Hai selamat hari raya eh lambat dah .. Akhirnya sempat jugak aku habiskan HEROIN oleh AMAL HAMSAN. Aa first
cerita ni kau jangan baca masa kau tak berapa nak tenang sebab kau perlukan
otak yang cool untuk menyerap segala kisah yang ada. Kadang emosi terganggu
dengan cerita maya dipukul oleh suami yang kononya alim diikat pada pokok
mangga dengan mata yang hancur gila!
Buku ni ada 9 cerita. Penulis, gadis sigaret, saatnya, filem
fiksi, indikasi, khilaf, simetri, hanyut dengan once. Setiap kali habis satu
cerita aku akan kata ha citer ni paling best tapi bila dah habis baca semua aku tak tahu yang mana paling-paling best..
Cuma yang aku paling-paling kesalkan ending dia ialah cerita hanyut, once
dengan indikasi.
Bila baca quotes amal kat page pertama dia ada tulis. ‘boleh
tak kalau sekali je kau hargai sebelum kau hilang semua sekali?’ and ya cerita
dalam ni banyak tentang peluang dan kehidupan. Macam mana manusia lebih suka
menunggu dan melihat. Manusia lebih suka diam dan mengikut. Manusia sebenarnya
sangat baik hati sebab percaya akan bahagia bila membahagiakan orang lain walau
kenyataannya dunia tak pernah semudah tu.
Aku agak lambat habiskan baca buku ni sebab.. tempo cerita
agak laju dan kadang terlalu perlahan dan kadang aku langsung tak dapat nak
teka kesudahan cerita macam selalu aku buat bila tengok filem melayu. Jadi aku
perlu fokus baca betul-betul supaya tak tinggal satu perkataan pun.
Yang aku perasan dalam buku ni cerita dia bukan jenis happy
ending. Cerita dia tak menyebelahi orang baik sampai aku tak sanggup nak
habiskan. Tapi yang pasti aku yakin cerita ini ada benarnya, kisah orang
membunuh untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, keluarga kacau bilau, pilih
kasih, tipu janji manis mulut, dan pengorbanan. Hidup tak semuanya berakhir
dengan apa yang kita mahukan atau mimpi indah.
“kadang-kadang kau perlu jatuh dari puncak gunung yang
menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau
panjat, apa yang kau cuba nak capai. Banyak halangan akan dicampak, di tabur,
setiap kali kau nak melangkah. Hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau
inginkan itu, sememangnya untuk kau perjuangkan atau tidak...
... dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut
luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita. Sebuah cerita perit.
Aku terluka, hampir mati, namun aku tetap berdiri.” Amal
hamsan. Ayat dekat kulit belakang.
Kata akhir worth to buy. Sila dapatkan segera aku beli dekat
UYA tapi minggu kepada minggu minggu lepas tengok dah sold out. So pandai-pandai la cari.
review ni dah bapak lama aku tulis baru sempat nak letak sini hok3
11 comments:
wow...pesen ending tak berapa happy ni yang buat ak terpikir dua kali nak beli buku nih...
yerla..macam cerita tamil..hero mati,leh bakar panggung wooo..
ala, buku tu da abis
yg potottet ada la
tapi belum kontek dia la
Amal Hamsan ni jahat, suka bunuh watak dengan kejam.
hahaha
lama tak baca buku..
iskh3..
IZ... hahaha itu lah pentingnya kestabilan emosi sebelum membaca.. ha3..
alien.. ho3.. potottet pun x pe ye dak yg penting isi dia mantop..
fndrocka.
ya sgt tidak berperikemanusiaan aku agak org mengandung sakit jantung kanak-kanak bawh umur bca doa byk2 seblum baca..
kesimpulan aku still suka crita dia.. walau ending dia wat aku rasa nak bakar je..
alien... tak bace buku baca review pun oke dah.. ho3
UYA utk pe?
cryclown.. tengok kat fb UYA distro kat situ byk jugk jual buku rare.. n baju2.. and boleh lepak2.. =) aku beli byk buku rare dr uya
nak menangis aku baca. hahaha. terima kasih oi gadis nota pelekat.
oh btw, insyaAllah Heroin akan di reprint. terima kasih. :)
tibe2 aku pun nak nangis amal hamsan baca review aku.. hahaha..
^^ memang aku nk kenal amal hamsan sebab dia tulis cerita rare.. ho3 (ini bukan bodek cukup lah lau dapat diskaun untuk pembelian jika ada keluaran buku2 yg lain haha)
mcm menarik je tp bila kata bkn happy ending..emm ntah la haha
Post a Comment