Thursday, December 26, 2013

For One More Day - Mitch Albom


Tak pernah baca buku dari Mitch Albom sebelum ni. Beli novel ni kat Big Bad Wolf haritu dengan harga RM3 je weh! Aku habiskan hanya dalam 1 hari je :)

Oh, dorang ada buat movie la based on novel ni. Macam best je

 
"She had a bottomless well of love for me. Her only flaw was that she didn't make me work for it."

"And I realized when you look at your mother, you are looking at the purest love you will ever know."

"Sticking with your family is what makes it a family."

"One day spent with someone you love can change everything."
 
Mitch Albom tulis novel ni dari persepktif pencerita, Charlie “Chick” Benetto. Dia cuba untuk bunuh diri sebab tak dapat deal dengan masalah yang dihadapinya.
 
Selepas pencubaan bunuh diri dia tu, dia bangun dan nampak ibunya yang telah meninggal dunia. Dia diberikan satu hari untuk bersama ibunya.
 
Dalam satu hari tu, dia akhirnya dapat semua jawapan kepada soalan-soalan yang sering berlegar dalam kepala dia. Dia akhirnya faham semuanya yang berlaku dalam hidup dia dan kenapa semuanya berlaku. Dia berjaya minta maaf, dan yang paling penting, dia berjaya cakap kat mak dia yang dia sayangkan mak dia.
 
Novel ni tentang peluang kedua. Tentang kemaafan dan tentang menebus kesalahan. Dan, yang paling utama, tentang kasih sayang seorang ibu yang tiada penghujung.
 
P/S: Aku rindu giler kat arwah adik aku. Kalau la dapat jumpa arwah adik aku tu, memang aku nak cakap "Aku sayang kat kau lah". Ralat giler weh. Sebab tak pernah cakap pun kat dia. Semoga kau tenang kat sana Opie :(
 
 


One Hundred Names - Cecelia Ahern

 

 


 Lagi sekali, novel dari Cecelia Ahern! Macam biasa, cepat jugak habis!
  1. Kitty, seorang wartawan, yang kehilangan hampir segalanya dalam hidup dia. Kerja dia, selepas satu skandal, kawan dia yang kecewa dengan perangai Kitty dan kawan yang paling berharga bagi Kitty yang juga guru Kitty, Constance.
  2. Sebelum Constance meninggal, Kitty sempat tanya kat dia satu soalan: "What is the one story you always wanted to write?".
  3. Jawapan kepada soalan Kitty tu terletak dalam satu file dalam pejabat Constance. Bila wartawan dari majalah milik Constance, berhasrat untuk mendedikasikan edisi seterusnya untuk Constance, Kitty di beri tanggungjawab untuk menyiapkannya.
  4. Tapi, dalam file tu hanya lah satu senarai nama, 100 nama, tanpa klu, tanpa deskripsi pun. Namun, Kitty masih tekad untuk tulis tentang 100 orang tuh.
  5. Dia hanya ada masa selama 2 minggu untuk cari semua orang dalam senarai tu, untuk hubungi mereka dan kaitkan cerita mereka dan cuba memahami apa yang Constance ingin lakukan sebenarnya dan juga kenapa dia pilih 100 orang tuh.
“Journalism classes teach us that one must extract oneself from the story in order to report without bias, but often we need to be in the story in order to understand, to connect, to help the audience identify or else it has no heart; it could be a robot telling the story, for all anyone cares”  

“Nobody can pretend to know what people want to read or hear or see. People rarely know it themselves; they only know it after the fact.”  



 

Wednesday, December 25, 2013

Between the Lines - Jodi Picoult & Samantha Van Leer


1st attempt baca novel Jodi Picoult. Novel ni Jodi Picoult tulis dengan anak dia, Samantha Van Leer. Novel ni pun beli online. Main beli je tanpa tengok sinopsi pun. Mungkin cara penulisan Jodi Picoult dalam novel ni tak sama macam novel dia yang lain sebab novel ni lebih kepada fable (cerita dongeng)

  1. Cerita tentang Delilah, seorang remaja yang memang suka baca fairy tale. Sejak ayah dia tinggalkan dia, mak dia memang suka ajak dia tengok cerita kartun Disney dan tukar ending cerita kartun tu, ikut imaginasi sendiri. Tapi, untuk umur Delilah, baca fairy tale adalah sesuatu yang merunsingkan mak dia.
  2. Delilah terjumpa satu novel ni kat library sekolah dia, "Between the Lines". Bagi dia, watak utama cerita tu, Prince Oliver serupa macam dia yang membesar tanpa seorang ayah. Hari-hari dia akan baca novel ni. Dia selalu bayangkan kalau lah Prince Oliver tu benar-benar wujud.
  3. Sampai lah satu hari, sedang dia baca novel tu, dia terdengar satu suara. Bila dia lihat kepada ilustrasi kat novel tu, dia lihat mulut Prince Oliver tu bergerak-gerak sambil dia dengar suara yang bercakap dengan dia.
  4. Sejak hari tu, Delilah selalu bercakap seorang diri dengan novel terbuka. Dia dengan Prince Oliver mencuba pelbagai cara untuk Prince Oliver dapat keluar dari novel tu.
  5. Akhirnya? Jeng jeng jeng bacalah sendiri. 
“When she wanted to escape her life, she read books” 

“Sometimes the key to happiness is just expecting a little bit less” 

“Love's a tidal wave," she says.
"Because it sweeps you off your feet?" I ask. 
"No. Because it sucks you under and you drown."
"But sometimes," I point out, "it's the only thing that keeps you afloat.” 

P/S: Lama tak baca novel macam ni. Konon budak-budak je lah yang suka baca novel macam ni. Ha Ha Ha tapi sebab dah terbeli, jadi baca je lah kan. Lagi pun, menarik jugak kalau-kalau Putera Impian tu boleh keluar dari novel kan? Ngee


How to Fall in Love - Cecelia Ahern


Cecelia Ahern's 10th novel! Macam tak percaya je. Baru je habis baca novel ni. Novel ni cantik. Walaupun gambar novel di pinjam dari Encik Google. Malas nak tangkap gambar bagai. Aku beli novel ni online. Semangat duk tanya kat akak tu bila lah dia nak mula jual. Ye lah, novel Cecelia Ahern kot. Bila dia cakap dah ada je stok, aku terus je beli (okay okay aku tau ini memang menggelabah je)

  1. Cerita tentang bagaimana Christine Rose berjanji nak tunjukkan Adam Basil betapa hidup itu adalah sesuatu yang bernilai. Walaupun kehidupan Christine tak de lah menggembirakan pun. Dia baru lepas gagal untuk selamatkan seorang lelaki dari tembak dirinya sendiri, Simon. Dia juga baru tinggalkan suaminya, Barry walaupun usia perkahwinan mereka tak sampai pun setahun. Tapi, dia cuba untuk tolong Adam.
  2. Adam cuba terjun dari sebuah jambatan. Kononnya kehidupan dia sangatlah mengecewakan. Datang untuk jumpa kekasih hati, Maria tapi kantoi Maria bercinta dengan kawan baik dia sendiri, Sean. Bila tanya, Maria mengaku yang dia dengan Sean memang tengah bercinta.
  3. Dalam masa yang sama, ayah Adam tengah terlantar kat hospital. Ayah dia wariskan syarikat warisan keluarga kat dia, tapi Adam rasa dia tak mampu nak pikul tanggungjawab tu. 
  4. Christine ni ada sejenis tabiat yang pelik. Semua masalah dia nak refer kat self-help book dia. Jadi, nak tolong Adam ni pun, dia tengok tips dari salah satu self-help buku dia tuh.
  5. Tapi, lama-kelamaan dia sedar yang dia perlu biarkan Adam buat keputusan sendiri. Adam pun semakin pulih. 
"While you were trying to make Maria fall in love with me, and make me fall in love with life, I fell in love with you" 

"Moments are precious; sometimes they linger and other times they're fleeting, and yet so much could be done in them; you could change a mind, you could save a life and you could even fall in love"

Monday, December 23, 2013

Breaking the Silence - Diane Chamberlain



Novel kedua yang aku baca dari Diane Chamberlain. Cerita ni memang menarik. Tak dapat jangka langsung. Laju jugak la aku habiskan walaupun novel ni tebal kot (407 muka surat)
  1. Selepas ayah dia meninggal, Laura Brandon terasa bertanggungjawab untuk tunaikan hasrat terakhir ayahnya - jaga Sarah Tolley. Laura bingung dan tak tau apa nak jangka. Tapi, paling dia tak jangka adalah reaksi suami dia terhadap lawatan dia berjumpa Sarah Tolley.
  2. Dia berjaya jumpa Sarah Tolley-seorang wanita tua di sebuah pusat jagaan orang tua yang menghidap tahap awal Alzheimer (boleh ingat segalanya tentang kisah silam tapi tak boleh ingat masa sekarang) walaupun suami dia Ray, halang. Apabila dia pulang ke rumah, dia jumpa anak dia menjerit dan suami dia meninggal dunia bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di kepala. Di penghujung hari tu, Laura sedar anak dia yang berusia 5 tahun, Emma tak bercakap walau sepatah perkataan pun.
  3. Selepas 8 bulan tanpa sebarang perkembangan dengan Emma, Laura teringat janjinya dengan ayah dia dan melawat Sarah Tolley. Dia langsung tak ada idea samada perlu percaya segalanya yang Sarah ceritakan tentang kisah silamnya dulu. Namun, dia dengar je. Dia juga buat apa yang dia pernah sumpah takkan langsung buat - mencari ayah kandung Emma dengan harapan Emma akan belajar bahawa bukan semua lelaki tu pemarah dan suka jerit kat budak perempuan.
  4. Dylan Geer, ayah kandung Emma terkejut terima panggilan telefon dari Laura. Bukan sahaja dia menafikan itu bukan anak dia, malah marah Laura dengan mengatakan Laura tipu dan cuba perangkap dia. Laura berjaya selitkan gambar Emma di peti pos Dylan dan no telefonnya di belakang gambar tersebut.
  5. Dylan terlihat gambar Emma dan tanpa ragu-ragu dia mengaku itu anak dia sebab muka Emma mengingatkan dia terhadap kakaknya semasa kecil dulu. Dia berjanji untuk melakukan apa sahaja untuk membantu Emma.
  6. Akhirnya, segalanya terbongkar - kaitan ayah Laura dengan Sarah Tolley dan sebab kenapa suaminya bunuh diri.
 P/S: Sampai sekarang aku ingat cerita ni. Kira macam terkesan dihati gitu.



Reconstructing Amelia - Kimberly McCreight



Blog ni da lama berhabuk. Jadi, sebelum menutup tirai 2013, kita tulis review duluuuu. Ni novel pertama yang aku beli online. Selalunya tak berapa gemar pun nak beli benda secara online tapi novel ni macam menarik untuk dibeli. Novel pertama karangan Kimberly McCreight.
 
  1. Kate seorang ibu tunggal dan juga seorang peguam yang berjaya. Anak dia, Amelia seorang pelajar yang pandai dan kretif.
  2. Dalam membahagikan masa antara kerjaya dan tugas sebagai seorang ibu, Kate ingat dia benar-benar kenal anak dia. Sampai lah dia mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah yang memberitahu Amelia digantung sekolah kerana menipu.
  3. Malangnya, Kate terlewat. Amelia dah pun meninggal. Polis memberitahu yang Amelia terjun dari bumbung sekolah.
  4. Walaupun sukar untuk terima yang anak dia bunuh diri, namun dia akhirnya menerima kebenaran tersebut sehinggalah dia terima satu mesej:“She didn’t jump…”.
  5. Gerak hati seorang ibu mengatakan yang anak dia tak bunuh diri. Jadi, dia pun menyiasat semuanya dari kawan baik Amelia sehinggalah pengetua sekolah tersebut.
  6. Segalanya tentang Amelia dia siasat. Blog, status Facebook, teks mesej dan nota tulisan Amelia digunakan oleh Kate to reconstruct Amelia dalam bulan-bulan terakhirnya.
  7. Kebenaran yang mengejutkan Kate ketahui tentang Amelia. Namun, dia lega kerana mengetahui bahawa kematian Amelia bukanlah satu percubaan membunuh diri.
“It wouldn't have been so bad if I hadn't been counting the minutes until I could forgive her. But it's a lot harder to forgive someone who's not looking to apologize”  
 
“Sometimes its hard to tell how fast the current's moving until you're headed over a waterfall”  
 
“...[E]ven I know that being a parent is awful ninety-five percent of the time...As far as I can tell, it's that last five percent that keeps the human race from dying out. Four parts blinding terror, one part perfection. It's like mainlining heroin. One taste of life on that edge and you're hooked.”  
 
 

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology