Friday, September 23, 2011

BOGEL MENUJU TUHAN. ZAHIRIL ADZIM


Blook sekarang makin mendapat tempat sebagai genre buku pilihan. blook ni kira macam koleksi-koleksi tulisan di blog yang dibukukan. Zahiril Adzim pelakon juvana itu pun tak ketinggalan untuk menerbitkan blook dari koleksi blog http://zahiriladzim.blogspot.com/ . dulu masa baru keluar bukan main macam goreng pisang panas dulu jual online je sekarang kedai-kedai buku macam mph dengn popular dah boleh dapat.

first. dont judge a book by its cover. or mungkin boleh tukar dont judge a blook by its title. tajuk blook ni sangat menjadi kontroversi hanya disebabkan kewujudan perkataan bogel. blook ini langsung tidak ada unsur lucah.. tak salah aku rasa dengan tajuk tu. yang aku faham melalui catatan bogel menuju tuhan ialah. bagaimana kita akan bogel iaitu bermaksud tanpa apa-apa kosong menuju tuhan satu hari nanti jika kita tidak kuat atau berani atau berjaya menghadapi cubaan dugaan dan godaan kehidupan. macam mana kita akan begitu malu satu hari nanti jika kita tak bersedia secukupnya.

"dan siapa yang sedar rupanya yang menarik mencarik lengkapnya pakaian tadi adalah Tuhan. Iaitu dugaanNYA." petikan dari catatan Bogel Menuju Tuhan.

blook ni ada 29 sajak dan 35 catatan.

berkisah tentang kehidupan Z.A jatuh bangun dia. kisah cinta hidup dan cita-cita dia. ia kisah semua tentang dia. tapi bila kau baca betul-betul kau faham betul-betul kau akan dapat apa yang dia sampaikan ya dia cerita bukan sekadar untuk buka pekung di dada.. tapi dia sedang berkata sinis.. sedang memerli dan menyedarkan kita tentang ada kenyataan yang selama ini kita alpa.

aku paling suka sajak "impian aku sedang tidur", "jangan ditekan anak ini ", " itu ada jawabnya."

"aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau, kerana hebatnya kasih kau, aku tenggelam dengan perkataan sendiri." ITU ADA JAWABNYA. khas untuk Shera Aiyob..

catatan pulak antara yang menarik bogel menuju tuhan, tulis itu bogel, memilih dan dipilih, dengan kita peniru profesional.

"kita semua ialah peniru. peniru Profesional a.ka copycat. proses ini yang mematangkan individu masyarakat mahupun negara." petikan kita peniru professional

" antara memilih dan dipilih mana kamu pilih. soalan fared ayam untuk Z.A

"adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNYa maka, tiadak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna sebelum jingga." catatan Z.A pada kulit belakang

pandangan aku. buku ini tak salah untuk dimiliki dan dijadikan bahan bacaan belajar daripada pengalaman orang lain boleh mematangkan kita. jangan sekadar membeli kerana penulisnya adalah ZAHIRIL ADZIM seorang figure yang terkenal.. tapi untuk kau belajar sesuatu tentang kehidupan..

pape pun tahniah untuk Z.A sebab blook ni dicetak untuk kali kedua pada julai 2011 sebulan setelah cetakan pertama..walaupun aku antara yang terawal beberapa minggu lepas release tapi aku punya yang cetakan kedua tiada autograph... ouh sadis.. ha3

c. u next. =)

9 comments:

Faaein Talip Roy said...

setakat ni baru ada 2 blook je..

cam nak beli je buku ni..

encekgadis said...

faein.. sila2 beli.. lain orang lain cara dy interprate sesuatu tu kan.. nanti boleh share pandangan kt sini. =))

fnd said...

Aku hari tu ushar jugak buku ni..aku timbang2 nak beli atau tak..pastu tak jadi beli.salah satu sebabnya adalah krrana dlm tu byk gmbr zaharil..

encekgadis said...

haha hah betul siap ada gambar berwarna lagi.. sebab tu aku cakap yg beli jagan beli sekadar sebab dia peminat zahiril... keh3 =)

Dekna said...

nak jugak baca buku ni..tak smpat2 lagi lak nak baca..huhu tak beli lagi..

ghost said...

masalahnya,apsal mahal sangat.

encekgadis said...

cik nurulzaty..ho3 selamat mmbaca.. pinjm pn ok..

ghost writer.. masalahnye ak pun x tau keh3

Admin said...

Sangat berminat,
ramai yang review tentang buku ni,
teringin lak nak baca :)

encekgadis said...

ahsfantasy 24,, kak nk pinjam kt sy pn buleh.. =)

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology