Novel kedua yang aku baca dari Diane Chamberlain. Cerita ni memang menarik. Tak dapat jangka langsung. Laju jugak la aku habiskan walaupun novel ni tebal kot (407 muka surat)
- Selepas ayah dia meninggal, Laura Brandon terasa bertanggungjawab untuk tunaikan hasrat terakhir ayahnya - jaga Sarah Tolley. Laura bingung dan tak tau apa nak jangka. Tapi, paling dia tak jangka adalah reaksi suami dia terhadap lawatan dia berjumpa Sarah Tolley.
- Dia berjaya jumpa Sarah Tolley-seorang wanita tua di sebuah pusat jagaan orang tua yang menghidap tahap awal Alzheimer (boleh ingat segalanya tentang kisah silam tapi tak boleh ingat masa sekarang) walaupun suami dia Ray, halang. Apabila dia pulang ke rumah, dia jumpa anak dia menjerit dan suami dia meninggal dunia bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di kepala. Di penghujung hari tu, Laura sedar anak dia yang berusia 5 tahun, Emma tak bercakap walau sepatah perkataan pun.
- Selepas 8 bulan tanpa sebarang perkembangan dengan Emma, Laura teringat janjinya dengan ayah dia dan melawat Sarah Tolley. Dia langsung tak ada idea samada perlu percaya segalanya yang Sarah ceritakan tentang kisah silamnya dulu. Namun, dia dengar je. Dia juga buat apa yang dia pernah sumpah takkan langsung buat - mencari ayah kandung Emma dengan harapan Emma akan belajar bahawa bukan semua lelaki tu pemarah dan suka jerit kat budak perempuan.
- Dylan Geer, ayah kandung Emma terkejut terima panggilan telefon dari Laura. Bukan sahaja dia menafikan itu bukan anak dia, malah marah Laura dengan mengatakan Laura tipu dan cuba perangkap dia. Laura berjaya selitkan gambar Emma di peti pos Dylan dan no telefonnya di belakang gambar tersebut.
- Dylan terlihat gambar Emma dan tanpa ragu-ragu dia mengaku itu anak dia sebab muka Emma mengingatkan dia terhadap kakaknya semasa kecil dulu. Dia berjanji untuk melakukan apa sahaja untuk membantu Emma.
- Akhirnya, segalanya terbongkar - kaitan ayah Laura dengan Sarah Tolley dan sebab kenapa suaminya bunuh diri.
P/S: Sampai sekarang aku ingat cerita ni. Kira macam terkesan dihati gitu.
6 comments:
seronok kalau jmpe buku yg sampai ke jiwa
ni buku jenayah ni kan
ko nk pinjam x?
jumpa pun setahun sekali..nak bagi pinjam buku lagu mana
jum buka library!
hahaha jom jom jom
Post a Comment