu-satunya ayah yang tercinta dalam menyambung dan merealisasikan impian ayahnya untuk menjadi pemain bola professional yang tidak tercapai satu tika dulu walau tanpa dipinta oleh ayahnya. Itulah cara Ikal menunjukkan kasih dan cinta kepada ayahnya.

Melalui satu foto lama. Diceritakan oleh rakan si ayah. Si ayah adalah seorang pemain bola yang handal pada usia mudanya. Pada masa itu, perlawanan bola bagi rakyat setempat adalah seperti melawan penjajahan Belanda. Padang bola adalah ibarat medan perang bagi mereka. Pada satu perlawanan akhir, pasukan yang diwakili ayahnya telah menang dan menimbulkan kemarahan pihak Belanda. Ayahnya, 2 abangnya dan jurutlatih telah ditahan oleh Belanda. Akibatnya tempurung kaki kiri ayahnya telah dicacatkan oleh Belanda lantas menamatkan kerjaya bola sepak si ayah pada usia yang sangat muda.

Bertitik tolak dari itu, dia berusaha dengan gigih, walau pada hujungnya dia gagal setelah mencuba beberapa kali. Akan tetapi si ayah tidak pernah kecewa dengan anaknya itu malah cuba mententeramkan jiwa si anak yang kecewa. Itulah kasih si ayah kepada si anak, walau tidak terucap namun terserlah pada perbuatannya.

Dengan kegagalan bagi merealisasikan impian si ayah. Dia sekali lagi berpeluang untuk menggembirakan hati ayahnya itu dengan cara yang lain setelah dewasa. Baginya kegembiraan ayahnya adalah kegembiraannya juga.

Terima kasih Andrea untuk kisah yang menyentuh hati ini.

Buku ini nipis; 71ms.
Isinya sangat mudah difahami dan dihadam.

Antara moral yang didapati dari kisah ini ialah sebagai anak, telah menjadi kewajipan kita menggembirakan orang yang tersayang iaitu ibu dan bapa kita. Mengutamakan urusan mereka dari urusan kita sendiri. Ingat ye, utamakan ibu dan ayah dahulu. Hehehe.





Thursday, April 26, 2012

have a little faith - Mitch Albom

“Faith is about doing. You are how you act, not just how you believe” (pg 44).




I. Buku ni menceritakan tentang kisah hidup 2 orang yang memberi inspirasi kepada Mitch Albom. Tak lari dari buku-buku Mitch sebelum ni, buku ni juga samalah bercerita tentang inspirasi yang Mitch kutip dari kisah hidup orang yang dikenalinya.

II.Orang pertama ialah Lewis, seorang alim yang sudah tua dan seakan memberi petanda masanya sudah tidak lama. Kedua ialah Henry, seorang yang dikatakan bukan main hebat dalam industri kejahatan di suatu ketika dulu namun kemudiannya menjadi baik dan berbakti kepada sesiapa saja yang dia jumpa.

III. Sebahagian besar buku ni menyentuh tentang memberi kepada orang lain, di mana kita percaya bahawa perkara kebaikan tak perlu dibayar oleh sesiapa sebaliknya akan dibayar oleh kuasa yang lebih atas. Lewis misalnya, walaupun perkara kebaikan yang cuba dia sampaikan selalu diberi tentangan, dia sentiasa membesikan hatinya.

IV. Peluang kedua, banyak cerita atau peristiwa yang kita dengar tentang peluang kedua,ramai yang beruntung diberi peluang kedua, ada yang berubah 180 darjah, ada yang berubah 360 darjah, ada juga yang masih menunggu peluang ketiga. Dalam buku ini diceritakan Henry berubah dari seorang penjahat tanpa hati perut menjadi seorang hero masyarakat yang selfless.

V. Buku ini ini tentang kemanusian, tanpa mengira agama dan kasta ekonomi. Diselitkan juga cerita-cerita tentang agama-agama dan juga betapa Mitch pernah lari dan takut untuk membincang mengenainya. Tempo cerita agak perlahan, bagai mengira detik kematian, tapi life lessonnya boleh dihayati.



“Because one thing God gave us—and I’m afraid it’s at times a little too much—is free will. Freedom to choose. I believe he gave us everything needed to build a beautiful world, if we choose wisely.

But we can also choose badly. And we can mess things up something awful"

Sunday, January 8, 2012

Baju Melayu Hijau Serindit

Aku mengaku aku memang lama tak baca novel Melayu tapi, tajuk novel ni berjaya tarik perhatian aku baca novel Melayu. Baju melayu hijau serindit macam yang mamat kat atas ni pakai haha Tapi, serius cakap, gaya bahasa yang Syud guna sangat cute. Sampai aku leh tersengih-sengih sorang-sorang je baca masa tunggu KTM :)
1-Ini kisah antara Mohammad Firas Adam aka Pacai aka Shrek dengan Wardah aka Dorothy. Cerita bermula bila Wardah nak beli novel Nyanyian Tanjung Sepi karya Noor Suraya sebagai ganti novel adiknya, Laily yang telah terjatuh ke dalam lopak air.
2-Wardah telah terlepas peluang untuk menggantikan novel Laily, apabila dua naskah novel tersebut telah dibeli oleh seorang lelaki yang berbaju melayu hijau serindit yang Wardah gelarkan dia sebagai Shrek.
3-Atas tanda protes, semasa dia keluar dari kedai buku tersebut, dia menghentak-hentakkan kasut berwarna merah yang dia pakai tersebut di hadapan Shrek (Firas) dan lantas, membuatkan Firas menggelarnya sebagai Dorothy (watak dalam cerita Wizard of Oz).
4-Disebabkan Kak Mar (kakak Firas) menasihatkan Firas supaya memulangkan kembali satu naskah kepada pemilik kedai buku tersebut, Wardah berjaya menggantikan semula novel Laily. Firas yang tanpa berfikir panjang telah menyelitkan dua keping kad namanya ke dalam novel tersebut dengan harapan, novel tersebut akan dibeli oleh Dorothy (Wardah).
5-Wardah menghadapi satu masalah apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan Ilham, pekerja kesayangan ayahnya. Walaupun sebenarnya, Wardah sangat suka dengan Ilham, tapi dia tak nak ambil kesempatan memandangkan Ilham pun baru saja putus tunang.
6-Firas pula nekad tidak mahu kembali kepada doktor yang pintar lagi cantik, Najlaa walaupun ibunya, berkali-kali cuba merapatkan kembali dia dengan Najlaa.
7-Mereka berdua ni banyak sangat kebetulan terserempak. Banyak kali pula tuh! Kat kedai makan lah, kat kenduri kahwin lah, pendek kata, merata-rata. Tapi, masing-masing tak pernah nak bertegur.
8-Disebabkan Wardah tak bersetuju dengan ibunya, dengan nasihat Nik, Wardah mengajak Firas berjumpa dengan harapan Firas akan bersetuju untuk menolongnya.
"Kenapa you nak jumpa I ni?"
" You nak tak berlakon jadi boyfriend I?"
9-Macam-macam yang berlaku, dan akhirnya Wardah dan Firas pun berkahwin. Ending yang simple kan?
P/S: Kalau dah jodoh, memang tak ke mana!

Wednesday, January 4, 2012

Tell Me Your Dreams - Sidney Sheldon


Ashley, Toni dan Alette, tiga karekter berbeza dan mempunyak kecenderungan berbeza, seterusnya mempunyai impian berbeza. Ashley seorang yang tidak pandai bersosial dan bekerja di syarikat IT, Toni lebih terbuka dan berbakat dalam bidang nyanyian, Alette pula lebih artistik di mana dia seorang yang genius dalam melukis. 3 watak utama ini dikupas sedikit demi sedikit, perlahan lahan sehinggalah menemui tunjangnya.

Digemparkan dengan kes pembunuhan bersiri ke atas beberapa orang lelaki mengakibatkan Ashley menjadi suspek, semua bukti menunjukkan Ashley bersalah sedangkan Ashley sebenarnya tidak tahu menahu. Ashley sendiri mengesyaki dia menjadi mangsa stalker, tapi sudahnya dia pulak yang dituduh membunuh.

Ayah Ashley melantik seorang peguam bagi membuktikan anaknya tak bersalah. Siasatan dilakukan, membawa kepada penemuan yang mendebarkan, yakni..pembunuh sebenar bukanlah Ashley tetapi sama ada Toni ataupun Alette, yang mendebarkan tu adalah kerana Toni dan Alette tu adalah Ashley. Ashley adalah Toni dan Alette. Atau dengan kata lain, Ashley mempunyai 3 personaliti dalam dirinya yang tidak berada  dalam kawalannya.

Sekejap sekejap dia jadi Ashley...sekejap kang dia jadi Toni, sekejap kang dia jadi Alette pulak. Inilah yang secara saintifiknya orang panggil Multiple personality disorder (MPD). MPD ni dipercayai wujud sejak dulu lagi, kiranya sangat popular lah di kalangan psychiatrists. Dilaporkan jugak banyak kes jenayah yang berkait dengan isu ini, dan banyak jugak pusat rawatan untuk MPD, jadi..ini bukan benda main-main, ini sah secara saintifik dan perubatan

Jadi, peguam Ashley memikirkan cara bagaimana nak membuktikan yang MPD di benar benar wujud, bagaimana nak menyakinkan mahkhamah, bagaimana nak menjelaskan bahawa Ashley dan Toni dan Alette adalah 3 personaliti yang berbeza dalam satu tubuh. Peguam Ashley yakin dengan Ashley sebab dia sendiri nampak Ashley bertukar karekter, peguam tu boleh berinteraksi dengan ketiga-tiga personaliti tu dengan menggunakan satu sesi yang disebut sebagai hipnosis, pernah dengar hipnosis?

MPD terhasil biasanya berpunca dari peristiwa pahit yang menimpa seseorang, 2 per 3 kes MPD boleh dirawat. Ada yang tipu, ada yang benar. Melalui cerita ni, boleh baca bagaimana seorang peguam tu cuba dapatkan maklumat dari ketiga-tiga personaliti tu untuk dia mencari kebenaran.

Buku Sidney Sheldon tak pernah menghampakan aku, tak aku tak pernah terfikir akan ada buku Sidney yang akan menghampakan aku. Jalan cerita yang penuh suspen sehingga membuatkan pembaca terhipnosis sama.

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology