Wednesday, August 24, 2011

Under The Dome - Stephen King




1. Novel Under The Dome adalah novel karya tersohor Stephen King yang pertama aku baca. Stephen King ni banyak juga dapat anugerah dalam bidang penulisan, bahkan dalam banyak-banyak king..Stephen King lah yang paling banyak worldwide bestseller, more than fifty katanya. Isteri dia pun penulis novel juga, Tabitha King namanya.

2. Novel Under The Dome ni aku saja nak test sebenarnya, dah orang kata Stephen King ni power, konon king segala thriller horror moden katanya. Nak juga tahu apa yang king sangat Stephen King ni ye tak, ke harap dalam kad pengenalan je tulis King bagai.


3. Fakta peribadi, novel Under The Dome ni novel paling tebal pernah aku baca, 1074 mukasurat, gila kau, dah macam baca 3 biji novel habaq ang. Aku tak berapa ingat berapa lama aku habiskan, lebih dari 2 minggu lah lebih kurang. Anyway, buku Stephen King ada ke yang tak tebal?

4. Menurut Stephen King sendiri, dia dah cuba menulis Under The Dome sejak tahun 1976 lagi..tapi benda tak jadi so dia perap dulu, sehinggalah tahun 2007 barulah dia kemaskini balik. Katanya, dia perlukan pakar, terutamanya dalam bidang ecological dan meteorological..mungkin pada tahun 1976 tu dia belum berkesempatan nak bersembang dengan pakar.


5. Untuk buku ni, Stephen King ada researcher dia untuk buat kajian dari aspek teknikal yang berkait dengan jalan cerita seperti computer-guided missiles, portable generator, radiation, possible advances in cell phone technology, dan banyak perkara lagi lah. Ini bukan jenis cerita yang tulis sambil pejam mata lah maksud dia.

6. Pengalaman baca buku ni macam menonton siri tv, bukan macam menonton filem sebab ceritanya panjang dan dikisar satu persatu, tak perlu nak settle kan sekaligus. Watak dalam cerita ni ada dalam 50 orang lebih, lima puluh orang lebih kalau dalam perkataan. Punyalah ramai, kalau 50 orang datang beraya ke rumah aku serentak memang licin biskut raya dibuatnya. (Walaupun ramai, tapi awal-awal Stephen King dah klasifikasikan dan senaraikan setiap watak , contoh ; Medical Staff : Rusty Everett, Ron Haskell. Watak utama pun ada dalam 15 orang gitu)


7. Berkisahkan tentang sebuah pecan kecil, penduduknya, satu fenomena alam dan peristiwa-peristiwa yang bertindak-balas dengannya. Bayangkanlah pekan tu adalah Shah Alam, pada satu hari yang ganjil kapal terbang yang nak melintas Shah Alam tiba-tiba terhempas macam ada bertembung dengan sesuatu, kereta yang sedang bergerak pun kemalangan macam ada bertembung sesuatu yang tak nampak. Chaos. Panik.

8. Apa yang berlaku sebenarnya adalah macam wujud dinding yang memisahkan dunia ni dengan Shah Alam, tapi dinding tu lutsinar/tak nampak dan terhasil mungkin dari kesan biologi..atau buatan manusia..atau hanya perubahan alam. Maka Shah Alam pun terkepunglah. Orang Shah Alam tak boleh keluar, orang luar tak boleh nak masuk. Under The Dome lah jawabnya?


9. Disebabkan itu, ceritera pun bermula. Dalam satu pekan tu ada 1001 perangai manusia dan agenda. Dengan polisnya, dengan ahli politiknya, dengan rakyat marhaennya, dengan samsengnya. Sepatutnya bila dah ditimpa musibah terkurung tu bersatu padulah, jaga kebajikan memasing sampai fenomena tu berakhir, tapi tu la..ada pihak-pihak yang merancang bukan-bukan. Bila dah terpisah dengan dunia luar tu paham-paham je la, undang-undang tidak memberi makna.

10. Dunia luar buat kajian macamana fenomena tu boleh terjadi dan bagaimana nak pulihkan balik. Pekan tu dah serupa ditutup dengan tudung saji. Kerajaan cuba nak pecahkan ‘tudung saji’ tu dengan pelbagai cara termasuklah bubuh bom dan juga guna peluru berpandu kalau tak silap, tapi hasilnya menghampehkan.


11. Sementara yang kat dalam tu pun ada pihak terancang yang mencari jalan untuk melepaskan diri dari bencana tu di samping nak ken ahandle keadaan yang menggila dalam tu. Isu kemanusiaan, ketuhanan benar-benar teruji. Benda ni diburukkan lagi bila cubaan untuk memecahkan dinding tu memakan diri sendiri. Kau bayangkan sarang semut tu kalau ditutup atau dikepung, pastu letupkan dengan mercun padi, bakar ke, kan ke huru-hara jadinya.(semut adalah makhluk yang power dalam hal bersatupadu, kejuruteraan , ketenteraan dan semut amat konsisten)

12. Suspek yang disyaki dalam menyebabkan fenomena dinding atau tudung saji tu adalah kesan biologi/perubahan alam semulajadi, pihak kerajaan yang berkonspirasi, pihak yang mempunyai teknologi tinggi..dan….satu lagi pihak yang aku tak boleh nyatakan di sini..takut pulak kang dia mai cari aku.


13. Apapun secara keseluruhannya, dari awal hingga akhir, walaupun panjang tapi tiptop lah, melajukan Adrenalin. Aku sangat suka dengan apa yang hendak disampaikan melalui penamat atau penyelesaian cerita ni. Sesuatu yang mudah tapi signifikan. “Pity was not love, but if you were a child, giving clothes to someone who was naked had to be a step in the right direction”. Epik!

11 comments:

cintailmu89 said...

tu ak suka blog ni..ko baca dkt 1074 m/s..
ak baca satu page ni je...fuhh...tq bro..
dah paham cerita..hoho

Fnd Rocka said...

Kau ni senang..tak payah pergi tgk wyg,tgk iklan pun dah cukup.hehe.

Kalau kau rasa apa yg aku tulis ni dah cukup menceritakan under the dome, kau silap besar iz..silap besar...:-P

Dr. Bentara said...

membaca ni memang kena cari masa. Nak pulak yang dah memang busy.

Sang Harima said...

Peh, macam seronok. Tapi takkan gua yang tak baca novel ni tiba tiba nak baca novel tebal macam ni?

Fnd Rocka said...

Dr Ben, masa tu adalah kemewahan ye dak?

Sang Harima, hehe..kau bca blog ni je la cukup..hehe..anggap je la salah satu tujuan blog ni wujud adalah untuk menceritakan ttg keunggulan sesebuah buku kpd org yang tak ada masa nak baca,amacam?kehkeh

little ain said...

tak pernah baca stephen king. jk rowlings sume dah :)

tony parsons and nicholas sparks pon not bad :)

cintailmu89 said...

cube kome try buku hasrizal..lagi mantop..sume buku dier cheq khatam..
sebab.,kena ngan jiwa seorang yang malas membaca buku..
serius..permulaan yang baik untuk minat membaca..
try2..

Fnd Rocka said...

Aku ada baca buku Hazrizal - aku terima nikahnya, not bad lah..jenis buku motivasi dan panduan, buku2 motivasi lain aku tak selera sangat..tpi kalau hasrizal dia tak membosankan dalam menyampaikan topik yg kadangkala bosan

Izzati Liyana Sabri said...

1074 page? aiyaa. i love reading books but NO horror please? boleh terbayang-bayang woh.

kotak bulat said...

blog ni tentang buku ye.. menarik.. :) kb folo..


tebal buku ni ek.. kb tak baca masa nk mengadap buku.. kalau ada masa, kb baca apa2 kat blog je... :)

Unknown said...

macam cerita Simpsons The Movie jer. banyak sebenanya filem yang dah diadaptasi dari novel dia antaranya The Mist.

andrea hirata

Flickr

Footer Widgetized Areas

Random Post

Media News

Advertisement

About Canvas

LIke Us

Some More Post

Recent Comments

Pages

More Post

Random Post

Powered by Blogger.

Recent Articles

News

Famous Posts

Video

Technology