Sunday, August 28, 2011

Dilbert, A Treasury of Sunday Strips - Scott Adams



1. Komik Dilbert ni boleh dikatakan komik yang femes dan punya fan yang tersendiri, karya Scott Adams ni dah dibawa merentasi ke seantero dunia termasuklah Malaysia. Kalau biasa baca akhbar TheStar, mesti perasan muka Dilbert ni. Tapi bagi yang tak pernah nak amik peduli fasal komik Amerika mungkin tak tahu menahu lah.

2. Buku komik ni adalah kompilasi kartun Dilbert sepanjang 5 tahun yang publish kat akhbar setiap hari Ahad. Buku komik setebal 224 mukasurat ni dibukukan dengan saiz standard komik omputeh yang besar tu dan menggunakan kertas berkualiti macam buku teks sejarah. Berbezalah dengan komik doraemon yang bersaiz kompak. Harga pun beza.

3. Ini adalah komik humor jenis pejabat-pejabat. Isu yang dikomikkan Scot Adams memang serba-serbi relatad dengan isu perniagaan dan korporat,kiranya dekat di hati orang pejabat la, makcik cleaner yang kerja dekat pejabat pun boleh terkesan dengan buku ni. Selain humor yang bijak-bijak, buku ni juga penuh dengan sarcasm,sinism,mengata kawan pejabatism,mengutuk bos secara halusism, di mana ianya menampilkan realiti dunia pejabat.

4. Watak kartun utama tentulah Dilbert dengan Dogbert, dibantu oleh ofismate paling rapat yakni si Wally, turut serta adalah watak staff HR, staff Marketing,staff IT dan budak praktikal yang akan muncul sekali skala. Watak yang paling sakit hati jatuh kepada Bos dorang lah.

5. Penulis buku ni Scott Adams merupakan lulusan dalam bidang ekonomi dan management, pernah bekerja 8 tahun di bank dan kemudian di syarikat telekomunikasi yang kedua-duanya disifatkan sebagai 'humiliating & low-pay'. Bertitik tolak dari situ lah dia dapat idea untuk mewujudkan Dilbert.

6. Di samping bergelak dengan jenaka-jenakanya, boleh juga dijadikan buku panduan kepada graduan yang bakal menempuh alam pejabat. Boleh memahami jargon-jargon dan tingkah laku manusia di pejabat secara santai.





Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

Under The Dome - Stephen King




1. Novel Under The Dome adalah novel karya tersohor Stephen King yang pertama aku baca. Stephen King ni banyak juga dapat anugerah dalam bidang penulisan, bahkan dalam banyak-banyak king..Stephen King lah yang paling banyak worldwide bestseller, more than fifty katanya. Isteri dia pun penulis novel juga, Tabitha King namanya.

2. Novel Under The Dome ni aku saja nak test sebenarnya, dah orang kata Stephen King ni power, konon king segala thriller horror moden katanya. Nak juga tahu apa yang king sangat Stephen King ni ye tak, ke harap dalam kad pengenalan je tulis King bagai.


3. Fakta peribadi, novel Under The Dome ni novel paling tebal pernah aku baca, 1074 mukasurat, gila kau, dah macam baca 3 biji novel habaq ang. Aku tak berapa ingat berapa lama aku habiskan, lebih dari 2 minggu lah lebih kurang. Anyway, buku Stephen King ada ke yang tak tebal?

4. Menurut Stephen King sendiri, dia dah cuba menulis Under The Dome sejak tahun 1976 lagi..tapi benda tak jadi so dia perap dulu, sehinggalah tahun 2007 barulah dia kemaskini balik. Katanya, dia perlukan pakar, terutamanya dalam bidang ecological dan meteorological..mungkin pada tahun 1976 tu dia belum berkesempatan nak bersembang dengan pakar.


5. Untuk buku ni, Stephen King ada researcher dia untuk buat kajian dari aspek teknikal yang berkait dengan jalan cerita seperti computer-guided missiles, portable generator, radiation, possible advances in cell phone technology, dan banyak perkara lagi lah. Ini bukan jenis cerita yang tulis sambil pejam mata lah maksud dia.

6. Pengalaman baca buku ni macam menonton siri tv, bukan macam menonton filem sebab ceritanya panjang dan dikisar satu persatu, tak perlu nak settle kan sekaligus. Watak dalam cerita ni ada dalam 50 orang lebih, lima puluh orang lebih kalau dalam perkataan. Punyalah ramai, kalau 50 orang datang beraya ke rumah aku serentak memang licin biskut raya dibuatnya. (Walaupun ramai, tapi awal-awal Stephen King dah klasifikasikan dan senaraikan setiap watak , contoh ; Medical Staff : Rusty Everett, Ron Haskell. Watak utama pun ada dalam 15 orang gitu)


7. Berkisahkan tentang sebuah pecan kecil, penduduknya, satu fenomena alam dan peristiwa-peristiwa yang bertindak-balas dengannya. Bayangkanlah pekan tu adalah Shah Alam, pada satu hari yang ganjil kapal terbang yang nak melintas Shah Alam tiba-tiba terhempas macam ada bertembung dengan sesuatu, kereta yang sedang bergerak pun kemalangan macam ada bertembung sesuatu yang tak nampak. Chaos. Panik.

8. Apa yang berlaku sebenarnya adalah macam wujud dinding yang memisahkan dunia ni dengan Shah Alam, tapi dinding tu lutsinar/tak nampak dan terhasil mungkin dari kesan biologi..atau buatan manusia..atau hanya perubahan alam. Maka Shah Alam pun terkepunglah. Orang Shah Alam tak boleh keluar, orang luar tak boleh nak masuk. Under The Dome lah jawabnya?


9. Disebabkan itu, ceritera pun bermula. Dalam satu pekan tu ada 1001 perangai manusia dan agenda. Dengan polisnya, dengan ahli politiknya, dengan rakyat marhaennya, dengan samsengnya. Sepatutnya bila dah ditimpa musibah terkurung tu bersatu padulah, jaga kebajikan memasing sampai fenomena tu berakhir, tapi tu la..ada pihak-pihak yang merancang bukan-bukan. Bila dah terpisah dengan dunia luar tu paham-paham je la, undang-undang tidak memberi makna.

10. Dunia luar buat kajian macamana fenomena tu boleh terjadi dan bagaimana nak pulihkan balik. Pekan tu dah serupa ditutup dengan tudung saji. Kerajaan cuba nak pecahkan ‘tudung saji’ tu dengan pelbagai cara termasuklah bubuh bom dan juga guna peluru berpandu kalau tak silap, tapi hasilnya menghampehkan.


11. Sementara yang kat dalam tu pun ada pihak terancang yang mencari jalan untuk melepaskan diri dari bencana tu di samping nak ken ahandle keadaan yang menggila dalam tu. Isu kemanusiaan, ketuhanan benar-benar teruji. Benda ni diburukkan lagi bila cubaan untuk memecahkan dinding tu memakan diri sendiri. Kau bayangkan sarang semut tu kalau ditutup atau dikepung, pastu letupkan dengan mercun padi, bakar ke, kan ke huru-hara jadinya.(semut adalah makhluk yang power dalam hal bersatupadu, kejuruteraan , ketenteraan dan semut amat konsisten)

12. Suspek yang disyaki dalam menyebabkan fenomena dinding atau tudung saji tu adalah kesan biologi/perubahan alam semulajadi, pihak kerajaan yang berkonspirasi, pihak yang mempunyai teknologi tinggi..dan….satu lagi pihak yang aku tak boleh nyatakan di sini..takut pulak kang dia mai cari aku.


13. Apapun secara keseluruhannya, dari awal hingga akhir, walaupun panjang tapi tiptop lah, melajukan Adrenalin. Aku sangat suka dengan apa yang hendak disampaikan melalui penamat atau penyelesaian cerita ni. Sesuatu yang mudah tapi signifikan. “Pity was not love, but if you were a child, giving clothes to someone who was naked had to be a step in the right direction”. Epik!

Tuesday, August 23, 2011

Aweks KL - Terbitan StormKitchen




1. Buku Awek KL ni sebenarnya dah keluar sejak 2008 lagi. Pasarannya tak meluas pun, setahun jugak aku mencari. Alhamdulilah kesempatan ke UYA haritu dapat jugak aku memiliki Awek KL. Jadi, raya nanti kalau makcik-makcik tanya dah ada awek ke belum..aku akan jawab..”Ada dah..Awek KL,ada kat dalam bilik tu”

2. Muka depan Awek KL agak menarik. Ada tulis ‘himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota’ yang selanjutnya mengambarkan buku ini mengandungi hal-hal dan rencah duniawi keperempuanan. Aku beli buku ni bukan sebab aku perempuan, tapi sebab aku nak menikmati seni keperempuanan itu sendiri.Seronok sebenarnya nak memahami jiwa perempuan, bukan asik nak memahami betis perempuan saja yang seronok.kihkih.

3. Buku ini menggabungkan cerita pendek dan puisi. Penulis pula terdiri dari yang berjantina lelaki dan perempuan, yang mana masing-masing mempunyai gaya dan teknik penulisan yang tersendiri. Aku secara jujurnya memang tak gemar baca buku atau novel melayu sangat, tapi aku suka baca buku yang menggunakan bahasa melayu yang jenis sastera ‘angkatan baru’ seperti ini.

4. Ada beberapa karya dalam buku ni yang asalnya in English tapi dialih bahasa ke bahasa melayu. Ada buku-buku alih bahasa yang hasilnya bagus aku rasa, tapi yang ni aku tak suka, jadi tak sedap macam karipap berbuka dimakan masa sahur.

5. Kat muka depan ada tulis 27sx, kalau ikutkan aku tak cukup umur lagi nak baca ni. Tapi jangan peduli, sebenarnya takde pun cerita erotis yang boleh membatalkan puasa. Setakat elemen seksualiti sikit-sikit tu, drama Nora Elena pun ada.

Sunday, August 21, 2011

Be Careful What You Wish For-Alexandra Potter



Novel ni aku bawak pergi Arau baca. Masa tu baru masuk Sem 2, so baru start duk rumah sewa kat Arau tuh. TV tak de, radio pun tak de. So, entertainment yang ada time tu hanyalah novel dan majalah. Novel ni aku buat sebagai bacaan sebelum tidur. Roomate aku siap gilir-gilir lak dengan aku baca novel ni. Ha kenal Fndrocka pun belum lagi haha Terlebih lak kan...


1. Heather Hamilton ni seorang yang suka sangat buat wish. Semua benda yang terjadi dalam kehidupan harian dia, semuanya dia nak buat wish. Tapi, dia tak de lah sampai berhajat sampai semua hajat dia di makbulkan. Setakat buat wish je lah.


"there was always an empty seat on the tube"


"no queue at Starbucks"


"a parking space for my car outside my flat"


"I wish there was a free peg to hang my coat on"


"I could meet a man whose hobbies include washing -up, monogamy and f******y"


2. Sampai la satu hari tuh, ada gypsy ni paksa dia beli lucky heather. Kononnya, akan buat semua hajat Heather ni tercapai. Tapi, Heather ni dia tak de lah percaya pun. Dia just ambil lucky heather tu, bayar dan terus jalan.


3. Sejak dia ada lucky heather tuh, semua yang dia pernah hajatkan, tercapai. Dia ada pakwe yang bagi dia sangatlah perfect, ada housemate untuk tolong dia bayarkan sewa, tempat kosong dalam tube dan banyak lagi lah wish dia.


4. Tapi, bila dah lama-lama, bila semua wish dia tercapai, bila setiap kali dia wish je, dia dapat. Dia rasa macam tak best pulak.


5. Dia rasa macam memang lah semua tu wish yang dia pernah inginkan, tapi dia rasa macam tak happy.


Ending cerita ni, Heather ni buat keputusan yang sepatutnya-buang Lucky Heather dan terfikir, kemungkinan semua yang terjadi tu, hanyalah kebetulan. Bukan disebabkan Lucky Heather tuh.


Bukan semua yang kita hajatkan tu, akan buat kita gembira. Bukan semua yang kita tak nak tu, tak elok untuk kita. Bukan semua yang kita suka tu, elok untuk kita

SPERMA CINTA- linglung


buku ni aku beli sebab aku tengok kat kulit depan buku review dari nazuwan, beautifulnara.com dia tulis "lebih kelakar daripada cerita hantu kak limah balik rumah." hebat bunyinya. hantu kak limah memang ternyata dapat buat orang ketawa guling-guling so aku nak confirmkan sejauh mana kebenaran sperma cinta lebih kelakar daripada cerita hantu kak limah balik rumah.

buku ni dia ada 5 compartment.. eh compartment ke?? aa pape jelah kan.

1st- certro *aku teka maksud dia cerita intro*

ada dua cerita hilang nafsu dengan sperma cinta ya pembukaan yang baik. aku rasa layak dibaca orang berfikiran positif terbuka ralistik dan berjiwa humor. orang emo tak yah la baca kang kecoh2 pulak buat page kami anti sperma cinta macam group kami benci fixi. ahaha cuba capah sikit fikiran.

2nd-cerdup *cerita hidup kot*

kisah hidup linglung. dari dia kecik sampai la dia besar. aku nak bagi amaran awal bila kau dah nak masuk bab nie adalah amat sangat digalakkan kau baca di tempat sunyi dan tak ada orang. tak adalah nanti yang pandang sinis jeling-jeling sambil berbisik-bisik tengok kau ketawa sorang-sorang mengekek sambil guling-guling. cerita awek nak pakai sweater pergi stadium buat aku ragu-ragu awek tu manusia atau jelmaan puteri-puteri zaman hang tuah. ouh ya nak hi2 linglung sikit orang kampung tu. orang koi aok. gitu.

3rd-cerkon *cerita kontot mungkin*

kisah syukraay sayang shidu memang sedih. kau sediakan tisu banyak-banyak sikit. sekali lagi aku cadangkan baca jauh-jauh dari orang tak ke orang kata kau ada skizofrenia nanti kejap ketawa guling kejap nangis tonggeng-tonggeng.banyak jugak cerita mengarut kat sini. ramai artis popular melibatkan diri tu maher zain, justin bieber.

4th- cerkon *ha ni aku tak tau maksud dia apa mungkin sama jugak dengan cerita kontot mungkin lain. entah*

bab ni ada 3 je cerita . yang pasti bukan cerita semata ada benda yang linglung sampaikan. lebih serius. tapi kau boleh ketawa jugak. agak sarkastik.
"biar ada jejak dalam berimpian. biar ada daya dalam berangan-angan"

5th-certup " cerita penutup."

pejam celik pejam celik dah besar linglung rupanya. ahaha semua orang membesar menjadi dewasa. dan melalui macam-macam dugaan cubaan pengalaman. =)

oke sekian da habis. kesimpulan aku setuju dengan apa nazuwan cakap memang lebih kelakar daripada hantu kak limah balik rumah tapi aku rasa untuk orang yang tau apa itu humor. untuk orang emo, duk emo semanjang memang tak rasa humor tu. jadi janganlah emo. maka bacalah sperma cinta.

kalau ada sepuluh bintang aku bagi 11 sebab aku habis baca hanya dalam train selama dua jam plus2.. mula daripada bab cerdup sampai cerkon 1. certro baca masa dapat buku nie. cerkon 2 ngan certup sebaik sampai bilik daripada stesyen ketapi. gitu! rekod yang membanggakan. dan yang pasti perut aku sakit tahan ketawa. kiri kanan ramai orang kena cover sia-sia dapat pangkat gila.

sekian. jumpa lagi nanti =)



Saturday, August 20, 2011

28 Hari Jurnal Rock N Roll - Mohd Jayzuan

1. Buku ini adalah catatan perjalanan 28 hari seorang pengembara (Mohd Jayzuan) ke beberapa tempat di Malaysia. Antara tempatnya seperti Kota Bharu, Kuala Terenganu, Kuantan, Kangar dan sebagainya. Bukan buku fiksyen,apa yang dicatat Jayzuan adalah pengalaman sebenar.

2. Semasa memulakan pengembaraan Jayzuan membawa sebiji gitar tong, 50 keping CD, sebuah jurnal, buku Henry Rollins dan sekeping hati yang luka parah.

3. Jayzuan pergi mengembara ni katanya sebab dia nak lari dari hari-hari tipikal,dia mahu keluar dari zon bebal! Nampak tak spirit rock n roll dia tu?

3. Pada mulanya aku ingatkan rock betul lah perjalanan 28 hari dia, tu yang aku beli buku ni kat UYA. Namun lepas aku baca,terus terang cakap..rock biasa-biasa saja.

4. Aku harapkan dia akan cerita tentang kisah-kisah kehidupan seorang perantau ke..tentang realiti kehidupan rockes ke..tentang dia dapat ilham tulis lagu ke..tentang pemerhatian terhadap manusia sekeliling ke. Tapi takdelah sangat.

5. Balik-balik dia akan cerita tentang awek..tentang mudahnya dia tertawan pada awek yang dia jumpa,yang cantik. Perjalanan dia ni pun tercetus selepas dia clash dengan awek..membuatkan dia hati patah dan selalu teringat awek lama.

6. Kemudian dia akan cerita tentang makanan yang dia makan secara terperincinya. Tak kiralah makan di rumah atau makan di kedai makan.

7. Ada juga tempat-tempat yang dia pergi semacam tak mendatangkan makna apa-apa,dahlah dia singgah sekejap-sekejap je.

8. Bukan nak memperkecilkan usahanya,tapi dari yang aku baca tu..takdelah mencabar sangat perjalanan yang dia tempuhi. Selalu je dia beruntung dapat menumpang tinggal kat rumah kawan-kawan, sewa motel..kawan belanja makan..jadi ni dah macam jalan-jalan berekreasi pun ada.

9. Sambil-sambil tu ada juga diceritakan tentang scene muzik rock n roll di Malaysia sikit-sikit..tapi tak banyak macam dia cerita pasal makanan. Pastu makanan yang dia makan semuanya dia kata sedap. Bagus dia ni.

10. Yang bagusnya tulisan doa nampak jujur lah..dan memaparkan sudut positif dalam berkawan.

10. Aku harap Jayzuan dapatlah apa yang dia cari,iaitu ketenangan aku rasa. Kalau tak dapat pun,sekurang-kurangnya perjalanan 28 hari tu dapat dikeluarkan dalam bentuk buku..boleh buat duit..

"What the artist needs is loneliness" - Henry Miller
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

The Lucky One - Nicholas Spark



1. Kisah tentang seorang lelaki yang menjumpai sekeping gambar.

2. Lelaki tersebut cuba memulangkan gambar itu kepada pihak berwajib, setelah didapati tiada sesiapa yang datang menuntut..lalu dia mengambil semula gmbar itu dan menyimpannya(mungkin sebab gambar tu adalah gambar seorang awek..jadi dia simpanlah,kalau gambar nenek tua mesti dia dah buang)

3.Anatara sedar dan tidak.sedar, sejak lelaki tersebut simpan gambar tu..nasib baik selalu menyebelahinya.

4.Nasib baik ni termasuklah menang judi dan banyak kali terselamat dari maut. Sampaikan kawan-kawan dah syak dia ni ada buat perjanjian dengan saitan ke apa.

5. Sampai satu masa, disebabkan dah terlalu kerap sangat gambar tu bawa tuah,seorang kawan lelaki yang jumpa gambar tu cadangkan kat dia untuk pergi mencari awek yang dalam gambar tu.

6. Tujuan untuk cari awek dalam gambar tu sebenarnya tak jelas, mungkin nak balas budi..tapi macam ada sesuatu lah yang menyebabkan kenapa dia jumpa gambar tu dan kenapa gambar tu menyelamatkan dia. Adakah benda-benda ni.membawa kepada takdir si lelaki?

7. Ikutkan lelaki tu,memang dia tak percaya benda-benda karut gitu,mungkin dia sekadar bernasib baik dan takde kena mengena dengan gambar tu.Tapi tu lah..instinct dia suruh dia mengembara juga cari awek tu.

8.Dari situ bermulalah perjalanan dia yang ditemani seekor anjing untuk mencari awek yang tersenyum di dalam gambar.

9.Adakah dia akhirnya menjumpai awek yang tersenyum itu?

10. Adakah pengembaraannya bakal menemukan dia kepada takdir?Jodoh?

100. Jeng jeng jeng.

Tuesday, August 16, 2011

The Time Traveler's Wife - Audrey Niffenegger


1. TTTW adalah sebuah novel
romantik+pelik,bila aku dah +pelik di hujung perkataan romantik tu maknanya cerita ni memang lain daripada yang romen biasa-biasa.

2. Ini bukan macam kisah cinta Romeo & Juliet atau Seth Tan & Nora Elena. Ini kisah antara Henry dan Claire yang bercinta tanpa sempadan masa.

3. Henry ni menghidap satu penyakit atau masalah genetik yang menyebabkan dia menerobos ke masa lampau atau masa depannya tanpa dikawal. Aku ulang ye, TANPA DIKAWAL.

4. Bayangkan sedang aku menulis di sini, tiba-tiba aku terpindah ke masa depan ketika aku berusia 35 tahun. Aku jumpa isteri aku masa tu,nama dia Lisa. Jadi aku pun tanyalah dia 'Bila kita jumpa, berapa orang anak dah ada?".

5.Atau tiba-tiba aku ke masa lampau. Aku boleh jumpa dengan mak aku masa dia zaman muda-muda. Ajak tengok filem PRamlee walaupun mak aku tak kenal pun aku. Haa..lebih kurang begitulah situasi ceritanya. Tapi tanpa dikawal lah..itu yang tak syoknya.

6. Kisah Henry & Clare ni bermula dengan pertemuan Henry yang berusia 36 tahun dan Clare berusia 6 tahun. Dorang kenal rapat sehinggalah Clare dah anak dara dan berjumpa dengan Henry yang masakini(yang sama zaman dengan dia). Kemudian bila Clare berusia 22 tahun, dia berkahwin dengan Henry yang berusia 30 tahun. Walaupun dah kahwin,Henry versi muda dan versi tua masih kadang-kadang datang melawat.

7. Jadi Clare ni bukan main penat lagilah nak melayan Henry pelbagai versi. Ada satu kali tu kalau tak silap aku, masa Clare sedang 'meniduri' Henry..datang pulak lagi sorang Henry. Itu kalau sorang, cuba kalau 3-4 orang. Ok tak baik fikir yang bukan-bukan,batal puasa kang.

8. Ni bukan cerita kelakar. Ini memang kisah romantik yang mengharukan. Memang cerita ni langgar terus sistem percintaan konvensional mahupun moden. Nak kata sains fiksyen pun tak sangat..penyakit tu nampak je macam fun tapi sebenarnya tidak. (tapi ada fun juga..contohnya Henry boleh jumpa mak dia versi muda yang dah ke rahmatullah).

9. Ada babak-babak tertentu yang agak susah nak hadam. Buku ni sesuai untuk pembaca macam aku yang gemarkan adventure dalam pembacaan dan suka mencuba bacaan pelbagai tema. Ada part yang boleh membuatkan orang menangis..ada juga part yang buat orang gelak. Yang tak faham..mungkin tertidor.

10. Satu hal yang bikin rungsing,penyakit Henry tu kan penyakit genetik..maka setiap kali Clare hamilkan anak Henry..bayi dalam perut dia asik hilang. Gila. Ending dia pun gila jugak.


"Clare, I want to tell you, again, I love you. Our love has been the thread through the labyrinth, the net under the high-wire walker, the only real thing in this strange life of mine that I could ever trust. Tonight I feel that my love for you has more density in this world than I do, myself: as though it could linger on after me and surround you, keep you, hold you." - Henry


Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 14, 2011

Negeri 5 Menara - A.Fuadi

gambar pinjam dari google. baru semangat nak snap camera tak ada bateri pulak! maap. maap.

Buku ni tulisan A.Fuadi daripada Indonesia dan telah di alih bahasa kemudiaan diterbitkan oleh PTS. jalan cerita sangat superb dan mengancam lari dari klise cerita novel biasa. bagi peminat cerita cinta maaf sila jangan baca buku ini. sebab buku ini lebih daripada itu. buku ni tentang kehidupan. pengorbanan disiplin dan kejayaan. untuk warga pendidik amatlah digalakkan untuk membacanya banyak tips2 yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

cerita ni tentang Alif yang melanjutkan pelajaran ke Pondok Madani yang sangat jauh daripada kampung halaman semata-mata memprotes tindakan ibunya yang menghalang dia ke sekolah tinggi biasa dan menyuruh nya meneruskan pelajaran di sekolah agama. pada pandangan masyarakat sekolah agama adalah sekolah untuk mereka yang tidak pandai dan gagal untuk menempatkan diri di sekolah tinggi.

sangkaan Alif meleset kerana pondok madani bukan tempat pelajar yang gagal meneruskan pelajaran tapi tempat untuk menerpa kejayaan. dengan kata hikmat man jadda wa jadda ALif bersama sohibul menara yang lain meneruskan pengajian sehingga ke tahun enam.

pondok madani mengajar mereka jujur. disiplin, dan memupuk semangat juang yang tinggi. paling respect ialah pelaksanaan undang-undang kat sana walau sekecil pun kesalahan tetap akan didenda dan peraturan perlu dihafal dan tidak di tulis di mana-mana relevannya? kalau tulis kat buku. yang ingat buku tu kita tak hafal pun. n kat sana walau siapa kita walau sebagus mana walau apa pangkat asalkan buat kesalahan mesti kena hukum macam aliff n 2 lagi kawan dia kena hukum botakkan kepala sebab pergi surabaya beli alatan untuk malam persembahan tahun 6 walau persembahan sangat mengagumkan dan dapat pujian tapi bila buat kesalahan diaorang kena lucut jawatan dan hukum botak iaitu hukuman kedua berat sebelum buang. cuba kalau kita sekarang buat salah sikit ngendeng2 cikgu bodek2 buat surat tunjuk sebab then lepas thats why la budak naik kepala sekarang.

walaupun dalam dilema sama ada menjadi buya hamka seperti yang dihajati ibunya atau menjadi BJ Habibie bekas presiden indonesia. Alif terus gigih memasang angan dengan awan bawah menara masjid bersama sohibul menara dan akhirnya berjaya menjadi wartawan TEMPO di Amerika Syarikat.

buku ni banyak cerita tentang cita-cita dan impian. kisah pengorbanan dan kehidupan. aku rasa kalaulah sistem kat pondok madani ni dilaksanakan di semua sekolah kat malaysia nie. masalah sosial, ponteng dan sebagainya tak akan berlaku. tak percaya? cubalah. ha3

sekarang negeri 5 menara dalam proses penerbitan filem dan A.Fuadi dengan isteri dalam usaha membangunkan pondok madani.

dan kata keramat man jadda wa jadda sapa berusaha dia berjaya boleh jadi azimat untuk kita. dan tak salah untuk kita bermimpi asal ada usaha pasti jadi kenyataan insyaallah.

buku ni ada sambungan ranah 3 warna tak habis baca lagi huk3.. jumpa lagi . adios=))

Saturday, August 13, 2011

The Collectors - David Baldacci

(Di bawah adalah gambar buku tersebut semasa masih dara)


1. Sebagai sebuah buku yang bertemakan penyiasatan atau misteri begini, kekuatannya dilihat pada susunan plot cerita. Seni menyusun plot ni kalau salah main, boleh terkehel otak.

2. Plot agak berlapis namun David Baldacci adalah pakar dalam genre begini, dia membawakan sebuah cerita yang kompleks tanpa membebankan fikiran pembaca..malah menghiburkan pula.

3. The Collectors, atau dalam bahasa kita bermaksud Pengumpul. Secara umumnya setiap manusia adalah pengumpul. Aku dulu suka kumpul plastik gula-gula,siap ada buku plastik gula-gula,aku simpan macam simpan setem lah gitu. Pastu pernah juga aku kumpul pen,kumpul duit raya lagi satu hal..tapi bukan tu yang aku nak cerita.

4. Ada dua jenis collectors dalam buku ni,pertamanya adalah pengumpul buku-buku lama dan buku yang susah nak dapat,harganya MasyaAllah punya mahal. Keduanya agak extreme sedikit, iaitu mengumpul...ah taknak lah aku cakap..tapi anggap je lah ada yang mati.hehek.

5. Jalan ceritanya begini, ada seorang division-head (Jonathan) kat sebuah perpustakaan terkemuka tiba-tiba mati kat dalam perpustakaan tu. Kononnya kematian dia disebabkan masalah jantung, namun selepas disiasat..ada kemungkinan dia dibunuh dan dia sebenarnya bukan librarian semata-mata..macam ada sesuatu lah. Konspirasi? Altantunya?

6. Buku ni takdelah aksi ganas sangat, tapi ramai watak yang sampai ajal. Ada sorang pembunuh terlatih(Seagravas) ni memang cekap bunuh orang secara professional,dah jadi macam kareer dia lah.

7. Plot lagi satu menceritakan pula tentang seorang wanita (Annabelle) yang kerjanya menipu orang..con-girl. Antara yang ditipu adalah bank dan kasino. Dia rancang satu skim nak menipu 40 juta duit kasino kemudian cabut lari..hidup dia ada gaya James Bond sikit.

8. Nanti ditengah-tengah cerita, plot akan digabungkan di mana Annabelle akan dikaitkan dengan arwah Jonathan si librarian tadi dan juga pembunuh terlatih. Sementara itu, dalang segala pembunuhan ni sebenarnya pembaca dah boleh tahu awal-awal lagi, cuma persoalan bagaimana dan kenapa yang buat agak berdebar sikit.

9. Penyiasatan ni dijalankan secara sukarela oleh satu geng orang tua yang menamakan diri mereka Camel Club. Dorang ni boleh tahanlah.

10. Di kulit buku ada tulis 'SOMEONE IS SELLING AMERICA TO HER ENEMIES,ONE SECRET AT A TIME'.

P/s: A good book but nothing out-of-ordinary

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 12, 2011

Book of Tomorrow-Cecelia Ahern


Book of Tomorrow ni novel ke-7 yang Cecelia tulis. Aku habis baca 3 hari sebelum novel P.S. I Love You tuh. Actually aku start baca 2 novel ni serentak. Tapi, novel ni habis awal sikit. Maybe sebab hardcover kot so macam semangat sikit nak habiskan baca haha




1. Tamara ni anak orang lord. Tinggal pun kat dalam mansion. Memang tak pernah fikir pasal masa depan lah. Semua dia nak, semua dia dapat. Tapi, dia ni spoil brat sikit. Jenis selamba je nak cakap apa, tak kira lah kat sapa pun.




2. Satu hari tu, ayah dia commit suicide. Dia rasa bersalah sangat sebab sehari sebelum ayah dia commit suicide tuh, dia gaduh besar dengan ayah dia. Siap jerit "I hate you" kat ayah dia!




3. Rupa-rupanya, ayah dia banyak sangat berhutang. Sampai dia dan mak dia kena jual semua harta yang dorang ada dan terpaksa tinggal dengan mak cik and pak cik dia dekat sebelah Kilsaney Castle. Tamara ni pun jadi culture shock sikit sebab dia tak pernah tinggal kat kawasan pedalaman. Kira macam pekan koboi gak lah tempat tinggal baru dia tuh.




4. Mak dia pun macam ada masalah. Macam lebih-lebih sangat sedih. Asyik termenung je. Cakap pun sikit je. Makan pun sikit. Mak cik dia pulak, tahu nak masak je.




5. Tamara ni bosan-bosan, selalu lah lepak dekat bekas Kilsaney Castle tuh. Tempat tu dah terbakar teruk tinggal bekas sikit-sikit je.




6. Satu hari tu, ada travelling library lalu dekat depan rumah mak cik dia tuh. Dia pun lepak-lepak dan belek-belek buku yang ada kat dalam travelling library tuh dengan mamat yang jaga travelling library tuh.




7. Dalam banyak-banyak buku kat situ, dia berkenan kat satu buku ni. Buku tu, siap ada padlock lagi. Bila dia buka buku tuh, kosong je. Tak ada isi langsung. Dia cakap kat mamat tuh, dia nak pinjam!




8. So, dia ingat nak tulis diari kat dalam buku tuh. Esoknya bila dia bangun tidur, dia tengok dah ada tulis. Tulisan dia sendiri pulak tuh! Tarikh dia tulis tuh, tarikh hari esok!




9. Esoknya, semua yang dalam buku tu tulis, semua terjadi dekat Tamara nih! Dan untuk hari-hari berikutnya. Ada sekali tuh, dia saja-saja je tak nak ikut apa yang buku tu tulis, tulisan kat dalam buku tuh, pun jadi terabur. Dan, apa yang terjadi pun jadi lari sikit dari dalam buku tuh.




10. Macam-macam lah yang Tamara ni punya masalah. Lastly, dia ambil keputusan untuk tanam je buku tuh. Dia nak buat keputusan sendiri. Tak nak bergantung hidup dekat buku tuh.




Novel ni ajar supaya kita belajar buat keputusan sendiri, bertanggungjawab atas semua keputusan yang kita buat dan, kalau buruk keputusan yang kita dah buat tuh, jangan nak tuding jari kat orang lain pulak =)






Thursday, August 11, 2011

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka

Salam perkenalan dari aku, Alien. Makhluk asing di dunia maya, manusia normal di alam nyata.

Jujurnya, aku bukanlah membaca sangat, tapi selalu jugalah membaca; baca papan tanda, baca doa, baca plat kenderaan .. pendek kata apa jua tulisan depan mata akan menjadi mangsa bacaan aku.

Perkara yang aku suka baca ialah mengenai sukan. Tentang sukan biasanya tak memerlukan kita untuk berfikir sangat, terus ke point utama tak perlu putar-putar macam berita lain atau bahan bacaan lain. Tak perlu nak menjadi satu dengan apa yang dibaca. Bebas. Santai.


Gambar google je, malas nak snap2 la.. next time ye


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 

Hasil nukilan Allahyarham Haji Abdul Malik b Karim b Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka. Kisah ini berlatar belakangkan Padang. Satu tempat di Indonesia.

Secara ringkasnya tema buku ini adalah menceritakan cinta yang terhalang oleh tuntutan adat. Seperti pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat".

atau seperti formula di bawah:
cinta + halangan adat + kurang harta + budi pekerti mulia = tidak direstui, teruna dan gadis kecewa.

menurut adat + berharta + tak berapa nak ada budi = direstui walau, si teruna patah hati.


Sekiranya, andai kalian semua berminat untuk menyelami kisah cinta yang terhalang oleh adat pepatih pada suatu masa dahulu. Kalian digalakkan untuk membaca kisah ini.

Kisah yang dekat dengan jiwa kalian. Kisah percintaan yang berakhir dengan tragedi dan penyesalan. Kisah yang mana jiwa seorang lelaki sanggup terluka demi melihat kasih hatinya bahagia. Kisah di mana cinta ada satu macam kuasa magis. Kisah di mana seorang lelaki sanggup menipu orang sekitarnya dengan berlaku ceria dan bahagia tetapi di dalam jiwanya hancur luluh. Kisah di mana seorang lelaki setia memegang kata ikrar janjinya walau dikhianati oleh kasih hatinya; atas paksaan keluarga si gadis dikahwinkan dengan pilihan keluarga.

Buku ini ditulis dengan indahnya menggambarkan suasana latar masa yang digunakan dan membuatkan kita terhanyut sama. Gaya bahasa yang mesra, tapi seringkali membuat kita sesat kerana terdapatnya perkataan-perkataan minang yang baru bagi yang bukan asal minang.

Ia bukan satu bacaan kosong. Ia terisi ilmu dan moral buat panduan semua. Bacanya dan fikirkan, ilmu dan moral itu akan datang. Em, ia adalah buku sastera. Jadi agak berat untuk dihadam. Hadam perlahan - lahan pasti akan terasa nikmatnya. Itu pesan aku.

Sekian untuk ulasan kali ini.

Wednesday, August 10, 2011

P.S. I Love You-Cecelia Ahern





P.S. I Love You ni novel pertama yang Cecelia Ahern tulis tapi aku baru habis baca 3 hari lepas =)


1. Holly & Gerry ni kira macam "childhood sweethearts" sebab dorang dah kenal since dorang kecik lagi. Watak Holly dilakonkan oleh Hilary Swank, Gerry pula dilakonkan oleh Gerard Butler dalam movie P.S. I Love You tuh.

2. Dorang ni lepas dah bercinta lama, dorang pun kahwin. Tapi sayang, tak lama pun dorang kahwin sebab Gerry ni passed away sebab ada brain tumor.


3. Holly ni dah biasa sangat hidup dia ada Gerry so, dia macam tak boleh hidup tanpa Gerry. Asyik tido, menangis je kerja dia sejak Gerry passed away.


4. Sampai la satu hari tu, mak dia cakap ada bungkusan untuk Holly. Kat atas bungkusan tuh, tulis "The List". Ada 10 pucuk surat dalam tuh. Setiap surat, ada tulis bulan, dari March sampai December.


5. Setiap bulan, dia akan buka 1 surat dan akan buat apa yang Gerry suruh. Gerry suruh karaoke dia buat, Gerry suruh cari kerja pun dia buat. Menjelang November, hidup dia dah terurus. Dia dah jadi ceria dan ada life dia sendiri.


6. Surat terakhir, December:


Don't be afraid to fall in love again. Open your heart and follow where it leads you...and remember, shoot for the moon...


PS. I will always love you..


Bagi aku, novel ni best. Memang susah kot nak jumpa soul mates. Tapi, Holly & Gerry ni senang je jumpa haha


Agak-agak kalau dah jumpa partner yang kena dengan jiwa, jangan lah lepaskan. Walaupun ada masalah besar macamana sekalipun, cuba lah untuk selesaikan baik-baik. Kalau tak, menyesal seumur hidup nanti =)



Tuesday, August 9, 2011

Where Rainbows End - Cecelia Ahern

Oleh kerana ini entri pertama aku,jadi aku hadiahkan entry ini untuk 'kakak' tersayang..Nadya Ahern vs Cecelia Ahern..Nampak tak persamaan dekat situ?

Buku ini sebenarnya buku kegemaran aku..Selepas Shopaholic series tentunya..I mean,who doesn't (?) Mungkin ramai yang dah baca sebab buku ni pun diterbitkan pada tahun 2004 tapi aku nak review jugak..Sebab buku 'kakak' aku..HAHAHA




Where Rainbows End

Buku ni mengisahkan kehidupan dua orang sahabat baik,Alex Stewart & Rosie Dunne dari hari pertama mereka menjejakkan kaki ke tadika sehinggalah masing² berusia 50tahun..Dalam masa itu,mereka selalu bersama tidak kira susah atau senang..Come hell or high water..

It's not that we didn't want anyone else,it's just that we
didn't need them. You always had me. I always had you

-Rosie-
Apabila dewasa,Alex mencapai cita²nya untuk menjadi pakar bedah jantung di Boston manakala Rosie pula terpaksa melupakan hasratnya untuk bekerja di bahagian perhotelan kerana dia telah terlanjur dan menjadi ibu kepada seorang bayi perempuan,Katie pada usia 18 tahun!

Mereka berdua saling menyimpan perasaan antara satu sama lain tetapi terlalu banyak rintangan yang terpaksa dilalui..Ketika Rosie meluahkan perasaannya kepada Alex,Alex pula mengumumkan perkahwinannya dengan Sally..Kemudiannya,Rosie berkahwin dengan lelaki lain hanya seminggu sebelum Alex dan Sally berpisah..

Apabila Rosie berpisah dengan Greg,Bethany & Brian pula muncul dalam hidup mereka..Bethany merupakan bekas kekasih Alex semasa remaja manakala Brian pula bapa kepada Katie..Dia kembali untuk menebus dosanya 13 tahun lepas kerana meninggalkan Rosie..Rosie terpaksa mengutamakan perasaan Katie dan membatalkan hasratnya untuk berpindah ke Boston untuk bersama Alex..

Ketika semuanya kelihatan stabil untuk mereka kembali bersama,Alex terpaksa berkahwin dengan Bethany kerana Bethany telah mengandungkan anaknya..Cinta Alex dan Rosie terkubur lagi..

Selepas masing² berusia 50tahun barulah mereka dapat bersama..Happilly ever after..

Rosie Dunne,I love you with all my heart. I have always loved you,even when I was seven years old and lied about falling asleep on Santa watch, when I was ten years old and didn't invite you to my birthday party, when I was eighteen and had to move away, even on my wedding days, on your wedding days, on christenings, birthdays and when we fought. I loved you through it all.
Make me the happiest man on this earth by being with me.
-Alex-
Uniknya buku ini,ia diceritakan dalam bentuk surat,kad,e-mel & mesej segera ← Google translate yang bagi aku perkataan ni! Cerita ni sesuai bagi gadis² romantis macam aku..Bagi mereka yang percaya pada cinta sejati :p

Monday, August 8, 2011

Teohlogy - Patrick Teoh

TEOHLOGY

1. Aku rasa korang mesti kenal Patrick Teoh ni..kan? Dia merupakan bekas deejay,kemudian menceburi bidang stand-up comedian,dan juga seorang pelakon filem. Salah satu filemnya adalah Sumo-lah,dia berlakon dengan Afdlin Shauki.

2. Ada satu lagi bidang yang dia ceburi sebenarnya,iaitu bidang penulisan lah.Patrick Teoh ada menulis dalam majalah Off The Edge. Jadi, buku Teohlogy ni merupakan koleksi penulisan dia di majalah tu dari January 2005 hingga June 2010. Buku ni diterbitkan pada 2011.

3. Aku tertarik dengan buku ni sebab aku suka muka depannya. Memang dont judge a book by its cover. Tapi tak salah kalau atttact reader by its cover.

4. Expectation awal aku terhadap buku ni adalah supaya Patrick Teoh buat aku tergelak dengan pemerhatiannya terhadap isu-isu di Malaysia menerusi perspektifnya sendiri. Memang tak lari jauu lah expectation aku tu, cuma yang aku tak berapa expect adalah dia agak banyak bercerita tentang politik. Subjek politik ni sebenarnya aku tak berapa into sangat.



5. Kalau kau rasa sanggup melayan seorang tua kompelin dan mengata itu ini..pasal masyarakat...pasal pentadbiran negara..pasal apa-apa jela yang dia nampak..haa bacalah buku ni. Banyak sinikal dan provokasi dalam buku ni..tapi real.

6. Berat juga buku ni sebenarnya. Bukan berat timbang kilo,tapi berat nak hadam. Hadam tu bukannya suruh makan,tapi nak memahami dan mengikuti dari mukasurat ke mukasurat seterusnya. Pelbagai isu ada dan gaya penulisan Patrick Teoh ni lebih kurang macam ikut suka hati dan berterabur jugaklah..takde ikut standard sangat. Kalau baca 300 page..pening juga kepala.

7. Okehlah aku sebutkan sikit antara isu yang dikupas,seperti isu harga minyak,isu PM buat keputusan,isu projek kerajaan,isu dvd haram,isu filem,isu sikap-sikap masyarakat yang berbilang kaum, isu lawak jenaka, isu polis dan sebagainya. Isu makanan pun ada.

8.Menurut Patrick Teoh sendiri, ada beberapa sebab kenapa orang beli dan baca buku dia ni. Pertama, sebab konon nak belajar sesuatu la..nak mendapatkan jawapan-jawapan tentang isu tertentu. Kedua,sebab kau adalah peminat Patrick Teoh..selalu tengok dia kat Tv. Atau ketiga, sebab kau benci gila kat Patrick Teoh ni pastu beli buku ni to find out why the bastard has a book in print. Biasalah macam kita benci kat seseorang tu,walaupun benci tapi asik nak stalk je.hahak.

9. Aku rasa aku beli buku ni sebab yang pertama dan kedua tu.

10. Tak semua perkara aku boleh setuju dengan apa Patrick Teoh tulis, tapi dah nama buku pun Teohlogy..jadi bolehlah baca kemudian fikirkan. Lagi satu, kalau selama ni korang tak follow isu-isu kat Malaysia kemudian nak dapatkan konfiden untuk sembang secara nampak pandai..aku rekemen bacalah buku ni.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 7, 2011

The Last Song - Nicholas Spark




The Last Song

1. Ditulis oleh Nicholas Spark. Sebelum ni aku pernah baca buku dia bertajuk 'Dear John' dan aku teragak-agak untuk baca buku dia yang lain. Dan sedang aku baca buku The Last Song ni,aku dah order satu lagi buku dia. Punyalah power.

2. Watak utamanya adalah seorang gadis berusia 17 tahun, Ronnie. Dia ni seorang yang rebel. Jenis melawan mak bapak, pernah kena tangkap polis sebab mencuri suka-suka. Kawan-kawan pun semua jenis takde pedoman.

3. Dalam versi filem,watak Ronnie ni dilakonkan oleh Miley Cyrus. Kiranya boleh tahan lawalah jugak. Aku tak tengok lagi filem tu..tapi bagi yang dah tengok..dont judge a book by its movie.

4. Bila tiba musim panas, Mak si Ronnie tadi hantarkan Ronnie dan adik lelakinya Jonah dari tempat tinggal dorang di kota New York ke North Carolina,kawasan pantai yang lebih mendamaikan.Ibu bapa dorang dah bercerai,ini menyumbang juga pada konflik diri Ronnie.

5. Berbeza dengan Ronnie, Jonah tu kelakar.

6. 3 tahun Ronnie tak bercakap dengan ayahnya atas sebab dia rebel dengan ayahnya, kononnya ayah dialah punca keluarga dorang berantakan. Tapi ayahnya steady je berdepan dengan keras kepala Ronnie.

7. Kemudian masuk plot Ronnie berkenalan dengan Marcus yang samseng,berkawan dengan Blaze dan bercinta dengan Will. Semua ni betul-betul merubah karekter dan cara Ronnie melihat kehidupan.

8. Sapa yang pernah baca buku Nicholas Spark, mesti tahu Spark ni memang power menyampaikan cerita sambil perlahan-lahan dia twist dan menampakkan hasilnya. Memang feel cerita ni.

9. Sebab apa tajuknya The Last Song? Sebab ada berkait dengan piano. Ayah Ronnie ni pemain dan cikgu piano. Ronnie pun berbakat jugak,pandai buat lagu.

10. Dipendekkan cerita, buku ni tentang pengorbanan, kemaafan dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Sapa yang asik nak rebel je tak tentu pasal,sedang eloklah baca novel ni.hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bumi Cinta - Habirurrahman El Shirazy




Bumi Cinta.

1. Ayyas seorang graduan lulusan agama, pergi ke negara yang menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi. Kalau boleh memang dia tak mahu pergi, sebab takut imannya tak dapat bertahan, namun diturutkan juga demi nak menyiapkan kajiaanya.

2. Bila sampai ke Rusia memang sangkaannya tepat, gadis Rusia molek-molek yang amat. Macam Maria Sharapova lah kut.

3. Atas sebab tertentu,buat sementara waktu si Ayyas ni kena tinggal serumah dengan 2 orang gadis Rusia. Cuma bilik je asing. Housemate pulak jenis pakai seksi,siap ada yang buat projek kat ruang tamu. Gila!

3. Selain isu dengan housematenya yang maingila, ada juga Ayyas macam jatuh hati pada seorang wanita muda yang membantu dia menyiapkan kajian. Kemain, pergi Rusia nak buat kajian..ada pulak drama..fokus dah lari sikit.

4. Aku tak suka sangat novel ni sebenarnya. Walaupun penulisnya Habirurrahman El Shirazy ni orang kata power, pernah tulis novel sensasi Ayat-ayat Cinta, tapi ceritanya tak berapa terkesan kat aku.

5. Buku ni dilabel sebagai Novel Pembangun Jiwa. Ada banyak bahagian yang bila aku baca macam baca buku teks atau baca teks khutbah Jumaat. Kadang tak berkait dengan cerita pun, saja nak masukkan.

"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaanya" pesan Kiai Luqman Hakim kepada Ayyas.
Published with Blogger-droid v1.7.4

BURGERMPAK - Aloy Paradoks- Rayza Mukmin-Bias

BURGERMPAK

1."Ini buku gembira" kata Luca DK selaku penerbit. Maksudnya mungkin nak menyatakan buku ini adalah buku yang santai, sesuai untuk yang mahu mencari kegembiraan setelah penat ditekan-tekan dengan kesedihan,mungkin.

2. Mengabungkan karya dari 3 orang penulis iaitu Aloy Paradoks-Rayza Mukmin-Bias. Isi-isi buku ini diambil terus dari entri blog dorang, yang kelakar-kelakar.Aku follow juga blog dorang, jadi dah biasa dengan gaya setiap penulis.

3. "Terus terang cakap..Burgermpak mengecewakan" kata Linglung kat twitter. Linglung ni pun penulis buku juga dan tokey kat UYA Distro. Bagi aku takdelah mengecewakan sangat sampai membuat hati luluh, cuma memang ada sesetengah kegembiraan yang nak disampaikan tu tak dapat kat aku. Sesat di pertengahan jalan barangkali.

4."Segala tatabahasa,huruf besar,huruf kecil dan kesalahan bahasa melayu dalam buku ini, memang sengaja kami lakukan. Maafkan kami DBP" - Aloy.

5. Antara 3 penulis tu,aku lebih tersuka dengan karya si Aloy. Dan ada beberapa karya Rayza Mukmin yang aku tak nampak relevan.

6. Kalau konsep gabung entri-entri untuk dijadikan buku ni dipraktikkan secara meluas, aku percaya semua orang boleh menghasilkan buku sendiri. Cuma bila dah berlambak, akan ada isu dari segi kualiti lah ye dak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 6, 2011

Tangerin & Nikotin - Mimi Morticia

Sebelum aku baca buku puisi 'Tangerin & Nikotin' karya Mimi Morticia,aku tak pernah rasa puisi boleh mengkhayalkan, aku tak tahu puisi boleh bikin orang ketagih serupa hisap pit,aku tak tahu indahnya puisi boleh belai orang tido..boleh buat orang jatuh cinta atau boleh buat orang tertawa. Keh keh. Selesai aku baca,baru aku tahu yang puisi ni serupa magik jugaklah lebih kurang. Mana taknya,dah rasa macam kena rasuk pun ada. Kuh kuh kuh.


Buku Tangerin & Nikotin ni sebenarnya buku puisi poket. Poket tu membawa maksud saiznya kecil dan boleh masuk dalam poket.

Dalamnya adalah himpunan puisi pendek dan panjang sikit hasil karya Mimi, memandangkan itu buku puisi maka segalanya dalam buku tu termasuklah noktah dan komanya adalah penipuan semata takde kena mengena yang hidup yang zombie atau yang sudah di surga,tapi kalau sama tu kira kebetulan,doranglah yang kata gitu.


Bukunya nipis je, aku naik komuter dari KL Sentral nak menuju ke Port Klang...sebelum sampai ke Port Klang dah selesai,tapi tu mungkin sebab dalam pada nak menunggu komuter sampai tu aku dah mula baca.hehe. Puisi-puisi dalam buku Mimi ni memang masuk melekat ke otaklah. Feel dia santai,rasa macam menghirup air Ice-blended Choc kat Starbuck, perlahan-lahan aku hirup, sayang nak habiskan. Bila habis,rasa tak cukup. Rare.


Pengalaman baca buku puisi senipis itu seakan-akan aku habis baca buku novel tebal. Nipis tapi sarat..haa gitulah. Puas tapi tak cukup. Gila apakah ini? Pffft. Ok meh aku bacakan satu puisi untuk kau..tajuknya 'Gencatan'.


"Seandainya,

hari ini engkau boleh datang sendirian,

tanpa ego mu yang ikut-ikutan,


aku yakin,

setidak-tidaknya,

kita,

masih punya harapan."




Tapi,jaga-jaga..kat buku tu ada pernyataan "Buku ini hanya layak dimiliki oleh minda matang sahaja".  Macam nikotin jugak,budak-budak tak usah mengada. Sekian.



image
image

Friday, August 5, 2011

Lets Read & Rock bebeh!


Blog ni adalah blog penggemar buku. Buku bagi aku dia punya syiok sama taraf dengan facebook. Bezanya buku dah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi. Kalau ikut sejarah,mula-mula sekali orang tulis kat gua,pastu tulis kat kulit binatang,pastu kat daun, pastu digabungi kulit-kulit binatang tu maka jadilah buku kulit binatang,atau buku daun ikutlah dia buat pakai apa. Tapi facebook tu tak bermakna Mark Zurkerberg buat pakai muka. Aku agak je lah.

Blog ni tujuan asalnya ditubuhkan untuk aku tulis pasal buku, yakni buku yang aku dah baca lah. Buku ni takde terbatas kepada mana-mana kategori. Asalkan buku. Tapi janganlah sampai buku lali aku nak cerita kat sini,takdelah macam tu. Selain tu mungkin akan diselitkan juga gosip-gosip pasal buku, awek kedai buku kena tangkap basah ke, buku diambil orang ke, atau apa-apa jela. Sini takde serius sangat macam mufti-mufti,kelakar macam maharaja lawak pun takde. Kiranya steady-steady gitu je lah.

Sebagai permulaan, aku nak ucapkan semoga aku kaya raya, hidup bahagia dan dikasihani tuhan.Satu lagi, kalau anda berminat nak menulis jugak kat blog ni, boleh emelkan niat suci murni anda itu ke fndrocka@gmail.com! Lets Rock & Read!

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology